Jabatan Polis Los Angeles telah membuka cadangan bagi memperketat kawalan di sekeliling majlis tayangan filem Joker yang bakal ditayangkan bermula minggu hadapan. Mereka akan menambah bilangan anggota semperna tayangan perdana filem tersebut berikutan terdapat kerisauan terhadap isi kandungan filem tersebut yang disifatkan sebagai terlalu ganas dan kurang nilai moral dari sesetengah pengkritik filem profesional.
Meskipun tidak ada sebarang ancaman ketara di Los Angeles setakat ini, namun mereka berpendapat bahawa mereka tidak boleh terlalu berhati-hati dan peningkatan kawalan akan tetap diteruskan di sekitar panggung, andai berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Kata jurucakap polis kepada AFP, sudah tentu mereka menggalakkan orang ramai bergembira dan menikmati hujung minggu dengan aktiviti masing-masing, namun penduduk masih diingatkan agar berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling. Joker ditayangkan tujuh tahun selepas tragedi berdarah ketika tayangan filem Batman "The Dark Knight Rises" diserang seorang pengganas bersenjata melibatkan kematian 12 orang di Aurora, Colorado. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa ahli keluarga mangsa insiden tersebut telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap filem Joker melalui sepucuk surat terbuka kepada Warner Brothers, produser bagi filem ini. Surat terbuka tersebut dihantar awal minggu ini, dan antara kandungan surat tersebut mengatakan bahawa mereka tidak senang apabila watak Joker itu dijadikan protagonis dan mempunyai sejarah hidup yang mengundang simpati. Warner Brothers memberi respons terhadap surat tersebut, mengatakan bahawa bukan niat filem, pembikin filem dan studio untuk menyanjung watak badut gila itu sebagai seorang hero. Mereka turut menafikan bahawa pihak mereka menyokong sebarang bentuk keganasan. Bukan itu saja, beberapa panggung wayang turut dilaporkan melarang sebarang pemakaian topeng, kostum dan contengan muka pada tayangan Joker pada minggu hadapan, atas faktor kebimbangan terhadap insiden di Aurora. Landmark Theatres, salah satu syarikat pawagam berpengaruh di Amerika Syarikat akan menguatkuasakan undang-undang tersebut ke atas 50 pawagam mereka. Begitu juga AMC Theatres, syarikat pawagam terbesar di AS tidak membenarkan sebarang topeng dan lukisan pada muka sempena filem ini, namun mereka tidak akan menghalang pemakaian kostum. Filem Joker dibintangi Joaquin Phoenix sebagai Arthur Fleck akan mula dimainkan di Malaysia pada 2 Oktober 2019, dan sudah tentu mana-mana peminat filem superhero tidak akan terlepas untuk menontonnya. - CARI |
Artemesiaa: Lepas ni Bird of Pray pulak ambil alih tak berhentikah abam polis nak kena buat kerja lebih
ADVERTISEMENT