CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Bila Orang Luar Boleh Cakap BM, Mesti Julang Sampai Ke Langit"- Michael Ang 'Perli' Hanbyul?

30-9-2019 12:30 PM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 13597| Komen: 65|Original author: Myeonir

Michael Ang sememangnya tak pernah tidak menjadi sebutan rakyat Malaysia. Seperti yang kita tahu, pengarah terkenal ini lantang bersuara dan tak segan untuk meluahkan pendapatnya mengenai sesuatu perkara sama ada secara berdepan mahupun melalui ruangan sosialnya.


Ingat tak sebelum ini Michael Ang pernah 'mengata' persembahan 'Seberapa Pantas' Aziz Harun di Big Stage 2019? Tetapi respon positif Aziz berjaya meredakan ketegangan itu.

Terbaru, pengarah itu secara 'halus' telah memerli tentang bakal pemenang Big Stage 2019 yang bakal diketahui pada minggu hadapan selepas pentas finale mereka.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter
Menurutnya, dia mahukan Neeta menang tetapi memerli bahawa selalunya orang Malaysia cepat 'cair' bila ada orang luar yang boleh cakap Melayu. Peserta yang diperlinya tentulah Jang Hanbyul kerana hanya dia seorang merupakan peserta daripada luar yang berjaya melangkah ke peringkat akhir rancangan itu.

Ada antara netizen yang bersetuju dengan pendapat Michael kerana mereka mahukan orang Malaysia yang menang pertandingan yang dianjurkan di Malaysia ini.

Kredit foto: Twitter
Pun begitu, ada yang 'back up' Hanbyul dan menyatakan bahawa tidak salah sekiranya lelaki berasal daripada Korea itu yang menang kerana dia sememangnya berbakat dan mutu persembahannya yang baik memang tak dapat dinafikan lagi.

Kredit foto: Twitter
Yang penting Neeta dan Hanbyul, dua-dua layak untuk ke pentas akhir. Rasanya pertandingan ini bermotifkan bakat bukan kewarganegaraan? -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 30-9-2019 12:48 PM
Knp dh hujung2 baru nk kecam??
For me Han Byul suara biasa. Tp compare dgn peserta2 lain heols deserve it the hype.
Quote s@me@ne 30-9-2019 12:57 PM
orang malaysia bukan bodoh nak sokong semata2 sebab dia orang malaysia. kalo mindset nya gitu mmg tak berkembangla talent malaysia ke seantero dunia. spesis tak mahu bersaing nak jadi jaguh kampung je. lepas tu keluar tenggelam di lautan hindi
Quote chachani 30-9-2019 01:02 PM
Jgn esok2 ko panggil dia bkakon drama ko dah la mike. Yihhhh....
Quote URUHA 30-9-2019 01:05 PM
Secara generalnya meols sokong je acik Michael. Asal org luar pandai ckp Melayu sikit terus org kita teruja & agungkan diorang. Padahal ummah kokesen x heran pun kalau bangsa lain leh ckp English. Lg pun BM bukannya susah nau. X de past tense, present tense & gender bagai. Undi la based on vocal & talent
Quote wordlife 30-9-2019 01:10 PM
Hanbyul deserve all the hype kot.. Tiba2 mode defensive nak Neeta menang sbb yg lain2 tu jurang jauh sangat kan? Kalau dia bukan korea/aussie sekalipun meols still rasa persembahan dia ada impak dan memorable dkt Bigstage Lain kali xpyh gatal tgn nak jemput peserta luar kalau nak menangkan peserta Malaysia. Tutup penyertaan fokus pd BBNU kt Malaysia yg tumbuh bak cendawan setiap bulan ni
Quote AbukRokok 30-9-2019 01:19 PM
mestilah julang dek..... sedangkan ramai citizen yang enggan/malu berbahasa bm
nih ha baru je beberapa saat aku dpt panggilan call center tapi bahasa cina.... kejadahnya? 1st time dpt panggilan mcm tu sejak pegang hp sendiri
Quote hyie 30-9-2019 01:28 PM
han byul ada persona bintang. Peserta bbnu lain ado??? tak kisahlah siapa pun yang menang...yang penmting boleh jadi lubuk kepada astro untuk buat duit...oppppssssss
Quote MadameOnion 30-9-2019 01:54 PM
walaupun i sejenis menyampah dgn kpoop tapi i suka suara hanbyul ni..n mmg betul dia nyanyi lagu melayu lagi sedap dari segelintir penyanyi melayu..
Quote AppropriateNick 30-9-2019 01:56 PM
URUHA replied at 30-9-2019 01:05 PM
Secara generalnya meols sokong je acik Michael. Asal org luar pandai ckp Melayu sikit terus org kita ...

