CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Jangan Nak Mengular' - Netizen Pertikai Kebenaran Guru Kerja Dari Rumah Kerana Jerebu

20-9-2019 02:52 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3680| Komen: 9|Original author: Sang_Pencinta

Susulan keadaan jerebu yang semakin kritikal, Kementerian Pendidikan pada Rabu lalu telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang menggariskan prosedur operasi standard (SOP) dalam menutup sekolah yang terlibat.





Kredit foto: KPM


Antara kandungan SOP baru itu termasuklah; penutupan sekolah mestilah diumumkan selewat-lewatnya 6 petang setiap hari oleh pengetua / guru besar berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) dengan memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. 



Kredit foto: Carian Google / KPM


Bagi guru-guru pula, mereka tidak diwajibkan untuk ke sekolah semasa penutupan, tidak perlu mengganti cuti dan kebajikan mereka perlu diambil kira dengan mengelakkan sebarang kegiatan seperti mesyuarat semasa penutupan. 

Guru-guru juga dibenarkan untuk membuat kerja pejabat dari rumah masing-masing. Bagaimanapun, nampaknya kelonggaran yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ini mendapat respon yang berbeza-beza.




Kredit foto: Carian Google


Bagi golongan guru, mereka menyambut baik pengumuman itu. Bagaimanapun ramai yang tidak yakin pihak pentadbiran teratas sekolah akan mematuhi SOP ini.

'Kalau ada spesis GB (Guru Besar) yang rasa dia lagi betul dari arahan menteri macam mana?' kata seorang guru meluahkan kebimbangan.

'Diberi pilihan je..maknanya memang kena pegi sekolah la? Bukan mandatori tidak perlu ke sekolah?' tambah seorang lagi guru.



Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook


Bagaimanapun, dari sudut yang lain, ada juga netizen yang mempersoalkan kelonggaran yang diberikan kepada para guru untuk dibenarkan bekerja dari rumah.

'Jangan mengular je di rumah, lepas tu tiap tahun minta bonus' kata seorang netizen.

'Mengada-ngada, orang lain elok je ke pejabat ketika jerebu, sekolah tutup duduk jelah dalam bilik guru' tambah seorang lagi netizen.

Kredit foto: Facebook


Tidak cukup dengan itu ada yang menyatakan kemusykilan sama ada benarkah guru membuat kerja pejabat di rumah atau membuat kerja lain seperti membasuh dan menyapu jika kelonggaran ini diberikan.

Pekerjaan guru sememangnya sangat berat jadi sudah pastilah kebenaran untuk bekerja dari rumah ini sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak Kementerian. 

Apa pula pendapat anda? Wajarkah guru-guru dibenar bekerja dari rumah atau tetap ke pejabat ketika jerebu seperti kakitangan kerajaan yang lain? - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 20-9-2019 03:06 PM
Yg komen tu mesti tak pernah jumpa org yg WFH.. Hahahaha..
Quote syadq 20-9-2019 03:38 PM
Kakitangan kerajaan lain boleh dapat pelepasan bekerja di rumah jika menjaga anak sakit akibat jerebu.
Quote Sang_Pencinta 20-9-2019 04:00 PM
Yang penting KPI tercapai di mana sahaja kerja
Quote astatine 20-9-2019 04:07 PM
Aku pernah jadi cikgu, so aku tau. Bilik guru kebanyakkan sekolah takde aircond macam kat opis ye. Sebab tu cikgu2 layak cuti time jerebu. Korang duduk kat opis siap aircond berjaket bagai, mana korang tau bilik guru tu pun berjerebu.
Quote Megikari 20-9-2019 05:07 PM
Pendengkinya la diorang ni. Ko duduk je la dalam opis ko tu diam2, takyah pertikaikan keje orang lain
Quote arm_band 20-9-2019 06:28 PM
busuk hatinya yang hencap tu.... moga2 ramai laaaaaaa anak beranak penghencap tu jadi cikgu
Quote Bungalily19 21-9-2019 01:53 AM
Komen netizen punn{:spec
Quote Sang_Pencinta 21-9-2019 07:58 AM
Kasi can lah uols, masa cuti pun cikgu sibuk tanda paper kan
Quote helicornia 21-9-2019 11:09 AM
aku suke je student cikgu sume cuti lengang sikit jalan kurang jem wakaka

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.031453 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top