CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paksa Anak Mengemis Untuk Beli Syabu, Berjudi

23-9-2019 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 1577| Komen: 7

Siapa sangka seorang ibu sanggup menjadikan anak sendiri yang berusia 9 tahun sebagai hamba dengan memaksanya mengemis.

Kecoh di Indonesia apabila kanak-kanak di Lhokseumawe, Sumatera dipaksa mengemis bagi memuaskan kehendak ibunya yang ketagih syabu dan bapanya yang suka berjudi.


Memetik laporan iNews Indonesia, mangsa akan dipukul ibunya jika gagal membawa sejumlah wang setiap hari. 

Kredit foto: inews id


Difahamkan, kanak-kanak itu terpaksa menanggung derita sejak berusia 6 tahun lagi. Namun, akhirnya kedua ibu bapanya ditahan polis baru-baru ini. 

Pihak polis berkata, mangsa akan dipukul jika mengutip wang kurang daripada 100,000 rupiah (RM29.60). 


“Sebaik pulang, ibunya akan mengambil wang untuk membeli dadah dan ujian air kencing mengesahkan wanita terbabit positif syabu.

“Bapanya mengambil sebahagian lagi untuk berjudi,”  kata Indra T Herlambang, Pegawai Unit Siasatan Jenayah Lhokseumawe. 

Kredit foto: inews ID

Malah, mangsa bukan sahaja dipukul malah didapati dirantai oleh ibu bapanya. 

Pun begitu, kedua ibu bapanya menafikan mereka mendera dan memaksa anak mereka mengemis. Sebaliknya hukuman yang diberikan itu adalah kerana anaknya tidak mahu pergi mengaji. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arm_band 23-9-2019 01:15 PM
dasar penunggang agama
Quote umbut 23-9-2019 02:20 PM
Edited by umbut at 23-9-2019 02:21 PM

Sial betul perangai.. asalkan bertudung kata lobai jadian
Quote epuepy 23-9-2019 03:26 PM
argh, dasar mak x guna.
Quote Cpkay 23-9-2019 03:47 PM
mak pak tak guna..
pandai beranak je..
Quote Perawankota 23-9-2019 10:32 PM
Dasar parents tagune
Quote Foxey 24-9-2019 12:21 AM
Boleh tak jangan beranak? Anak yang ada tu sila give up for adoption.
Quote ikanmasin 24-9-2019 01:46 AM
mak bapa tak guna beginilah..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.116911 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top