CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kena Pukul Daddy" - Kasihan, Budak 5 Tahun Didera Teman Lelaki Ibu..

23-9-2019 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5680| Komen: 58

Apa nak jadi? Seorang budak lelaki lima tahun cedera selepas dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya di rumah dekat Jalan Jelutong, Georgetown.

Difahamkan, budak itu mengalami lebam pada pipi kiri, kedua-dua lengan, kaki kiri dan cedera di kemaluannya. 

Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu disedari pada Sabtu lalu ketika sepasukan polis melakukan serbuan di rumah itu yang berkaitan kes dadah teman lelaki ibu mangsa. 

Kredit foto: Harian Metro

Ketika itulah pihak polis mendapati mangsa ditemui dengan penuh kesan lebam. 

“Hasil siasatan lanjut, kanak-kanak itu memberitahu yang dia dipukul ‘daddy’ iaitu teman lelaki ibunya dan ibunya sendiri namun, tidak memberitahu sebab diperlakukan demikian.


“Mangsa kemudian dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Pulau Pinang dan doktor mengesahkan terdapat kesan lebam di pipi, lengan, kaki selain cedera kemaluan, namun imbasan X-ray tidak menemui kesan patah,”  kata Ketua Polis Daerah Timur Laut.

Mangsa kini ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut dan turut dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Foto: Carian internet

Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang turut berkata, ibu kandung mangsa, 28 dan teman lelakinya, 37 kini ditahan untuk siasatan lanjut. 

“Kedua-dua mereka turut didapati positif methamphetamine. Suspek lelaki yang juga pekerja kontrak mempunyai 12 rekod lampau masing-masing membabitkan kes jenayah dan dadah,” katanya. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mirandanicky1 23-9-2019 05:25 PM
Jahatnyaaaaa nangis baca ni. Kasihan budak ni.
Quote Mierafaziera 23-9-2019 05:32 PM
aduhhhh..tak sanggup betullah tengok budak2 kena macam ni.dek bopren mak dengan mak sekali pulak tu..traumatize kaka tengok....na'uzubillahminzaalik....lindungilah budak tu ya Allah....jauhilah dia dari setan2 tu.....
Quote fliphair8 23-9-2019 05:36 PM
tino2 mendadih ngan species asal berlaki ni, memang berprestasi tinggi akan mendatangkan masalah pada anak2....
Quote binipopeye 23-9-2019 05:40 PM
fliphair8 replied at 23-9-2019 05:36 PM
tino2 mendadih ngan species asal berlaki ni, memang berprestasi tinggi akan mendatangkan masalah pad ...

setuju.... main tangkap asal kan dpt puas nafsu... begini lah jadi nyer...
Quote prettyuglybabe 23-9-2019 05:40 PM
kalau nak bersuka ria dengan jantan bagi je la anak tu kat bapaknya suruh bapak bela..
Quote Cumi2 23-9-2019 05:42 PM
Xguna btol laa mak dia..setann
Quote MenteriWanita 23-9-2019 05:44 PM
JKM tak payahlah buang masa nak pantau bagai, masukkan saja adik ni dalam jagaan rumah anak2 yatim, anggap saja mak dia yang lalok itu sudah ke alam barzakh, masa depan adik nih sangat penting berbanding buang duit dan masa nak ubat emak dia yang bangang.

Nanti mak dia pura2 dah elok, dia duduk lagi dgn mak dia, tak memasal mak dia ajak join mendadih dan jual dadih, kesian lah budak ni lah masa depan negara, jangan sampai jatuh ke tangan mak syaitan.
Quote sukacactus 23-9-2019 05:53 PM
Allahu!
Penuh lebam 1 badan
Celaka betul mak kandungnya, xboleh nak lindungi ank sdr
Quote adila39 23-9-2019 06:52 PM
sampai hatinya mak dia biarkan anak dia kena gini..
Quote epis 23-9-2019 07:32 PM
Teruk betul lebam sampai hitam kt pipi tangan sume tu huhu... kesiannya ko dik...
Quote kabukiman 23-9-2019 07:34 PM
Kesian anak tu.
Quote Malaysia.Doom 23-9-2019 07:36 PM
Sampai hati buat anak camtu
Quote RatuDunia94 23-9-2019 07:40 PM
prettyuglybabe replied at 23-9-2019 05:40 PM
kalau nak bersuka ria dengan jantan bagi je la anak tu kat bapaknya suruh bapak bela..

Bapaknya pon sejenis lepas tangan agaknya..
Quote ninja9 23-9-2019 07:46 PM
gugurkan hak menjaga. klu tak ada undang2 guballah. tak habis2 mendera...
Quote Foxey 23-9-2019 08:00 PM
Takde hati perut kot mak dia nih. Boleh plak sama2 dera anak dengan boifren. Kucing pun sayang anak tau. Manusia apa ni kalah dengan binatang
Quote Skuau 23-9-2019 08:18 PM
Ahh...apa sdh jadi dengan...'syurga ditelapak kaki ibu'???????
Quote milanhawkin 23-9-2019 08:57 PM
aku xleh la dgr berita budak2 kena dera ni. kesian weh... mmg xde perasaan ke depa sumer nih? mmg hat batu ka? budak weh... budak... apa je yg dia blh buat?
Quote Buritan 23-9-2019 09:04 PM
mirandanicky1 replied at 23-9-2019 05:25 PM
Jahatnyaaaaa nangis baca ni. Kasihan budak ni.

Mai body hampa tuu aku rempit.. sakit tak..
Quote sapeka 23-9-2019 09:45 PM
Haramjadahnye perangai mak

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.175424 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top