Kemunculan vape yang dipromosikan sebagai alternatif merokok mendatangkan banyak kebimbangan. Disebabkan tiada kajian mendalam untuk menyelia kandungan cecair vape ini, kesannya kepada kesihatan sehingga sekarang sukar diketahui. Bertambah buruk, bila budak-budak pun pandai "vaping".
Berbanding industri rokok tembakau yang ada peraturan jelas tentang kandungan nikotin, undang-undang mengawal, serta proses pengeluarannya, industri vape masih tidak ada lagi peraturan dunia tentangnya. Kebanyakan negara masih tidak ada undang-undang untuk menyelianya. Baru-baru ini, CNN melaporkan, di Amerika Syarikat, tujuh orang disahkan maut kerana penyakit berkaitan tabiat "vaping", manakala beratus-ratus lagi sedang dirawat kerana penyakit sama. Disebabkan kematian ini, banyak negara dunia mula bertindak mengharamkan vape. India menjadi negara terbaru akan mengharamkan vape dengan penggubalan undang-undang. Bukan setakat penggunaan diharamkan, semua proses pengeluaran, penjualan, import dan eksport pun akan diharamkan. Mereka yang melanggar undang-undang itu boleh didenda dan dipenjara. Malaysia pun akan membentangkan undang-undang untuk mengawal vape seawal-awalnya tahun depan. Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, akta itu akan dibentangkan di Parlimen mungkin pada Mac. Apa kata anda? Perlu ke haramkan terus? Atau sebenarnya kita perlukan undang-undang untuk menyelia proses pengeluarannya seperti dibuat kepada rokok tembakau. Dua-dua pun bahaya kan? - CARI
|
Kurex replied at 19-9-2019 03:03 PM
Nasib baik kurex tak hisap rokok atau vape.. Melainkan.................
FOTHER-MUCKER: Baru ni dalam news ada bagi tau mereka mati disebabkan kerana mencampurkan vitamin E dan ganja kedalam vape Liquid tu.
armin replied at 19-9-2019 04:56 PM
Vitamin E utk apa masuk dln vape? Ganja tu yela mk kasi high
Kurex replied at 19-9-2019 03:03 PM
Nasib baik kurex tak hisap rokok atau vape.. Melainkan.................
armin replied at 19-9-2019 04:56 PM
Vitamin E utk apa masuk dln vape? Ganja tu yela mk kasi high
FOTHER-MUCKER replied at 19-9-2019 03:09 PM
Baru ni dalam news ada bagi tau mereka mati disebabkan kerana mencampurkan vitamin E dan ganja kedal ...
arareez replied at 19-9-2019 03:26 PM
Melainkan kotey ?
duri_durians replied at 19-9-2019 05:21 PM
kurex hisap rokok tanpa "ro" kan?
ADVERTISEMENT