CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Susah Nak Dapat Lelaki Macam Dia' - Gadis Dulu Hitam Kini Gebu Tampil Pertahan Bakal Tunang

30-9-2019 10:55 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10158| Komen: 53|Original author: Sang_Pencinta

Seorang lelaki yang dikecam netizen kerana mengutuk paras rupa bakal tunangnya kini dipertahankan oleh gadis itu. 

Lelaki itu yang dikenali sebagai Huzairie, 23, sebelum ini menceritakan kisah cinta mereka di Twitter, bagaimanapun netizen merasakan pujian yang ditujukan kepada kekasihnya itu mengandungi unsur kejian.





Kredit foto: Twitter


'Dulu dia hitam, tak lawa dan agak selekeh, kini bakal jadi tunanganku dalam 30 hari lagi' demikian antara kata-kata Huzairie terdahulu.

Thread itu kemudiannya hangat dengan kecaman netizen kerana beranggapan kata-kata yang digunakan oleh beliau biadap. 

Susulan itu, kini kekasih Huzairie yang bernama Nurshamira Shahmimi, 20 atau Mira pula tampil mempertahankan bakal tunangannya.



Kredit foto: Mstar



Memberitahu MStar, Mira menafikan dia menggunakan produk pemutihan kulit, apalagi suntikan atau produk timbang kilo.

'Mungkin kesan pencahayaan pada gambar itu membuatkan saya kelihatan putih melepak' katanya.

'Saya hanya mengamalkan pemakaian losyen dank krim sunblock sebelum keluar dari rumah, juga kerap cuci muka dan banyak minum air masak' katanya lagi.


Kredit foto: Mstar


Mira juga menambah beliau kini gemar bersolek selepas mengambil kelas mekap dan mengurangkan makanan manis sehingga beratnya turun dari 50 kg ke 44 kg sahaja.

Berkaitan thread bakal tuanngannya di Twitter yang dikatakan berunsur 'kejian dalam pujian',  Mira berkata dia tak ambil hati.

'Saya tak ambil hati, dia tak salah pun, dia cuma jelaskan perbezaan wajah saya kini dengan dahulu' katanya.

'Netizen tak faham, mulut orang memang susah nak tutup' katanya lagi.


Kredit foto: Instagram


Mempertahankan kekasihnya, Mira berkata memang dia crush nya dari dulu dan sering stalk Instagram lelaki itu dalam diam. 

'Saya juga hantar banyak mesej di InstaStory tetapi sering tidak dilayan pada mulanya, bila dia nampak kesungguhan saya barulah dia terima' terang Mira lagi.

'Susah nak dapat lelaki macam dia yang terima saya seadanya' tambahnya menutup perbualan.



Kredit foto: MStar


Mungkin netizen agak susah menerima penjelasan ini kerana fakta yang agak bercanggah dengan kenyataan gadis itu tetapi didoakan agar pasangan ini kekal sehingga ke anak cucu. - CARI 

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • antidote


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 30-9-2019 10:58 AM
2x5 = 5x2

Sepadanlah korang berdua
Quote miszclassique 30-9-2019 11:08 AM
Tengok gaya mcm budak jenis kelas belakang...rempit
Quote palmolive 30-9-2019 11:12 AM
moga jodoh panjang la yek...hehe
Quote chicozinn 30-9-2019 11:21 AM
dedua hauk..next!!
Quote kucingitam 30-9-2019 11:24 AM
jgn lepas kawin laki kau terkejut tgk muka takde mekap dah la ye..
Quote insulin 30-9-2019 11:39 AM
Semoga jodoh berpanjangan sampai bila-bila la, dik.
Quote anony-mous 30-9-2019 11:44 AM
I nak hencap di fb x dpt cuma nk ckp kenapa claim makin kurus tp di mata i makin gemuk?? Ko biar betul dik berat 44kg. Tggi berapa? 140cm ke 44kg gemuk mcm tu? And please la bro tunang ko x lawa pon. Klau syapikah aina tu wow jugak perubahan dia eventho masa chubby tu dah mmg manis
Quote Zaien 30-9-2019 11:55 AM
beshe beshe ghupe tuh..
Quote MissLana 30-9-2019 12:00 PM
jantan nya muka suneo kah?
Quote natrahn 30-9-2019 12:04 PM
MissLana replied at 30-9-2019 12:00 PM
jantan nya muka suneo kah?

ada iras sikit... suneo dewasa..
erm..gigih awek ni ngorat laki tu..patut la laki tu ambil masa nak terima...n bila dah lawa lagi la bertambah sayang..

Quote Cyempaka 30-9-2019 12:08 PM
aku pun terkejut berat dia 44kg katanya. dia nampak gemok dr zaman hitam dulu tu. muka pun bulat penuh. masa hitam muka panjang sikit.
dan sumpah aku xcaya kau setakat pakai losyen pakai sunblock minum air masak, maka kau jadi putih melepak begitu.
Quote manehnya 30-9-2019 12:15 PM
elehhh baru betunang dikkkk...
Quote MissLana 30-9-2019 12:16 PM
natrahn replied at 30-9-2019 12:04 PM
ada iras sikit... suneo dewasa..
erm..gigih awek ni ngorat laki tu..patut la laki tu ambil  ...

Hahahaha they are fantasize young marriage, geli laa make over diri pun tak siap lg ni hehehehe
Quote iznanaziz 30-9-2019 12:24 PM
miszclassique replied at 30-9-2019 11:08 AM
Tengok gaya mcm budak jenis kelas belakang...rempit

ko ni lahai..
knp ko ckp mcm tu?
cer explain

Quote miszclassique 30-9-2019 12:43 PM
iznanaziz replied at 30-9-2019 12:24 PM
ko ni lahai..
knp ko ckp mcm tu?
cer explain

Sebab kawan2 iols kelas hujung2 waktu sekolah dulu banyak perangai gini...cer tgk tweet laki tu, kenal baru setahun sis, pastu baru nak tunang pulak tu kahkahkah...dorang bayangkan kahwin ni yang indah2 je
Quote limans 30-9-2019 12:48 PM
boleh la...next
Quote NazRysha 30-9-2019 12:54 PM
dua2 ekor ntah apa2
aku syak dua2 ekor ni pakai fake braces
dua2 jongos hahhahah
Quote munchkin 30-9-2019 01:04 PM
Browse lah tengok gambar2. But i stopped as soon as i saw the tik tok vids.

Apa pun dik tak susah pun dapat laki cam tu. Bersepah. Depa cuma layan awek ada rupa je.
Quote RatuDunia94 30-9-2019 01:16 PM
Tunang sebulan pastu putus la ni

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040221 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top