Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia selepas tercekik lobak merah di sekolah. Menurut portal Mirror, kejadian malang menimpa Marilyn Ofobi Korankyewaa berlaku di Belmont Community Middle School di Worcester, Massachusetts awal bulan lalu.
Difahamkan, Marilyn berlari ke bilik air bersama rakannya untuk mengeluarkan makanan itu. Namun, usahanya tidak berjaya sebelum mangsa kemudian tidak sedarkan diri. Panik dengan situasi itu, rakannya berlari mendapatkan guru untuk memaklumkan keadaan Marilyn yang kemudian cuba memberi bantuan sebelum membuat panggilan kecemasan. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 17 September lalu di hospital dan dikebumikan pada Khamis. Difahamkan, sejak kejadian Marilyn tidak pernah sedarkan diri dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kemalangan. - CARI
|
Boomibulat replied at 26-9-2019 08:03 PM
Mcm haneesya ms kecik..
ADVERTISEMENT