Sejak
kebelakangan ini kes buli di jalan raya semakin menjadi-jadi, bukan sahaja
berlaku di ibu kota Kuala Lumpur malah di seluruh negara. Jika sebelum ini,
kecoh di media sosial tentang kes pergaduhan di jalan raya sehingga
mengakibatkan kematian. Terbaru, satu lagi kes yang sama telah berlaku di Malaysia iaitu melibatkan dua orang lelaki berbangsa Melayu dan Cina dilihat bertumbuk dalam pergaduhan di Plaza Tol Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Kejadian ini dipercayai dirakam oleh isteri kepada seorang daripada pemandu berkenaan sebelum ianya mula tular di media sosial. Video berdurasi 02:08 saat ini telah dimuatnaik di dalam Facebook sebelum ianya mula dikongsikan oleh warganet. Memetik laporan Astro Awani, kejadian berlaku apabila seorang pemandu van jenis Hiace dari arah Wangsa Maju menuju ke One Utama dan kenderaannya telah dipotong seorang lagi pemandu lelaki yang memandu kenderaan jenis Mazda CX5. Difahamkan pemandu Mazda itu turut bertindak menekan brek di hadapan pemandu van berkenaan.
Loading FB Post... Pergaduhan itu telah tercetus semasa kedua-dua pemandu tersebut berada di kawasan tol. Kes itu sedang dalam siasatan polis. - CARI |
ADVERTISEMENT