CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sudah Tidak Relevan Dengan Pasaran, 38 Program Universiti Digugurkan

23-9-2019 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16351| Komen: 143

Menyedihkan apabila 38 program akademik di 19 universiti awam digugurkan kerana didapati tidak lagi relevan dengan pasaran kerja. 

Memetik laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) yang mendapati kebanyakan program dalam bidang sains dan kejuruteraan bagi peringkat sarjana dan sarjana muda tidak lagi relevan. 


Difahamkan, langkah ini diambil kerana program tersebut 'tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik kepada graduan sejajar permintaan semasa industri'.

Kredit foto: graduan.com

“Data analitik hari ini menunjukkan industri memerlukan 20,000 kepakaran yang disalurkan daripada universiti,” katanya seperti dilaporkan.

“JPT perlu memastikan stiap siswazah kita memenuhi keperluan yang ditetapkan. Kita perlu mendepani Revolusi Industri 4.0 yang sedang melanda," kata Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir, ketua pengarah JPT.

Katanya lagi, pihaknya perlu memastikan kursus yang ditawarkan relevan dengan pasaran kerja. 

Oleh itu, universiti awam perlu menggantikan program akademik yang baru agar sejajar dengan keperluan semasa industri. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 23-9-2019 01:28 PM
good move KPT. takdelah penyumbang statistic graduan tanam anggur..
Quote Asdan 23-9-2019 02:41 PM

byk duit habis untuk study, hutang pun ada, tapi hanya beberapa % ilmu guna masa kerja,

bukan ke lebih baik hapuskan saja cara itu ?
Quote Malaysia.Doom 23-9-2019 02:46 PM
Sepatutnya dari dulu buat camni.

Buang semua course yang Tak da demand Dan kalau ko sediakan Akan jadi Kan bakal2 pelajar sebagai mangsa keadaan...diorg terpaksa tanggung hutan ptptn dengan berniaga nasi lemak bila bergelar graduan.

Ini lah YG dibuat UMNO YG menjadikan Melayu Terus miskin Dan vote golongan Elit Melayu supaya setiap Kali PRU mereka menang.
Quote Malaysia.Doom 23-9-2019 02:48 PM
Asdan replied at 23-9-2019 02:41 PM
byk duit habis untuk study, hutang pun ada, tapi hanya beberapa % ilmu guna masa kerja,

bukan k ...

Jual Nasi Lemak u tuk bayar hutang belajar Engineering.

Why not ambil kursus Masakan YG disediakan Kolej Komuniti saja????
Quote tripleid 23-9-2019 03:30 PM
Biar betik.math dgn kimia pn kna cantas..dedua tu subjek pnting kot utk jd negara maju..tp fizik x kena plak eh..heheh..nmpak sgt kn fizik mmg subjek terpenting di alam semesta
Quote dua_chzy 23-9-2019 03:34 PM
Islamic education for school level tu maksudnya hapo? Sama dengan Pendidikan Islam? Irrelevant ka?
Quote Hizert 23-9-2019 03:36 PM
Tolong tengok sama anak-anak atau siapa2 dalam keluarga yang nak sambung pengajian. Tolong advise diaorang untuk study kursus yang ada permintaan tenaga kerja dalam market. Xboleh nak suka-suki sangat zaman sekarang. Kalau planning nak berbisnes sendiri tu lain citer.
Quote malaysiaku123 23-9-2019 04:39 PM
apo islamic education tu termsuk jg?
Quote CARI-MAMS 23-9-2019 06:20 PM
Menyedihkan apabila 38 program akademik di 19 universiti awam digugurkan kerana didapati tidak lagi relevan dengan pasaran kerja.


Memetik laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) yang mendapati kebanyakan program dalam bidang sains dan kejuruteraan bagi peringkat sarjana dan sarjana muda tidak lagi relevan.


Difahamkan, langkah ini diambil kerana program tersebut 'tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik kepada graduan sejajar permintaan semasa industri'.


Kredit foto: graduan.com




“Data analitik hari ini menunjukkan industri memerlukan 20,000 kepakaran yang disalurkan daripada universiti,” katanya seperti dilaporkan.

“JPT perlu memastikan stiap siswazah kita memenuhi keperluan yang ditetapkan. Kita perlu mendepani Revolusi Industri 4.0 yang sedang melanda," kata Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir, ketua pengarah JPT.


Katanya lagi, pihaknya perlu memastikan kursus yang ditawarkan relevan dengan pasaran kerja.


