Memandangkan banyak orang terutama gadis bawah umur yang terpengaruh dengan personaliti Instagram yang mempromosi produk turun berat badan dan pembedahan kosmetik tidak sah, Instagram mengumumkan ia akan melarang kegiatan itu.
Dilaporkan CNN, Instagram akan mula bertindak ke atas iklan jenis itu atau promosi produk yang menawarkan insentif dan menyebut harga barangan tersebut dengan menghalang pengguna berusia 18 tahun melihatnya. Kandungan Instagram yang mempromosi produk turun berat badan tidak masuk akal atau diet yang tidak terbukti sihat dan dihubungkan dengan kod diskaun atau tawaran lain juga akan dikeluarkan daripadanya.
Larangan ini juga akan dikuatkuasakan di Facebook. Dalam tempoh beberapa minggu lagi, Instagram akan mendedahkan prosedur untuk pengguna melaporkan "post" di Instagram yang melanggar peraturannya itu dan tindakan membuang kandungan itu akan dilakukan. Teruk juga ni, bagaimana tauke-tauke kosmetik kilang timbang kilo dan produk kesihatan nak cari makan? - CARI
|
Asdan replied at 20-9-2019 03:58 PM
tanya sikit, apa beza kosmetik timbang kilo & tak timbang kilo ?
palmolive replied at 20-9-2019 04:00 PM
aku jawab neh,
beza dia, kalo owner kosmetik timbang kati ni kita tanya no KKM dia punya liat ...
Asdan replied at 20-9-2019 03:58 PM
tanya sikit, apa beza kosmetik timbang kilo & tak timbang kilo ?
ADVERTISEMENT