Akibat menuduh beberapa pelanggannya menipu sehingga menyebabkan mereka disoal siasat pihak polis, Domino's Pizza Malaysia akhirnya memohon maaf, semalam.
Malay Mail melaporkan, syarikat piza itu membuat aduan polis dengan mendakwa mereka sudah mengenal pasti sindiket menjual kupon promosi diskaun atas talian. Disebabkan itu, beberapa pelanggan dilihat menggunakan kupon tersebut dengan membuat pesanan atas talian dengan kadar banyak secara percuma. Ia sekaligus menyebabkan pelanggan ini disoal siasat oleh polis dari Jabatan Siasat Jenayah Komersial selepas pesanan piza itu dibuat. "Hi everyone (Hai semua), dengan apa yang telah terjadi, kami ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf for what had happened (segala yang berlaku)," tulis syarikat itu menerusi Facebook.
"Perkara ini adalah amat penting untuk diselesaikan secepat mungkin dan pihak HQ [ibu pejabat] kami telah pun berjumpa dengan customer tersebut untuk explain (terangkan) situasi ini. "Kami amat menghargai masa dan pendapat yang telah dikongsi oleh customer. Ia amat membantu dalam mencari solution yang win-win (menang-menang) untuk perkara ini." Pun begitu, menerusi Facebook berkenaan ramai pengguna yang menyelar penggunaan bahasa dan permohonan maaf yang dibuat kerana tidak formal dan kurang meyakinkan. - CARI
|
dubuk replied at 27-9-2019 05:03 PM
domino tak sedap
ADVERTISEMENT