Dua kanak-kanak maut dibelasah selepas membuang air besar di tempat terbuka pada Rabu. Menurut Asia One yang memetik laporan AFP, dalam kejadian awal pagi itu, kedua-dua mangsa dari Dalit iaitu kasta terendah di India dalam perjalanan ke rumah datuk mereka di daerah Shivpuri, Madhya Pradesh.
Menurut Ketua Polis Raja Babu Singh, mereka dikatakan berhenti di sebuah lokasi untuk membuang air besar sebelum diserang dua beradik lelaki. Katanya, salah seorang daripada suspek mengalami gangguan mental. Mangsa dihantar ke hospital, namun mereka meninggal dunia akibat kecederaan parah. Bapa salah seorang kanak-kanak itu, Manoj Balmiki mendakwa keluarganya berdepan diskriminasi melampau daripada penduduk kasta tinggi.
"Rumah kami tiada tandas menyebabkan kanak-kanak terbabit terpaksa membuang air besar di kawasan terbuka. "Dua beradik itu (suspek) menjerit kerana mangsa membuang air di atas jalan sebelum memukul kepala kanak-kanak terbabit dengan kayu," katanya kepada Press Trust of India. Gambar Hiasan Kredit foto: Asia One Perbuatan kejam itu dipercayai berlaku selepas Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan kempen melarang membuang air besar di tempat di negara itu pada Rabu lalu. Modi pada 2014 melancarkan Misi India Bersih berjanji untuk menyediakan kemudahan tandas untuk rakyatnya menjelang 2019. Sehingga kini, India membina lebih 100 kemudahan tandas terutama di kawasan luar bandar. - CARI |
krustykrab replied at 27-9-2019 01:50 PM
Teringat fiem hindi tajuk toilet...dpt pakmentua yg tak nk bina toilet dlm rumah dgn alasan bawa sia ...
najib888 replied at 28-9-2019 01:27 PM
Dalam agama depa tak dak ke diajar hal2 kebersihan/bersuci??? Sampai nak berak pun tak tau adab.. tu ...
ADVERTISEMENT