Seorang janda berusia 22 tahun yang ditangkap ketika melakukan seks berkumpulan dengan lapan lelaki di belakang surau menipu kononnya dirogol. Bagaimanapun, siasatan lanjut menunjukkan kejadian itu berlaku atas dasar suka sama suka.
Kejadian yang dilaporkan oleh Tribun Kaltim dan China Press itu dikatakan berlaku berdekatan sebuah menara telekomunikasi di Tenggerong, Indonesia. Perbuatan kumpulan itu terdedah apabila seorang pengawal keselamatan yang bertugas ternampak wanita itu sedang ditindih lapan lelaki dalam keadaan berbogel. Lebih memalukan, kejadian itu berlaju di belakang surau kampung berdekatan. Selepas kesemua mereka ditangkap untuk sisiasat, wanita tersebut pada mulanya berbohong mengatakan beliau diancam dan dirogol. "Saya dipaksa menaiki motosikal diapit dua lelaki kemudian pakaian saya dirobek-robek walaupun saya menolak," katanya. Bagaimanapun, setelah polis mendapati pakaiannya masih dalam keadaan baik dan dilipat kemas, wanita itu terpaksa mengakui penipuannya. Rupa-rupanya, wanita itu yang menggoda kelapan-lapan lelaki tersebut untuk mengadakan aksi menjijikkan di belakang surau. Lebih malang, wanita itu turut berada di bawah pengaruh dadah dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun. Kesemua lelaki tersebut turut ditahan untuk tindakan selanjutnya. Menurut polis, wanita itu sempat menunjukkan tanda dua jari (peace) semasa gambar pengenalannya diambil di balai polis. - CARI
|
Atata replied at 3-10-2019 11:57 AM
Takajut jap tgk umur 22 ada anak umur 7 tahun. Terus kira2 pakai calculator
ADVERTISEMENT