CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Susulan Keputusan Inkues Allahyarham Muhammad Adib, Segala Persoalan Kini Terjawab

27-9-2019 10:54 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 17765| Komen: 271|Original author: intan

Susulan kes rusuhan yang melibatkan kematian seorang anggota kecemasan JPBM Subang Jaya, Muhammad Adib (24), keputusan hasil perbicaraan inkuiri telah diumumkan dan telah menjawab segala persoalan rakyat Malaysia pada ketika ini.


Keputusan itu telah diumumkan oleh Koroner, Rofiah Mohamad di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 10 pagi tadi.

Mengimbau kembali prosiding perbicaraan yang telah bermula sejak 11 Februari yang lalu, sebanyak 137 eksibit dan 30 saksi telah dipanggil untuk membuat keterangan mengenai kes yang dianggap berprofil tinggi ini.


Laporan bercanggah, kecederaan tidak seiring dengan dakwaan dipukul
Kisah perbicaraan yang panjang itu telah menyaksikan pelbagai plot dan kejutan apabila hasil keterangan pernah mendedahkan laporan bedah siasat yang dijalankan saksi ke-24, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur yang dijalankan bersama saksi ke-27 iaitu Ketua Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur didakwa tidak lengkap dan bercanggah oleh saksi ke - 29, iaitu Pakar Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom.
*saksi ke - 24 (Dr Ahmad Hafizam Hasmi)
*saksi ke - 27 (Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood)
*saksi ke - 29 (Dr Shahrom Abd. Wahid)

Inkues tergendala, peguam tarik diri atas arahan Peguam Negara
Kejutan demi kejutan, pada 27 Mei, Peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menarik diri dari perbicaraan atas arahan Peguam Negara, Tommy Thomas. 
Susulan arahan dan penarikan Syazlin dari perbicaraan Inkues ini, ramai yang menunjukkan perasaan tidak puas hati terutama keluarga, ahli politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan mendesak inkues ini dihentikan dan digantikan dengan Suruhan Siasatan Diraja (RCI).

Bapa Adib heret Tommy ke Mahkamah
Pada 16 Julai lalu, bapa Muhammad Adib , Mohd Kassim telah memfailkan permohonan 'ex-parte' untuk memulakan prosiding komital terhadap peguam negara, Tommy Thomas yang didakwa terlalu banyak 'intervention' atau campur tangan yang salah dalam perlaksanaan keadilan.
Pada 2 September, Koroner telah membenarkan Mohd Kassim untuk memulakan prosiding komital itu setelah wujudnya prima facie ke atas satu perbuatan Tommy Thomas yang menjurus kepada penghinaan kepada mahkamah.

Menurut peguam Adnan Seman, keputusan inkues ini didokong oleh tiga perkara iaitu keputusan terbuka (open verdict), kemalangan (misadventure) atau kematian disebabkanoleh orang yang diketahui mahupun tidak diketahui. 
Sesungguhnya keputusan ini digalas berat oleh Koroner Mahkamah Seksyen Shah Alam iaitu Rofiah Mohamad. Inkues yang diadakan bertujuan untuk menentukan punca kematian hasil daripada pendapat bercanggah iaitu dilanggar oleh kenderaan manakalasatu lagi dakwaan Allahyarham Adib dipukul oleh perusuh. 

Keputusan Perbicaraan Inkues

Kini, persoalan sudah terjawab. Hasil perbicaraan telah mendapati kematian Muhammad Adib adalah disebabkan oleh daripada TINDAKAN JENAYAH OLEH SEKUMPULAN INDIVIDU YANG TIDAK DIKENALI.

Menurut koroner dalam keputusannya mendapati, kecederaan yang dialami Adib (Lung Chest Trauma) adalah bukan perbuatan diri.