talent apa ko maksud jilaka? si kucaimars ke irfan harris? mmg tak la!
Quote jijilaaa 30-9-2019 01:57 PM
for me han byul punya persembahan every week, mesti ke depan dari peserta lain. maybe dia org negara lain, so cara persembahan dia kita jarang tgk..cara dia pikir nak susun atur and arrangement muzik pun lain. plus dia boleh buat lenggok dangdut.. ko ghase?  kalau susurh cina malaysia buat pun belum tentu boleh

bukan nak backup, tp ak nampak la usaha han byul tu nak memelayukan nyanyian dia
Quote URUHA 30-9-2019 02:05 PM
AppropriateNick replied at 30-9-2019 01:56 PM
talent apa ko maksud jilaka? si kucaimars ke irfan harris? mmg tak la!

Yg chuols sentap nau dah knp? Period kerrr?? Meols komen secara general & xde tulis pun jgn undi Hanbyul. Undi la sesapa yg wt persembahan terbaik final nnt based on vocal & talent. Bkn sbb rupa, negara & popularity.
Quote febreze 30-9-2019 02:25 PM
hanbyul tu nampak dia bekerja keras..usaha tangga kejayaan
Quote Kurex 30-9-2019 02:34 PM
best ke big stage?? kurex tak pernah tengok..
Quote LadyCarefree 30-9-2019 02:41 PM
No to neeta. Hehehehe iols ngaku iols bias.
Quote LadyZuely 30-9-2019 02:58 PM
Apahal Micheal ni sentap sangat kat Han Byul ni!. Iol bukan peminat KPop tapi Han Byul nu iol minat sbb dia mmg menunjukkan kesungguhan dan komitmen dlm persembahan dia. Bukan sebab pandai nyanyi lagu melayu. Tapi diri dia dari dalam yg kita nampak dimata. Neeta is superb. Mmg benar2 bersaing nanti
Quote YomiuriLandMae 30-9-2019 03:00 PM
Kurex replied at 30-9-2019 02:34 PM
best ke big stage?? kurex tak pernah tengok..

erm better kurex focus dkt GV je la nnt.. big stage season 2 ni overall a bit bosan..
Quote YomiuriLandMae 30-9-2019 03:02 PM
eleh mummy mikel ang ni dan2 la nak perli2 bagai nnt last2 kau jgk yg terhegeh2 nak amek si hanbyul tu belakon megadrama kau.. yihhhh
Quote FY08 30-9-2019 03:05 PM
MadameOnion replied at 30-9-2019 01:54 PM
walaupun i sejenis menyampah dgn kpoop tapi i suka suara hanbyul ni..n mmg betul dia nyanyi lagu mel ...

Yg penting dia lg bes nyanyi dr nabila tu...
Quote FY08 30-9-2019 03:07 PM
Pd aku.. dr segi alunan/lantunan suara, dinda pun blh ja dr juara.. lg better dr sstgh bbnu msia la...cuma bl dia ada mslh tu.. xdpt handle mslh dia dgn baik

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.077274 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top