Tak dinafikan setiap kali Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Iskandar berkongsi apa sahaja di laman Twitter pasti menjadi perhatian warganet.
Terbaharu, nampaknya Tunku Azizah memuat naik gambar makanan iaitu pai makaroni yang dibuat untuk anak saudaranya. Ia sekaligus membuatkan para warganet berasa 'terliur' dan teringin merasai air tangan baginda. Malah, ada pula yang meminta untuk bekerja di istana kerana kagum dengan kebaikan Tunku Aminah terhadap kakitangan istana. “Cooked [masak] nasi goreng untuk cef-cef Istana dan pai makaroni untuk [my baby sister Ella] adik saudara perempuan saya Ella,” tulis baginda di Twitter.
Komen yang diberikan pula memang menunjukkan warganet begitu teruja dengan masakan baginda. “Boleh tak Tuanku hantar di rumah saya Sungau Buloh sikit. Teringin nak merasa masakan tuanku," kata seorang individu. “Tuanku, patik teringin nak rasa air tangan tuanku...” kata seorang lagi warganet. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
pearl.silver replied at 2-10-2019 11:22 PM
I pun plan nk wat baked makaroni.. Esok
Nk bagi kat jenjiran..
dramaking007: tadi tgk profile rpa masuk sini ptd tadi.dan2 thread ni ade kat depan.rpa baca x eh.....lepas aktif balik kt ummah twitterland,rpa dah mcm slowdown re ...
HannahMontana replied at 2-10-2019 10:50 PM
makanan biasa aku.
Cuma nasi putih mmg aku xboleh telan.
ADVERTISEMENT