CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Degil Enggan Berhenti, Lori Simen Dirempuh Kereta Api

2-10-2019 11:06 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6923| Komen: 53|Original author: Tukang Tulis

Detik cemas lori simen dirempuh kereta api berhampiran Pelabuhan Utara, Klang. Kredit foto: Sinar Harian

Kedegilan seorang pemandu lori simen membawa padah apabila kenderaannya dirempuh kereta api di Kilometer 2, Pelabuhan Utara, Klang pada 1 Oktober.

Memetik laporan Sinar Harian Online, dalam kejadian pukul 2.08 petang itu, lelaki tersebut dikatakan tidak mempedulikan arahan penjaga stesen berkenaan yang memintanya memberhentikan lori yang dipandunya.

Dia terus memandu lorinya melintas landasan untuk memasuki tapak pembinaan berkenaan walaupun kereta api semakin hampir.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli menjelaskan, akibat kemalangan itu, lori berkenaan terbalik manakala simen yang dibawanya tumpah.


Lori simen terbalik dan muatan simen yang dibawanya tumpah. Kredit foto: Sinar Harian
"Bagaimanapun pemandu lori simen berusia 43 tahun itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

"Lokomotif itu mengalami rosak di bahagian enjin hadapan dan tiada kecederaan pada pemandunya berusia 58 tahun itu," katanya.


Kejadian itu disiasat oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengikut Akta Keretapi 1991.

Mujurlah kemalangan itu tidak meragut nyawa atau menyebabkan kecederaan parah kepada kedua-dua pemandu lori dan lokomotif. - CARI


Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • EmaAsmadi

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damsel_fiji 2-10-2019 11:12 AM
kenapalah drebar lori tu x mampus

Quote RatuDunia94 2-10-2019 11:15 AM
Bodohnyaa la hai..
Quote fliphair8 2-10-2019 11:38 AM
bodonyaaa laaa lorry derebar tu...merosakkan ktm ja...si siput tu takpe laaa bukan hak awam...
Quote cupu 2-10-2019 11:40 AM
Kebodohan yg tiada tolak banding. Orang larang xdgr.Denda kaw kaw drebar lori..
Quote mziskandar 2-10-2019 11:42 AM
suh dia ganti kepala ketapi.
x de ke wajah pemandu lori tu?
Quote hussaini4675 2-10-2019 12:09 PM
mziskandar: suh dia ganti kepala ketapi.x de ke wajah pemandu lori tu?


Kena buang kerja dia kot
Quote Artemesiaa 2-10-2019 12:12 PM
Jenis degil tak nak ikut peraturan jalanraya macam tu lah jadinya nasib tak hilang nyawa
Quote insulin 2-10-2019 12:28 PM
Pemandu lori tu mungkin rakyat asing. Dan KTMB boleh mohon gantirugi enjin baru dari syarikat lori simen ni.
Quote ninnamina 2-10-2019 12:37 PM
suruh dia tanggung kos kerosakan tu
Quote MissVixen 2-10-2019 12:41 PM
Tengah high ke driver lori ni? Train situ bukannya laju pun. Menyusahkan orang betul.
Quote iloveselangor 2-10-2019 12:42 PM
Kenapa Tak Mampus???????
Quote iloveselangor 2-10-2019 12:45 PM
Saman Syarikat Lori simen dan pemandu tu untuk ganti rugi Locomotive YG rosak tu....melampau driver2 Lori skang ni
Quote limans 2-10-2019 12:46 PM
itu dreba lori sudah kira misti lepas...sekali x lps laaa......sib baik pakcik dreba ketapi tu x lempang....
Quote prettyuglybabe 2-10-2019 01:00 PM
liat pulak tu nyawanya..
Quote chinta89 2-10-2019 01:07 PM
nape x mati je??

maksud aku pemandu lori yg degil tu
Quote EvieWanKenobi 2-10-2019 01:40 PM
menyusahkan aje..
Quote sukacactus 2-10-2019 01:42 PM
Degil betul, liat plak tu nyawa dia
Quote umbut 2-10-2019 01:50 PM
Degil pastu menyusahkan org...
Quote nisako 2-10-2019 01:50 PM
mmg bodoh........... patut saman je pemandu n owner lori tu...... membahayakan

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.145336 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top