Nampaknya kempen 'Buy Muslim First' (BMF) berjaya menyentak ramai orang hingga memberi kesan kepada pelbagai pihak. Tidak terkecuali segelintir artis yang turut memberi sokongan. Namun berbeza dengan pelawak antarabangsa, Harith Iskander yang seakan cuba bermain api dengan mempermain-mainkan kempen tersebut. Dia menyindir mereka yang menyokong BMF ini agar tidak lagi menonton semua program bola sepak kerana ia bukan produk Muslim. Lebih memalukan, Harith menggunakan istilah 'Buy Muslim Product Only' dan bukannya Buy Muslim First. Adakah dia sengaja mengapi-apikan orang Melayu dengan tujuan tertentu?
Kicauan lelaki paling lawak di dunia ini mendapat reaksi daripada warganet. Rata-rata menjelaskan yang Harith sengaja menggunakan perkataan yang tidak betul iaitu menukarkan 'first' kepada 'only' kerana agenda liberal. Sementelah lagi mengaitkan antara kempen BMF dengan menonton perlawanan sukan langsung tidak berkaitan antara satu sama lain. Jadi mengapa ia harus diheret bersama? Lalu berduyun-duyun yang datang memberikan penerangan yang sejelasnya tujuan kempen tersebut lalu mendesak Harith agar memadam tweet yang tidak benar. Ramai juga yang merasakan Harith adalah puak liberal yang baru menampakkan belang hanya kerana rakan-rakannya terjejas dengan kempen ini. Tidak ketinggalan juga yang menyindir Harith sebagai "Worlds Funniest Deodorant' kerana lawak liberal ini. Setakat artikel ini ditulis 23 jam yang lalu, Harith masih tidak memadam tweetnya walaupun ia tidak benar. Apa yang harus dilakukan padanya? - CARI |
Asdan replied at 19-9-2019 04:25 PM
bmf tak sihat, sebab pengguna beli bukan berdasarkan agama,
lagipun tak boleh nak bezakan siapa ...
Sydasyda replied at 19-9-2019 04:52 PM
Eeee i sokong je bmf ni pada mula nye.. Post kt bmf fb dh mcm menganjing je lagi2 yg post gambar mus ...
Sydasyda replied at 19-9-2019 04:52 PM
Eeee i sokong je bmf ni pada mula nye.. Post kt bmf fb dh mcm menganjing je lagi2 yg post gambar mus ...
ADVERTISEMENT