Beberapa bulan yang lepas, Fasha Sandha ada berkongsikan berita tentang kehamilannya di Instagram melalui sebuah video. Namun, kejadian buruk menimpa keluarga itu apabila bayi dalam kandungan mengalami kegugura setelah hampir 5 bulan usianya.
Mengambil iktibar daripada perkara itu, pelakon Elisya Sandha mendedahkan yang kakaknya, aktres Fasha Sandha kini lebih berhati-hati untuk berkongsi sesuatu berita. "Insya-Allah, apabila sudah tiba masanya mesti dia akan kongsi, kena tunggu dan betul-betul dah disahkan mengandung atau tidak. "Saya rasa mungkin Fasha kini lebih berhati-hati nak kongsikan sesuatu. Sebelum ini dia pernah tersilap kongsi kehamilan terlalu awal tapi Allah uji dengan keguguran. Jadi kali ini dia belajar daripada kesilapannya," katanya memetik laporan Gempak.
Elisya juga mengaku yang dia tidak layak untuk berkongsi apa-apa tentang hal rumah tangga orang lain biarpun Fasha kakak kandungan demi menghormati privasi. "Saya tidak boleh beritahu atau kongsi apa-apa mengenai keadaan Fasha sekarang ini walaupun memang saya sudah mengetahuinya. "Bagi saya hamil atau tidak, biarlah Fasha sendiri yang kongsi berita itu. Tapi Alhamdulillah tak kisah apa-apa pun, saya tumpang gembira untuk Fasha sekeluarga," tambahnya lagi. Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4. - CARI
|
mawarika replied at 3-10-2019 11:15 AM
Dlm tv apesal hitam? Tertipu sistur tau.. tak baik!
mixed replied at 3-10-2019 11:22 AM
famili ni selalu gebang kt ig
x suka edit pic no filter
siap perli2 lg org yg suka edit pic
mixed replied at 3-10-2019 11:22 AM
famili ni selalu gebang kt ig
x suka edit pic no filter
siap perli2 lg org yg suka edit pic
fliphair8 replied at 3-10-2019 11:21 AM
hakak terkejut bila laki hakak yg tak berapa kenal retis tu komen bila akak bagitahu dia ni adik pas ...
sukacactus replied at 3-10-2019 11:42 AM
Mmg kari la dah bapak dia india
Diorang bapak lain2
fliphair8 replied at 3-10-2019 11:44 AM
ohhh patut ler...mana hakak tahu dek...hehhehe
sukacactus replied at 3-10-2019 11:42 AM
Mmg kari la dah bapak dia india
Diorang bapak lain2
nellyberry replied at 3-10-2019 12:07 PM
oh ye ke?
baru tahu.
actually iols pun baru tahu yg dia ni adik FS.
ADVERTISEMENT