Dalam zaman serba canggih sebegini, mangkuk tandas juga semakin lama semakin banyak evolusinya. Kini tak perlu lagi pakai hos kerana kemudahan bidet lebih memudahkan dan bersih untuk persekitaran tandas.
Tapi pernah tak anda terfikir dapat duduk di mangkuk tandas yang diperbuat daripada emas? Memang dahsyat! Pelik tapi betul-betul ada. Mangkuk tandas yang diperbuat daripada emas ini adalah hasil karya seorang ahli seni dari Itali iaitu Maurizio Cattelan. Ia diletakkan dalam sebuah pameran hasil seni yang bertempat di Istana Blenheim, United Kingdom. Nilainya mencecah hampir 28 juta Ringgit Malaysia, dan diberi nama 'America'. Apa yang istimewa mengenainya ialah ia bukan model pameran semata-mata, malah ia berfungsi untuk digunakan selama tiga minit sahaja bagi setiap pengunjung. Siapa tak teruja nak membuang dalam mangkuk tandas emas, betul tak? Tetapi sayang, beberapa jam sahaja selepas pelancaran karya emas ini, mangkuk tandas ini dilaporkan dicuri oleh sekurang-kurangnya dua buah kenderaan pada jam hampir 5 pagi. Kedudukan tandas ini berada berdekatan pintu masuk utama, yang mungkin menyebabkan ia lebih mudah dicuri. Akibatnya, saluran pecah dan air melimpah di kawasan berkenaan. 'America' pernah menjadi hasil tumpuan sejagat pada pertama kali pelancarannya di sebuah muzium di New York pada tahun 2016, dan pernah ditawarkan untuk dipasang di kediaman Presiden Donal Trump. Susulan kes kecurian itu, seorang lelaki berusia 66 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan. Namun, mangkuk tandas emas itu tidak berjaya ditemui dan dikhuatiri telah dileburkan emasnya. Apabila ditanya tentang sekuriti sebelum ini, ternyata pihak pengurusan istana merasakan tandas itu tidak memerlukan pengawasan kerana ia telah dipasang dengan sistem perpaipan dan ia telah digunakan oleh berbagai-bagai jenis manusia. Sayang, kerana hasil karya tidak dijaga sebaiknya. Kalaulah mangkuk tandas ini dibawa ke Malaysia, agak-agak apa yang jadi? - CARI |
ADVERTISEMENT