Bukan sahaja merompak dan membunuh, sebaliknya cuba melakukan persetubuhan dengan mayat mangsa. Seorang lelaki Malaysia yang memiliki status penduduk tetap Singapura dilaporkan menghadapi tiga pertuduhan tersebut, memetik laporan Astro Awani.
Boh Soon Ho, 51 didakwa melakukan kesalahan tersebut pada Mac 2016 di rumah mangsa, Zhang Huaxiang, jururawat warganegara China. Difahamkan, Boh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Singapura semalam. Boh didakwa memerhati mangsa selama tiga tahun sebelum berasa cemburu selepas mengetahui wanita itu mempunyai kekasih.
Ketika kejadian, Boh cuba mengadakan hubungan intim dengan mangsa, namun selepas gagal melakukannya, Boh bertindak menjerut leher mangsa sehingga mati. Pakaian mangsa kemudiannya ditanggalkan, dan tertuduh cuba melakukan persetubuhan dengan mayat mangsa namun gagal kerana tidak dapat mengekalkan ereksi. Dia juga cuba menyembunyikan bukti dengan membungkus mayat mangsa dalam beg namun usaha itu gagal kerana badan Zhang telah mengeras. Lelaki ini bertindak melarikan diri ke Malaysia namun ditahan pihak polis Malaysia pada 4 April, tahun yang sama. - CARI |
R2D2 replied at 19-9-2019 05:53 PM
Dulu ada tagline satu produk 'dijamin patah katil'
kerana gagal mengekalkan ereksi.
ADVERTISEMENT