Seorang lelaki yang tidak didedahkan namanya memua tnaik rungutan terhadap isterinya di media sosial dikecam hebat oleh netizen kerana dikatakan tidak berguna dan tidak mempertimbangkan perasaan isterinya.
Dalam satu luahan di Kelab Rumah Tangga, lelaki itu merungut kerana isterinya memintanya membeli tuala wanita. 'Kotex pun nak suami belikan, kau fikir tak jatuhkan air muka suami ke? Bagus kau pakai kain batik macam wanita zaman dulu,' rungutnya. Lelaki itu juga mengeluh kerana isterinya dikatakan seorang yang boros. 'Aku bagi belanja RM100 sebulan tapi seminggu je habis, berbelanja macam orang have-have,' tambahnya. Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga tidak puas hati dengan isterinya kerana sering mengadu kena senggugut setiap kali melawat ke rumah mentua. 'Asal balik ke rumah mentua, kau mengadu senggugut, peninglah, malas ke dapur tapi makan sampai dua tiga pinggan,' kutuknya lagi. Rungutan lelaki tersebut bagaimanapun mencapat kecaman hebat daripada netizen. 'Jantan tak guna, ceraikan isteri jika tak suka. Lebih baik single jika dapat suami macam ni,' kata mereka. 'Kesiannya bini kalau dapat laki macam ni,' tambah mereka lagi. Bagaimanapun, setelah dikecam bertalu-talu lelaki itu kemudiannya berkata itu cara dia nak memperli isterinya dan dia memang agak kasar, jadi jangan ambil serius. Yang pasti, rungutan dan kritikan lelaki ini terhadap isterinya sudah melampaui batas dan selayaknya mendapat kecaman daripada netizen. - CARI
|
LadyCarefree replied at 2-10-2019 10:32 AM
Lelaki macam ni elok kahwin sama spesis je. Kahwin jantan.
sarah82 replied at 2-10-2019 11:01 AM
Ingat period pain tu mcm kena gigit semut? Ailah.. Baik tak payah beristeri.. Wei aku yg dok seorg p ...
ADVERTISEMENT