CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Unik! Anak Kuda Zebra Ini Dilahirkan Bertompok 'Polka Dot'!

27-9-2019 03:11 PM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 9502| Komen: 85

Biasanya kita lihat di mana-mana, kuda zebra mempunyai warna putih dan berjalur hitam, bukan? Tetapi sesuatu yang unik telah ditemui, apabila seekor anak kuda zebra berkulit 'polka dot' ditemui di Kenya. Ini kali pertama kuda zebra seperti ini ditemui di mana-mana tempat, dan ia memunculkan dirinya di Maasai Mara Nasional Reserve.

Kredit Foto: Daily Mail
Ia ditemui kali pertama oleh Antony Tira, seorang jurugambar serta pemandu pelancong bagi hutan simpan tersebut ketika sedang memantau di sekitar Sungai Mara. Menurut laporan Daily Nation, Tira mulanya menganggap kuda zebra 'polka dot' itu ditangkap sejak lahir dan ditanda sedemikian rupa atas tujuan migrasi. 

Namun setelah penelitian yang lebih dalam, dia menyedari bahawa ibu kepada kuda tersebut mempunyai kondisi digelar melanin disorder. Untuk info, Melanism merupakan kondisi yang bertentangan dengan Albinism, dan ia dihasilkan dari pembentukan melanin berpigmen gelap di bahagian kulit. 


Seekor kuda zebra dengan kondisi melanism tidak mempunyai jalur yang sempurna, dan sebagai ganti, mereka mempunyai tompok atau jalur kecil saja pada bahagian badan mereka, lapor The Star.

Kredit Foto: Daily Mail
Dikhabarkan pelancong bersesak-sesak di Maasai Mara Nasional Reserve semata-mata untuk melihat kemunculan kali pertama kuda zebra yang unik ini. Parmael Lemerin, seorang pakar binatang liar di Matira Camp menegaskan bahawa tidak pernah ada lagi kuda zebra dengan kondisi melanin dirakam atau diambil gambar sebelum ini. 

Dia turut menegaskan bahawa kuda zebra dengan kondisi yang sama pernah ditemui di hutan-hutan lain sekitar Afrika, namun tiada yang hidup melebihi enam bulan.

Kredit Foto: Daily Mail
Mungkin banyak lagi jenis-jenis binatang yang belum lagi kita temui selama ini, dan zebra polka dot yang comel ini salah satu darinya. Sesungguhnya ciptaan Tuhan itu indah, berwarna-warni dan mempunyai kepelbagaian.- CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 27-9-2019 03:26 PM
comelnya .. maybe corak zebra belang2 dah habis? LOL

sebb corak tu unique kan? ,,,,,,
Quote rosa_canina 27-9-2019 03:31 PM
comelnye dia..

hrp dpt bertahan ye...
Quote Pink_Purple 27-9-2019 03:37 PM
dna baru ke            
Quote sarah82 27-9-2019 03:41 PM
Comelnya.. Rasa nak peluk2
Quote Kurex 27-9-2019 03:42 PM
Kalau tompok2 dekat badan manusia, tu dipanggil bekas kudis
Quote che-cikL 27-9-2019 03:43 PM
Biasanya kita lihat di mana-mana, kuda zebra mempunyai warna putih dan berjalur hitam, bukan?


Yang sebenarnya zebra berwarna hitam berbelang putih kan?

Cumanya cik adik ni dapat pattern lain, dapat polka dot instead of stripes.

Tak pe lah dekk, chomel je Acik nengok nya...

Quote Mitdob 27-9-2019 03:49 PM
Stay strong tau baby zebra. Make sure youre the one boleh stay more than 6 months. {:childlike
Quote albedah 27-9-2019 03:53 PM
Jadi lepas ni kalau anak kau lukis zebra crossing tompok2 taik unta jgn plak ko marah anak ko kata salah...  Kalau corak apa2 pun cikgu kene terima aje sbb cikgu mungkin x jumpa lg..
Quote BlueRose99 27-9-2019 04:00 PM





Chomel je!
Quote Boomibulat 27-9-2019 04:03 PM
Mak dia skandal dgn rimau bintang ke..
Quote fliphair8 27-9-2019 04:06 PM
pi tanya omakmu, sapa bapakmu?
Quote Intanterpilih09 27-9-2019 04:07 PM
Memang comel Dah nak mcm kijang.nak Simpan pic ni wat kenangan
Quote Asdan 27-9-2019 04:09 PM

tanya sikit, kenapa zebra warna hitam putih ?
Quote Perawankota 27-9-2019 04:11 PM
Mcm dah kacuk dgn spesis pelanduk jer
Quote jazaa100 27-9-2019 04:51 PM
albedah replied at 27-9-2019 03:53 PM
Jadi lepas ni kalau anak kau lukis zebra crossing tompok2 taik unta jgn plak ko marah anak ko kata s ...

Tu la....hasil KBAT, bebudak skrg lebih cerdik dari kita yg ingat zebra mesti belang putih & hitam je....
Quote damian_lee 27-9-2019 04:53 PM
Boomibulat replied at 27-9-2019 08:03 AM
Mak dia skandal dgn rimau bintang ke..

kannn . binatang ni bukan boleh caya sangat .... hahahhaaha
Quote lee_sakura 27-9-2019 05:20 PM
kene check dna ni
Quote Artemesiaa 27-9-2019 05:31 PM
Comel pulak dengan corak polka dot nya tu
Quote EJALTI 27-9-2019 05:47 PM
Comelnya....

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.048253 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top