CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Dulu Dia Gemuk, Tak Lawa, Hitam' - Lelaki Dikecam Nak Puji Bakal Tunang Tetapi Biadab

27-9-2019 12:45 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 21209| Komen: 125|Original author: Sang_Pencinta

Niat seorang lelaki untuk untuk menghamburkan pujian ke atas kekasihnya memakan diri apabila netizen menegur kata-katanya yang dikatakan biadab.

Netizen itu, yang bernama Muhammad Huzairie sebenarnya berniat untuk memuji kekasih yang dikenalinya hampir setahun dahulu. 

Kredit foto: Twitter


'Aku kenal dia setahun dahulu, masa tu dia hitam, tak lawa dan selekeh, kini kami akan bertunang damal 30 hari lagi' ujarnya.

Menurutnya lagi, wanita itu yang memulakan langkah pertama dengan menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya di media social. 

'Mulanya saya macam nak tak nak tetapi saya reply juga kerana kesian' tambahnya.




Kredit foto: Twitter



Mereka kemudiannya berjumpa, berkenalan dan saling jatuh cinta.

'Time tu dia tak lawa, gemuk dan mekap pun so so sahaja, kini dia dah berubah dan bakal menjadi tunangan aku, nasib baik tak rejek dulu' katanya lagi.



Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twittwr / OMM


Perkongsian Huzairie bagaimanapun mendapat respon yang berbelah bagi daripada warganet.

Walaupun ada yang merasakan perkongsian itu sweet, kebanyakannya malahan mengecam kerana kata-kata pujian yang mengandungi unsur kutukan.

'Kalau kau menghargai dia pun, janganlah sampai mengutuk' kata seorang netizen.


Kredit foto: Twitter /OMM

Kredit foto: Twitter / OMM


'Perempuan  dapat laki gemuk hitam diam je tetapi lelaki dapat perempuan gelap gemuk, bukan main peril lagi' tambah seorang lagi.

Ada juga yang tidak bersetuju kerana mengaitkan warna hitam sebagai tidak lawa. Malahan ada yang tidak segan-silu menuduh Huzairie tidak ikhlas kerana hanya membuat keputusan untuk mengikat pertunangan selepas kekasihnya bertranformasi menjadi putih dan lawa.


Kredit foto: Twitter / OMM
Kredit foto: Twitter / OMM

'Rude as f*ck kamu ni, dah lawa baru terhegeh nak jadikan tunang. Kau pun bukannya handsome mana pun' tegur seorang lagi.

Yang pasti, kena berhati-hati kerana memberikan pujian kerana kadang-kala pemilihan perkataan yang salah akan menukar pujian kepada kutukan.- CARI 

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Mejami

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 27-9-2019 01:00 PM
Double ended pujian dia

Mengutuk dlm memuji
Quote crazybeach 27-9-2019 01:02 PM
Edited by crazybeach at 27-9-2019 05:04 AM

kau sendiri pun bukannya hensem mana. badan pun tak sedap ada hati nak kutuk tunang sendiri. mujurlah ada jugak yang nak jadi tunang kau terima pinangan kau. set2 macam kau nih sekilas pandang pun iols dah boleh agak yang @Kurex pun nan hado nak semoga kat kau yach

[ig]https://www.instagram.com/p/B2I1kBgHDyG/[/ig]

Quote sarahmirza 27-9-2019 01:03 PM
Dah kahwin perempuan tu gemuk balik ada potensi kena cerai....
Quote Sang_Pencinta 27-9-2019 01:05 PM
crazybeach replied at 27-9-2019 01:02 PM
kau sendiri pun bukannya hensem mana. badan pun tak sedap ada hati nak kutuk tunang sendiri. mujurla ...

