CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gara-gara Isu Rumah Paku, Pengendali FB Kementerian Wilayah Persekutuan Teruk Dikecam

25-9-2019 11:10 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6837| Komen: 41|Original author: Tukang Tulis

Ramai netizen mentafsirkan hantaran mengenai maksud  dan gambar-gambar rumah paku dalam laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan mempunyai kaitan dengan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kredit foto: Facebook & Carian Google


Gara-gara hantaran tentang 'rumah paku', laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan teruk dikecam netizen yang mengaitkan perkara itu dengan unsur sindiran terhadap pemilik-pemilik tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam hantaran yang telah dipadamkan itu, tertera ayat yang berbunyi: "Rumah paku = Rumah yang enggan dirobohkan pemiliknya di tengah-tengah projek pembangunan."

Turut dipaparkan adalah empat gambar sebagai contoh rumah paku dipercayai di luar negara yang masih tersergam walaupun dikelilingi pembangunan yang pesat.

Berikutan kecaman yang diterima, pengendali laman Facebook berkenaan meminta maaf dan berharap isu tersebut tidak dipanjang-panjangkan lagi.


"Posting tersebut tidak berniat apa-apa," katanya melalui status dalam laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan pada 23 September.

Permohonan maaf oleh pengendali laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan. Kredit foto: Facebook
Namun, permohonan maaf tersebut tidak berupaya menghentikan netizen daripada meneruskan kecaman mereka terhadap pengendali laman Facebook terbabit.

Mereka mempersoalkan apa motif di sebalik tindakan pengendali menyiarkan status sedemikian kerana ia hanya mengundang pelbagai spekulasi selepas majlis perjumpaan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad baru-baru ini.

Khalid Abdul Samad (dua dari kanan) dalam majlis perjumpaan dengan pewaris dan pemilik tanah Kampung Baru di Kuala Lumpur. Kredit foto: Facebook
Lebih-lebih lagi, sesi dialog antara Khalid dan pemilik serta pewaris tanah Kampung Baru dikatakan berlangsung dalam suasana agak panas manakala, orang ramai menyifatkan tawaran harga RM850 sekaki persegi oleh kerajaan adalah agak rendah.

Justeru, netizen meminta agar laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan hanya menumpukan kepada aktiviti penyaluran maklumat yang bermanfaat kepada warga kota dan bukannya dijadikan saluran untuk menyindir pihak tertentu atau berpolitik.

Reaksi netizen. Kredit foto: Facebook
Betul juga cakap para netizen, biarlah laman Facebook rasmi kementerian atau agensi-agensi kerajaan kekal dengan peranannya sebagai saluran penyampaian maklumat kepada rakyat. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 24-9-2019 02:22 PM
Warganet kecam Kementerian Wilayah Persekutuan
24 September 2019 12:27 PM

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Selepas teruk dikecam pengguna media sosial, Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak memadam status ‘rumah paku’ yang dimuat naik dalam Facebooknya.

Kenyataan yang dibuat kementerian itu semalam dan disertakan sekali dengan beberapa gambar rumah dekat tengah-tengah jalan dipercayai di China didakwa sebagai cubaan menyindir penduduk di Kampung Bharu.

“Rumah Paku = Rumah yang enggan dirobohkan pemiliknya di tengah-tengah projek pembangunan,” katanya sebelum status itu dipadam.

Namun, kenyataan itu dipadam dan mereka memuatnaik permohonan maaf secara terbuka beberapa minit selepas status ‘rumah paku’ mengundang kemarahan pengguna.

“Admin benar-benar mohon maaf di atas posting mengenai Rumah Paku yang menyinggung perasaan warganet.

“Perkara ini amat tidak disengajakan dan berharap tidak dipanjangkan lagi. Posting tersebut tidak berniat apa-apa,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, warganet yang tidak berpuas hati terus mengecam tindakan kementerian menyinggung perasaan penduduk Kampung Bharu.

“Kesian admin, mesti terpaksa ikut cakap menteri yang hmmm.. sabar jela sahabat. Sepenggal je...kami janji,” kata Shafa Mohd.

“Agak-agak si Khalid tu pasal apa beria-ia sangat hendak pastikan tanah Kampung Bharu dijual. Kalau suruh dia bersumpah dia tak dapat sedikit pun faedah atau kepentingan daripada penjualan tanah kampung agak-agak berani tak dia,” kata Muhammad Zainuddin

“Tolong profesionallah buat kerja. Page rasmi kementerian bukan untuk luahkan hati tisu dan mental koyak si menteri. Salurkan maklumat rasmi berkaitan rakyat sahaja. Kalau nak luah perasaan, guna fb beliau,” ujar Nong Nokman Basyir.

