Meskipun sudah berpisah, Bella Astillah dan Aliff Aziz masih mengekalkan hubungan baik demi anak mereka. Buktinya, baru-baru ini Bella dan Aliff membuat sesi Live di Iinstagram bersama, berduet menyanyi ibarat pasangan baru bercinta pula. Gara-gara sesi Live IG tersebut, warganet percaya kedua-duanya belum ‘move on’ dan masih menyimpan perasaan antara satu sama lain. Malah, ada warganet yang rasa meluat dengan aksi mereka berdua.
Warganet turut mendakwa Bella seakan memperbodohkan diri kerana masih berbaik dan melayan bekas suaminya itu. Ada pula warganet yang mengatakan mungkin juga Bella sengaja ingin meraih perhatian. Bella bagaimanapun tampil menjawab tohmahan warganet. Jelas Bella, dia hanya ingin memberi sokongan kepada Aliff selepas apa yang dilaluinya. "Netizen ada pendapat masing-masing, tapi saya tidak kisah mereka rasa tidak selesa sebab kalau mereka tak suka, boleh saja meninggalkan ruangan 'live' itu," ujar Bella kepada Gempak seperti dipetik Astro Awani. "Harap sangat fikiran jangan terlalu kolot. "Dia (anak) masih perlukan ayah dia. Harap sangat fikiran jangan terlalu kolot. Kita berhubung baik adalah untuk anak dan siapa tahu kalau memang masih ada jodoh? Hidup, ajal, mati, perpisahan semuanya bukan ditangan kita," ujarnya di Instastory. Siapa yang tak boleh 'move on' sebenarnya? Bella dan Aliff pernah berkahwin dan ada anak lelaki bersama. Takkanlah nak biar anak dia terputus hubungan dengan ayah dia. Lagipun, eloklah mereka berdua masih berbaik demi anak kan. Apa kata kita semua doa yang terbaik untuk mereka daripada asyik berbuat sebaliknya. - CARI |
cikatilia: xhabis2 dia nimcm gila glamour plak
"Dia (anak) masih perlukan ayah dia. Harap sangat fikiran jangan terlalu kolot. Kita berhubung baik adalah untuk anak dan siapa tahu kalau memang masih ada jodoh? Hidup, ajal, mati, perpisahan semuanya bukan ditangan kita," ujarnya di Instastory.
haryatie replied at 26-9-2019 11:39 AM
mcam masih menaruh harapan jerk
lantak la ko..
Kita berhubung baik adalah untuk anak dan siapa tahu kalau memang masih ada jodoh?
ADVERTISEMENT