Kenal ke dia ni? Mcm mana tau IG dia??
Quote Sazida 27-9-2019 01:07 PM
Muke awek ko sblm lawa pun kalau pd aku xlyk utk ko. Igt muke hensem lahh sgt sampai nk reject bagai. Sekali hidung pun kemek muka mcm adudu ade hati nk berlagak.
Quote prettyuglybabe 27-9-2019 01:07 PM
kalau dia hensem nak kutuk tu nampak la berpada..
ini gfnya nampak lagi semenggah berupa..
i rasa bukan dia yang buta tapi gf dia yang buta..
dah la buta, malang pulak tu..
harapnya bukan asal berlaki..
Quote crazybeach 27-9-2019 01:08 PM
Sang_Pencinta replied at 27-9-2019 05:05 AM
Kenal ke dia ni? Mcm mana tau IG dia??

chuols google jah ciapan dia tuh terus keluar dia punya profile acc

Quote buapakperut 27-9-2019 01:11 PM
muka dia pun macam kain buruk ..sedar diri la ..ni sejenis jantan toxic.tak cukup cakap orang tu hitam gemuk tak lawa, boleh pulak cakap die kesian, kalau iols jadi awek tu dah lama babaikan aje
Quote limans 27-9-2019 01:11 PM
sarahmirza replied at 27-9-2019 01:03 PM
Dah kahwin perempuan tu gemuk balik ada potensi kena cerai....

nampak gaya mcm tu lah......
Quote Kurex 27-9-2019 01:12 PM
crazybeach replied at 27-9-2019 01:02 PM
kau sendiri pun bukannya hensem mana. badan pun tak sedap ada hati nak kutuk tunang sendiri. mujurla ...

Eeeee jijiklaaaahhhh!!!! Pose gitu sumpah gayah
Quote limans 27-9-2019 01:13 PM
buapakperut replied at 27-9-2019 01:11 PM
muka dia pun macam kain buruk ..sedar diri la ..ni sejenis jantan toxic.tak cukup cakap orang tu hit ...

wah ini marah ney......
Quote Sang_Pencinta 27-9-2019 01:13 PM
Dia feeling dialah jejaka rebutan kot

Dari pose di atas pun dah  tahu
Quote evlinne 27-9-2019 01:14 PM
crazybeach replied at 27-9-2019 01:02 PM
kau sendiri pun bukannya hensem mana. badan pun tak sedap ada hati nak kutuk tunang sendiri. mujurla ...

@Kurex @Kurex sila mencemar duliiii
Quote buapakperut 27-9-2019 01:15 PM
crazybeach replied at 27-9-2019 05:02 AM
kau sendiri pun bukannya hensem mana. badan pun tak sedap ada hati nak kutuk tunang sendiri. mujurla ...

buruknye.. kalau badan sado, kulit bersih takpe ni berjerawat kat dia punya jongos
Quote evlinne 27-9-2019 01:16 PM
Dia ni spesis tahfiz mahamad tu ke??? Duk kutuk bini masa jadi gf dulu gemuk hitam. Pastu lepas couple dgn dia terus hot meletop jadik model ig. Kosserrrr! @Kurex kenal hafiz mahamad laki sapiqah aina tak? Agak2 kurex nak semoga kat dia keee?
Quote buapakperut 27-9-2019 01:17 PM
limans replied at 27-9-2019 05:13 AM
wah ini marah ney......

marah hoo..ingatkan muka macam kapten amerikah rupanya macam bersamamu saja
Quote noraidil_06 27-9-2019 01:29 PM
Sian tunang dia, product timbang kilo mana dia pakai nk penuhi kemahuan jantan jongos ni.
Quote Megikari 27-9-2019 01:30 PM
Kahkahkahhh.... Memula baca aku ingatkan mamat ni hensem, muka to die for, badan helok... Sekali tuuuu.... Kahkahkaahhhh
Quote krustykrab 27-9-2019 01:35 PM
crazybeach replied at 27-9-2019 01:02 PM
kau sendiri pun bukannya hensem mana. badan pun tak sedap ada hati nak kutuk tunang sendiri. mujurla ...

Ewwww perasan hensem ke ni

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.047151 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top