Makin melampau netizen sekarang hingga tergamak melemparkan kata-kata kesat pada Ajak Shiro dan anaknya, Nadia Soffea.
Tindakan biadap itu telah mendapat perhatian Ajak dan sesiapa yang menjumpai pemilik akaun tersebut akan ditawarkan ganjaran sebanyak RM500. Komen negatif itu ditinggalkan oleh @aasincomel pada video Ajak bersama anaknya di Instagram. Ajak telah memadam video tersebut untuk mengelak daripada banyak komen negatif ditinggalkan netizen pada video tersebut. Selepas memadam video itu, Ajak juga memohon maaf pada semua pihak kerana bertindak secara melulu akibat terlalu marah dengan sikap netizen tersebut.
Dia juga telah memaafkan @aasincomel selepas dapat menenangkan hatinya dan meninggalkan pesan pada ibu bapa untuk mendidik anak menggunakan bahasa yang baik dalam kehidupan seharian. Apa motif netizen sampai perlu mencarut pada Instagram artis? Mungkin mahu populariti segera. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|