Oleh itu, universiti awam perlu menggantikan program akademik yang baru agar sejajar dengan keperluan semasa industri. - CARI
Quote white_musk 23-9-2019 06:24 PM
Program sampahan yang ditawar university yang bukan orang bumi tidak boleh masuk itu bagaimana pula kah?
Quote Bedah.Cun 23-9-2019 06:25 PM
Mak nk tamya ba hons interpretation n translation mcm kat usm toh relevan ker? Fokus deme pon ke bm n bi jer. Mak yg org asli pon paham bi
Quote crazybeach 23-9-2019 06:26 PM
apooo math kimia semua tu tak relevant? makin galaklah founder cosmetics timbang kilo boleh sesuka hati campur bahan tu bahan ni buat produk tak selamat sebab technical expertise r&d bagai semua tu tak penting gituh??
Quote airmineral 23-9-2019 06:27 PM
Apa list yg digugurkan tu?
Quote crazybeach 23-9-2019 06:33 PM
jadah hapo math kimia semua tu tak relevant? makin galaklah founder cosmetics timbang kilo boleh sesuka hati campur bahan tu bahan ni buat produk tak selamat sebab technical expertise r&d bagai semua tu tak penting gituh??
Quote MissCarcosa9753 23-9-2019 06:34 PM
Nanti tak lama lagi engineering pulak
Skrg pun dah trend org x nak jadi engineers
Quote mzsnam 23-9-2019 06:34 PM
listkan course apa sape tau
Quote msxx 23-9-2019 06:40 PM
Dh masing2  jd youtubers & instafamous.
Quote melnanzz 23-9-2019 06:43 PM
airmineral replied at 23-9-2019 06:27 PM
Apa list yg digugurkan tu?

Universiti Pendidikan Sultan Idris menggugurkan program Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) dan Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan) manakala Universiti Malaysia, pusat pengajian tinggi tertua di Malaysia tidak akan menawarkan lagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik (Reka Bentuk Produk) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar).

Universiti Kebangsaan Malaysia menggugurkan program Sarjana MUda Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam dan Sekitaran) dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan), Universiti Putra Malaysia (Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) dan Sarjana Pengurusan Air) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dan Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam – Sekolah Rendah).

Universiti Malaysia Terengganu yang terlibat dalam proses penggabungan dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menggugurkan program Sarjana Sains (Falsafah dan Ketamadunan) dan Sarjana Sains Kaunseling.

Universiti Malaysia Sarawak menggugurkan program Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Industri) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi), Universiti Malaysia Sabah (Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan) dan Sarjana Ekonomi (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan), Universiti Malaysia Perlis (Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Fotonik) dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Rangkaian Komputer)) dan Universiti Malaysia Pahang (Sarjana Kejuruteraan (Bio-Proses) dan Sarjana Kejuruteraan (Kimia).

Universiti Malaysia Kelantan tidak lagi akan menawarkan program Sarjana Muda Siberologi (Animasi dan Ludologi) dan Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Reka Bentuk Komunikasi) dan Universiti Utara Malaysia Sarjana Sains (Perbankan Islam) dan Sarjana Sains (Teknokeusahawanan).
Quote R2D2 23-9-2019 07:07 PM
19 public universities drop 38 ‘irrelevant’ programmes
September 23, 2019 5:35 PM

PETALING JAYA: The education ministry has dropped 38 academic programmes in public universities it deems are no longer relevant with the times.

According to a Berita Harian report, Higher Education director-general Siti Hamisah Tapsir said her department needed to make sure all academic courses offered in public universities were relevant and that there were job opportunities for those who graduate.

With the country facing Industrial Revolution 4.0, she said there was a need for some academic programmes to be replaced with those needed by the industry.

Siti Hamisah said they have asked all universities to identify and reshape their academic programmes in line with the industry needs.

In total, 19 universities dropped two programmes each.

Universiti Pendidikan Sultan Idris dropped the sports psychology (Sports Science) and entrepreneur and trade (Education Technology) programmes, while Universiti Malaya no longer offers the product design (Mechanical Engineering) and environmental (Civil Engineering) degree programmes.

Universiti Kebangsaan Malaysia dropped civil engineering and environmental (Engineering) and manufacturing engineering (Engineering), Universiti Putra Malaysia dropped the primary school education and water management degree programmes, and Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dropped the education management and primary school Islamic education degree programmes.

Universiti Malaysia Terengganu, which is in the process of merging with Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dropped the philosophy and civilisation, and counselling degree programmes, while Universiti Malaysia Sarawak dropped the industry economics and telecommunications degree programmes.

Universiti Malaysia Sabah dropped the finance economics programme, along with the planning and development economics programme. Universiti Malaysia Perlis is no longer offering the fotonic engineering and computer network engineering programmes, and Universiti Malaysia Pahang has dropped the Bio-Process and Chemistry degree programmes.

Universiti Malaysia Kelantan will no longer offer degree programmes for animation and ludology, and telecommunications design.

Universiti Utara Malaysia has dropped the Islamic banking and technopreneur degree programmes.

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058028 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top