"Saya merumuskan bahawa kecederaan Adib (Lung Chest Trauma) yang dialami Muhammad Adib bukanlah perbuatan akibat diri sendiri,"

Koroner Rofiah Mohamad mengulas lanjut kecederaan yang dialami adalah disebabkan arwah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

Semoga roh arwah Muhammad Adib tenang dan akan mendapat pembelaan sewajarnya. - CARI 
4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
6

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • lilydandelion77

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Telolet 27-9-2019 10:57 AM
Alhamdulillah. so cemana nak cari siapa yang buat eh malam tu.
iols tetap rasa kalau muntri macam si waytha tu tak main wayang, semua ni takkan jadi
Quote Victorioussss 27-9-2019 10:58 AM
Moga yang berbohong dln inkues tu mati bwh lori

Memalukan profesyen
Quote natrahn 27-9-2019 11:00 AM
Telolet replied at 27-9-2019 10:57 AM
Alhamdulillah. so cemana nak cari siapa yang buat eh malam tu.
iols tetap rasa kalau muntri macam s ...

Kita doa segalanya dipermudahkan.... Pada peringkat awal kan ada 4 orang suspek ditahan. Mungkin mereka akan disoal kembali.
Quote msdummy.2018 27-9-2019 11:02 AM
alhamdullillah...moga tuhan bukakan petunjuk dan laluan lagi untuk mencari penjenayah yg bertanggungjawa...aminnnn
Quote dizekni 27-9-2019 11:03 AM
Alhamdulillah

Insha Allah bakal peroleh keadilan untuk arwah
Quote nuril86 27-9-2019 11:04 AM
alhamdulillah...
Quote kelam22 27-9-2019 11:06 AM
alhamdulillah. moga kematian arwah terbela.
Quote ikanmasin 27-9-2019 11:08 AM
alhamdulillah semoga dipermudahkan utk pembelaan arwah adib ni..
Quote aHoi83 27-9-2019 11:08 AM
Anak pak kasim sila terjun bangunan bersama2 puak CI kecam asal melayu
Quote fliphair8 27-9-2019 11:12 AM
Alhamdulillah, now mulakan process mencari pelaku. dah ade saspek pun, mulakan pendakwaan.  jangan suspek dah lari ostolia udah....bukan bole caya kat mesia ni
Quote haruslah 27-9-2019 11:13 AM
natrahn replied at 27-9-2019 11:00 AM
Kita doa segalanya dipermudahkan.... Pada peringkat awal kan ada 4 orang suspek ditahan. Mungkin m ...

ntah ke mana dah 4 org tu

Quote amerald 27-9-2019 11:13 AM
alhamdulillah..
keputusan yg terbaik..
sekarang ni jgn di bagi muka kepada sejenis manusia tak mengaku salah...
Quote qistiena 27-9-2019 11:13 AM
Alhamdulillah...next...prima facie ag
Quote sarah82 27-9-2019 11:18 AM
Alhamdulillah.. Aku harap kali ni pembunuh2 tu kena heret dan digantung sampai mampus..
Quote sarah82 27-9-2019 11:18 AM
Victorioussss replied at 27-9-2019 10:58 AM
Moga yang berbohong dln inkues tu mati bwh lori

Memalukan profesyen

2 org kamjad tu kan? Bukan setakat berbohong tapi mengkhianati pekerjaan sendiri.. Semoga hari2 kubur depa berdua tu kena ludah
Quote cap_ayam 27-9-2019 11:24 AM
Alhamdulillah.
Quote EJALTI 27-9-2019 11:30 AM
Edited by EJALTI at 27-9-2019 03:31 AM

Alhamdullilah....

Moga sipenjenayah2 dicari sampai lubang cacaing dan dihukum gantung sampai mampos.

Apa komen Siti Kassim kembang semangkuk pembela sami hindu yg berbohong tuh?
Quote itams 27-9-2019 11:35 AM
alhamdulillah
Quote edoraixora 27-9-2019 11:38 AM
alhamdulillah

tolong carik penjenayah sampai lubang kubur, keadilan mesti dituntut, hutang nyawa bayar dengan nyawa!
sakit hati mikir ada tangan2 ghaib dlm kes ni.

Lihat semua komen(271)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050382 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top