Siapa sangka kartun Spongebob Squarepants yang menjadi hiburan kita sejak kecil hingga ke hari ini tidaklah disambut baik di sesetengah negara? Menurut sumber dari Kosmo Online, surat amaran telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) terhadap GTV, stesyen televisyen tempatan akibat menayangkan filem The Spongebob Squarepants Movie.
Dari laporan akhbar The Jakarta Post, filem yang disiarkan pada 6 Ogos 2019 (waktu tempatan) pada jam 11.14 pagi (waktu tempatan), sebelum disiarkan semula pada stesyen televisyen yang sama, GTV pada 22 Ogos 2019 pada jam 3.02 petang. Filem The Spongebob Squarepants Movie dikatakan menyuntik unsur-unsur keganasan seperti lontaran tukul ke muka, menjatuhkan bola boling di atas kepala, menghayun muka dengan kayu dan membaling pasu kaktus menggunakan raket. Hal itu dikatakan melanggar Artikel 14 P3, yang menyatakan unit penyiaran perlu patuh akan kepentingan kepada kanak-kanak dalam aspek penyiaran. Perkara ini dinyatakan dalam surat amaran dari KPI, yang turut menyatakan bahawa filem itu melanggar kod standard program (SPS). Seperti yang dilapor oleh Kompas.com, Timbalan Ketua KPI, Mulya Hadi Purmono menyatakan suruhanjaya hanya menghantar surat amaran saja kerana ia merupakan kesalahan pertama. Kartun Spongebob Squarepants telah ditayangkan sejak Mei 1999 dan masih teguh bersiaran di serata dunia hingga sekarang, 20 tahun kemudiannya. Siri ini berkisarkan kehidupan Spongebob yang ceria bersama rakan-rakannya yang tinggal di bandar bawah laut, Bikini Bottom. Ia ditayangkan di Malaysia melalui siaran-siaran seperti TV3, TV9 dan Nickelodeon, menerima sambutan yang hangat dalam kalangan masyarakat kita juga. Pasti ada di antara kita yang meminati kartun ini sejak kecil dulu. Jadi apa kata anda? Betul ke kartun Spongebob ni ganas sangat? - CARI
|
4
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
2
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT