Sudah bosan dengan hantaran kahwin biasa seperti set minyak wangi, buah-buahan dan gajet elektrik? Apa kata cuba idea hantaran barangan rumah pula seperti pasangan yang tular di media social ini?
Dikongsikan oleh seorang jurumekap pengantin bernama Ayu Kurus di akaun Twitter @annawatiemakeupartist, beberapa keping gambar yang menunjukkan dulang hantaran sepasang pengantin menjadi tular kerana keunikannya. Dalam screenshoot tersebut, pasangan pengantin kelihatan memilih barangan dapur sebagai tema hadiah. Antaranya seterika, oven, periuk nasi, periuk belanga dan yang paling win, lesung batu! 'Wah, tak terfikir pun macam ni, ini idea yang bijak kerana walaupun tidak terlalu mahal, ianya sangat diperlukan kelak' kata Ayu Kurus. Ramai juga netizen yang bersetuju dengan pasangan itu. Buktinya status Ayu Kurus itu mendapat lebih 13 ribu likes dan 18 ribu kicauan semula. Ada yang berpendapat idea ini sangat bernas kerana pasangan tersebut tidak lagi perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk kelengkapan rumah selesai sahaja majlis perkahwinan. 'Ya, saya sangat bersetuju, dah lah kahwin telan belanja besar. Bagi hantaran kahwin macam ni barulah ngam, kahwin hari ini besok boleh terus guna. Tak pening kepala nak cekau mana duit nak beli barang lepas kahwin nanti, lainlah majlis kahwin mak ayah sponsor 100%' tambah seorang netizen. Jadi, jika dibandingkan dengan hantaran mahal seperti telefon bimbit, yang semua orang dah ada ataupun PlayStation, yang cuma sekadar barangan permainan, rasanya idea ini lebih berfaedah. Apa kata anda? - CARI |
cikatilia replied at 26-9-2019 11:30 AM
masa aku keje opis lama
around 2005 +/-
ada engineer pompuan kawin
Sang_Pencinta replied at 26-9-2019 11:34 AM
best lah ada kelainan
sesuatu yg praktikal
chinta89 replied at 26-9-2019 11:37 AM
bagi aku batak viral je ni.
xde belanja besar mana pun stkt lps kawin nk beli peralatan elektrik. ...
cikatilia replied at 26-9-2019 11:30 AM
masa aku keje opis lama
around 2005 +/-
ada engineer pompuan kawin
ADVERTISEMENT