Lelaki tergamak mengugut untuk membunuh bapanya hanya kerana enggan memberikan RM20 kepadanya. Harian Metro melaporkan, suspek berusia 34 tahun itu mengamuk di rumah mereka di Kampung Nyior Sebatang, di Tasek Gelugor, jam 4.30 petang semalam selepas mangsa berusia 74 tahun enggan memberikan diminta.
“Suspek yang berang kemudian mengamuk dengan menolak dan menghempas barang dalam rumah. “Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengambil sebilah pisau dan mengugut mahu membunuh bapanya,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor. Difahamkan, ketika kejadian hanya suspek dan mangsa berada di rumah, manakala ahli keluarga lain bekerja. Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa membuat laporan sebelum anaknya ditahan polis. Tambah Noorzainy, hasil ujian saringan air kencing menunjukkan suspek positif methamphetamine dan semakan mendapati lelaki itu mempunyai empat rekod lampau membabitkan dadah dan jenayah.
Berikutan itu, suspek diraman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - CARI
|
ADVERTISEMENT