Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden pergaduhan dua lelaki yang berlaku di Plaza Tol Bukit Kiara dan menjadi tular di media social. Kedua-dua lelaki itu mengalami kecederaan dan membuat laporan polis.
Ini bukanlah kali pertama kes buli jalan raya berlaku, malahan ada yang berlanjutan sehingga mengakibatkan kematian. Bagaimana sepatutnya kita menangani masalah ketika berdepan dengan pembuli jalan? Seorang lelaki bernama Syawal tampil memberikan tips yang berguna dan tips itu mendapat sokongan ramai netizen lain.
Menggunakan akaun Twitter @advreds, Syawal berkata beliau telah beberapa kali berdepan dengan pembuli jalan dan selalu menangani masalah itu dengan mudah. Caranya? 'Aku mengalah dulu, bagi dia jalan jauh-jauh kemudian aku singgah buat laporan polis' terang Syawal. Bagaimanapun tips itu lebih berguna jika anda merakam kejadian buli tersebut. 'Boleh dapatkan dashcam, beli sahaja di Shopee, dapatkan untuk depan dan belakang' tambahnya lagi. Menurut Syawal lagi, beliau sudah dua kali berdepan kes buli. Seorang daripadanya sudah disaman, manakala seorang lagi dipanggil ke balai untuk inquiri. Tweet tips daripada Syawal kemudian menjadi tular dan ramai yang bersetuju dan menyokong cadangannya. 'Terima kasih kerana menyatakan cadangan ini, lebih logik dari bergaduh, merakam video, membahayakan penumpang kanak-kanak, menjadikan rakaman viral mahupun menggunakan isu perkauman' kata seorang netizen. 'Ini tindakan yang bijak, dah tahu pembuli tu kurang bijak, kenapa ikut macam dia'kata seorang lagi. Malahan ada juga yang mengatakan mereka pernah melakukan perkara yang sama. 'Saya setuju. Saya pernah ada pengalaman dibuli, dia hambat aku tapi aku drive terus ke balai, tak mahu pula dia masuk' kongsi seorang netizen. 'Sama, lelaki tu kejar aku macam tiada hari esok, terus aku report ke balai' kata seorang lagi. Semoga tips daripada Syawal ini memberi idea kepada anda apabila berdepan dengan kaki buli di atas jalan raya pada masa depan.- CARI |
julielapadite replied at 23-9-2019 11:01 AM
umm boleh la pegi balai buat report, tunggu 38 minit encik polis menaip satu, satu huruf, pastu back ...
msdummy.2018: tuh nasiblah dpt officer mcm tuh ms kita report case..masa i accident dulu, i dpt officer nk pencen pas tuh dh malas attend case aku...dia ckp tiada s ...
zulka replied at 23-9-2019 02:12 PM
aku pilih betumbuk atas jalan
zulka replied at 23-9-2019 02:12 PM
aku pilih betumbuk atas jalan
ADVERTISEMENT