“Jangan risau nanti boleh dijadikan contoh teladan yang baik untuk anak-anak masa hadapan, supaya jangan silap pilih pemimpin sebab kalau silap pilih Malaysia ini sudah macam negara-negara Afrika yang miskin. Pemimpin korup punya fasal, musnah negara,” kata Alex Xan.
Quote fliphair8 24-9-2019 02:35 PM
semalam aku tgk news, selamba si khalid gereja ni cakap, (not exact words ya) kalau penduduk nak tunggu berpuluh tahun lagi, sampai dah duk dalam tanah (ie mati) ler jawabnya...

jahat mulut dia, so what kalau penduduk nak tunggu sampai mati pun, hak dia, waris dia ada....cabul mulut
Quote abas8888 24-9-2019 02:45 PM
nak buat camno..berbanding dia, abangnya yg dulu kat JB  bijak..yg ni..hmmm...
Quote EncikRhoma 24-9-2019 02:52 PM
khalid la tu yg tulis
Quote domestobot 25-9-2019 07:45 AM
kampung yang orang melayu duduk boleh la nak buat post camtu, kalau tu kampung cina siap jadi UNESCO heritage site lagi cam kat Georgetown n Melaka.
Quote rykall 25-9-2019 07:47 AM
fliphair8 replied at 24-9-2019 02:35 PM
semalam aku tgk news, selamba si khalid gereja ni cakap, (not exact words ya) kalau penduduk nak tun ...

menteri PH ni banyak yg cakap tak fikir...lamanya nak PRU...macam2 boleh berlaku di Malaysia lagi 3 tahun ni...entah2 semua tergadai.
Quote najib888 25-9-2019 08:31 AM
Lempaq telur kemuruk je kat muka Khalid ni nanti..Kalau aku la..
pastu, minta maaf.. settle
Quote Simunggu 25-9-2019 08:38 AM
kan..kan...tidak kompetent
Quote ctaz 25-9-2019 08:51 AM
aku harap penduduk kampung baru jgn jual tanah tu sampai bila2....
pegi mampos sama si khalid bangang tu
Quote matamata 25-9-2019 08:54 AM
Nuwar Brahim pesan jgn jual
Quote R2D2 25-9-2019 09:05 AM
jadi betul benar Kadir Jasin ckp menteri ph ni main lepas ckp ja
kemudian pura2 jadi play victim
Quote tobby 25-9-2019 09:25 AM
perangai mcm budak2 menteri Wilayah Persekutuan & adminnya.   puak ni dah la kenyataan media siaran rasmi gaya mcm budak2 wechat punya bahasa.
Quote zafira 25-9-2019 09:55 AM
fliphair8 replied at 24-9-2019 02:35 PM
semalam aku tgk news, selamba si khalid gereja ni cakap, (not exact words ya) kalau penduduk nak tun ...

aku pun dengar... kurang ajar... lepas tu dia mcm gelak kan? tak pakai otak cakap..
Quote batmana 25-9-2019 10:22 AM
kuil haram leh je tertegak, gomen BN/PH tak brani amik nk rmpas pun..
ni sah2 tanah org, gigih nk kaco
Quote boojaat 25-9-2019 10:30 AM
Dh kenapa nak dibangunkan kpg tu? Biar la kpg tu jd unik.. perkampungan di tgh2 bandaraya kl.. better duit tu di salurkan utk pembangunan di kaw rural area..  
Quote palmolive 25-9-2019 10:33 AM
hak ala, taraf menteri buat kerja camni?...
belum pernah lagi terjadi sebelum ni..

Quote tomatome 25-9-2019 10:39 AM
domestobot replied at 25-9-2019 07:45 AM
kampung yang orang melayu duduk boleh la nak buat post camtu, kalau tu kampung cina siap jadi UNESCO ...

Babi kan.. bodoh depa ingat pelancong nk tgk sume bangunan tinggi ke?? Itulah unik nya kl.. tengah2 bandar masih ada ciri kg tradisional lg.. tugas hampa menteri naik taraf la kasi cntik bodoohh x blh diajar.. bukan kasi musnah terus.. abes tanah org melayu kau nk kaut.. abes apa je tgl utk org mlayu kt kl ni? Kalau sume hakmilik org asing atau bangsa lain.. lg sakit ati menterinya lak melayu da mcm tali barut komunis dl2 demi kelangsungan hidup.. melayu xde jati diri.. ak tgu masa lak dia nk sentuh kg mlayu ampang atau keramat
Quote tomatome 25-9-2019 10:40 AM
batmana replied at 25-9-2019 10:22 AM
kuil haram leh je tertegak, gomen BN/PH tak brani amik nk rmpas pun..
ni sah2 tanah org, gigih nk k ...

Teringat cte abg long fadhil.. gigih upag gengster paksa org melayu sign jual tanah
Quote adeqbun 25-9-2019 10:54 AM
domestobot replied at 25-9-2019 07:45 AM
kampung yang orang melayu duduk boleh la nak buat post camtu, kalau tu kampung cina siap jadi UNESCO ...

kat blakang jalan raja laut ade perkampungan kecil milik cainis..rumah mcm setinggan..takde kene usik..kat tepi berjaya time square pon sama..PS diangkat jd kawasan tarikan pelancong..same goes tu little india..tp kg2 melayu satu persatu kene sauk...xkire la menteri kerajaan skang atau dlu..same je..cume menteri kerjaan baru ni terlebey perisa kurang ajar dan gansgter nye..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.040156 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top