Bukan senang mahu menyara hidup di zaman sekarang kerana semua harga barangan melambung naik. Bagi yang sudah berkeluarga dan tinggal di ibu kota adalah lebih mencabar. Ini kerana tanggungjawab menjaga anak-anak menjadi keutamaan.
Bagi sesetengah individu, mereka terpaksa melakukan kerja sampingan sambil menjaga cahaya mata. Baru-baru ini, tular dua keping gambar di Facebook apabila seorang wanita dipercayai mencari rezeki sambil mendukung bayi. Posting yang dimuat naik Ainil Hawa itu memaparkan wanita tersebut melakukan perkhidmatan menghantar makanan kepada pelanggan.
Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai keluarga itu, netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar wanita berkenaan dimurahkan rezeki. Hendak seribu daya. Jangan jadikan 'susah' sebagai alasan untuk menagih simpati semata-mata tanpa usaha. - CARI
|
amukgemuk replied at 30-9-2019 12:05 PM
KISAH SEBENAR
==============
(c & p dari facebook)
chinta89 replied at 30-9-2019 02:42 PM
ok done baca penjelasan. tq.
ADVERTISEMENT