CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Maafkan Kami'- Domino's Pizza Mohon Maaf Sekali Lagi, Akui Kesalahan

1-10-2019 10:43 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 12091| Komen: 37|Original author: natrahn

Kredit Foto - FB Dominos Pizza Malaysia


Kisah seorang pemuda disiasat polis gara-gara membeli 10 set piza di sebuah restoran makanan segera terkemuka menggunakan kupon diskaun yang dibelinya di platform e-dagang terus menjadi bualan hangat netizen.

Walaupun pihak Domino's Pizza Malaysia telah mengeluarkan kenyataan maaf menerusi laman rasmi FB mereka sejurus kejadian tersebut menjadi tular, netizen mempertikaikannya kerana ia dilihat tidak profesional dan menggunakan bahasa rojak yang tidak melambangkan imej korporat.


Kredit foto: FB Domino's Pizza Malaysia

Malah netizen turut 'troll' Domino’s Pizza Malaysia dengan komen-komen seperti:

Ekoran 'troll' terhadap Domino's Pizza yang dilihat tiada penghujungnya, Shamsul Amree, Timbalan Presiden Domino's Malaysia, sekali lagi membuat permohonan maaf.

Kredit foto: FB Domino's Pizza Malaysia


Dalam video tersebut, pihak Domino turut menjelaskan perkara yang berlaku dan mengakui kesilapan mereka membuat laporan polis secara tergesa-gesa. Walaubagaimanapun laporan polis terhadap Encik Zacky telah ditarik balik.

Pihak Domino turut berharap pelanggan tidak ragu-ragu menggunakan baucar Domino dan berhubung dengan talian perkhidmatan pelanggan sekiranya ada sebarang persoalan.

Oklah Dominos Pizza Malaysia. Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya kan. Semoga menjad pengajaran buat kita semua. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iloveselangor 1-10-2019 10:44 AM
Melayu memang kaki troll.

Tu he lah YG hebat nya Kat bangsa superior
Quote koko2 1-10-2019 10:59 AM
So.. Encik zaky diam jer ke atas insiden yg MEMALUKAN ni???
Quote RatuDunia94 1-10-2019 11:04 AM
Hahahaha...
Quote electricopop 1-10-2019 11:09 AM
Takut nya nak beli pizza banyak banyak pasni. Hahahaha.
Quote iwansa 1-10-2019 11:15 AM
kalau nk buat saman malu ni, kena cari lawyer power
Quote damian_lee 1-10-2019 11:15 AM
kalau kat negara ummah kulit putih
memang opprtunity nak buat duit ni ...
dah lama kena saman ....
Quote coco 1-10-2019 11:21 AM
damian_lee replied at 1-10-2019 11:15 AM
kalau kat negara ummah kulit putih
memang opprtunity nak buat duit ni ...
dah lama kena saman ....

BETUL... .saman malu,  saman trauma kena tangkap, saman atas reputasi family dan anak anak, saman ganti rugi rekod ada ngan polis.... etc.

boleh dapat berjuta juta.....
Quote coolie83 1-10-2019 11:40 AM
dominos ni wa banned sbb dah 2 kali dapat salah order..kali kedua tu wa shoot satu bomb email n langsung customer service call minta maap..kesian wa org lain buat salah,org lain hadap customer tgh mood marah...

in the end, returned to pizza hut balik..

kat jb ni kenapa ntah 2-3 outlet kfc n piza hat sos cili biasa abis stok..kena catu ke apa tu..sos cili thai n tomato je ada
Quote sleepandream 1-10-2019 12:33 PM
iols lg suka beli domino drpd pizza hut...
dulu iols byk dpt kod voucher... order online jah...
skrg taktik dorg kena purchase next order within 14 days utk dptkan lagi free pizza... choiii
Quote clara_nur 1-10-2019 01:23 PM

padan muka korang!
yg me tak paham tu, why manager diorg tak call customer tu tnya balik psl kupon tu??
ni tak, terus ko gi repot polisss pdhal bole jer setel elok2
malu kott kena pegi balai sbb kes kupon pizza..huhu
Quote Melorqe 1-10-2019 01:32 PM
aku masih tak paham
dia pakai kupon apa?
yg orang jual selalu dtg masuk opis ke?
atau kupon yg memang dpt utk yg mendaftar online?

kalau yg org jual tu aku harap domino ambil la tindakan kat sykt yg jual tu
aku dah pernah cek memang tak berbaloi pun
benda yg sama pizzahut, domino, burgerking print ada letak kat kaunter depa

kalu yg online tu sorang dpt  1 ja.
tapi kalau org ni order sampai 10, dia daftar fake akaun ke?
Quote crazybeach 1-10-2019 02:07 PM
so lepas ni business kau bakalan sendu melingkup lah yach. bagi diskaun gila2 pun orang whoareyouss kan jah takut kena soal siasat dengan polis bagai
Quote Artemesiaa 1-10-2019 03:35 PM
Beli Pizza Hut je lah dah tentu offer tampa perlu guna kupon dari beli guna kupon tapi ada T & C nya.
Quote afidahhb 1-10-2019 03:39 PM
dominos dh makin mahal. tuko sos pn rm3.50..
Quote nono86 1-10-2019 05:04 PM
Aku tertinggal isu ni.. tau 2 tengok troll banyak kat fb.. nak kena search isu ni, ape pun tak tau ni
Quote CARI-MAMS 1-10-2019 06:16 PM
takut la nk beliii
Quote natrahn 1-10-2019 07:13 PM
nono86 replied at 1-10-2019 05:04 PM
Aku tertinggal isu ni.. tau 2 tengok troll banyak kat fb.. nak kena search isu ni, ape pun tak tau n ...

cikgu sekolah kena tangkap beli domino guna baucar yg beli dari shopee.
Quote harizs 1-10-2019 07:18 PM
Pecat branch manager yg bodoh tu
Quote natrahn 1-10-2019 07:20 PM
Melorqe replied at 1-10-2019 01:32 PM
aku masih tak paham
dia pakai kupon apa?
yg orang jual selalu dtg masuk opis ke?

dia beli kupon kat shopee

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.049338 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top