CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Parlimen Tertidur Di Dewan Saat Angkat Sumpah Mengaku Letih Layan 3 Isteri

7-10-2019 11:41 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6053| Komen: 32|Original author: Sang_Pencinta

Bukan satu pemandangan yang jarang dilihat apabila seorang anggota parlimen tertidur ketika dewan sedang bersidang. Tetapi, bagaimana pula jika kejadian itu berlaku pada hari pertama persidangan ketika anggota parlimen sedang mengangkat sumpah?


Itulah yang berlaku di Parlimen Indonesia apabila YB Lora Fadil dari Parti Gerindra dilihat tertidur di hari majlis angkat sumpah di Dewan Perundangan negara tersebut. Kejadian berlaku pada Selasa lalu dan menjadi kecaman hebat netizen di media social.


Kredit foto: Instagram


'YB Fadil Muzakki Syah yang dipilih rakyat Dapil Jawa Timur III dengan undi sebanyak 40, 713 DIPILIH BUKAN UNTUK TIDUR DIHARI PERTAMA PELANTIKAN!!' kata netizen.

Dalam foto tersebut, YB Lora sedang tertidur nyenyak dengan tubuh bersandar di kerusi.

Mengulas mengenai gambar tersebut, YB Fadil mengaku foto yang tersebar adalah dirinya. Beliau turut meminta maaf kepada pengundinya. Ia juga mengaku tertidur kerana letih tidak tidur sehari semalam.



Kredit foto: Tribun News


'Ya, saya sejujurnya mengaku foto itu yang beredar di media social adalah diri saya sendir , saya tidak tidur sehari semalam kerana urusan keluarga melibatkan isteri-isteri saya' terangnya memberitahu akhbar Kompas.

Seperti yang diketahui, YB Fadil mempunyai tiga orang isteri bernama Siti Amina, Yeni Kurnia, dan Novita Kusumaningrum yang dibawa kesemuanya ke majlis angkat sumpah tersebut. Turut kelihatan, salah seorang daripada isterinya itu berada dalam keadaan sarat mengandung.


Kredit foto: Tribun News


Diharapkan agar YB Fadil tidak akan mengulangi lagi kesilapannya tertidur di dewan, apa lagi kerana beliau mewakili rakyat yang mengundinya. - CARI 


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 7-10-2019 11:48 AM
Baju madu2 pun mcm unipom plak dah
Quote sarah82 7-10-2019 11:49 AM
Patutnya.. Beli la travel pillow.. Tido pun x nampak tido sangat.
Quote dua_chzy 7-10-2019 11:50 AM
Madu2 tu motif muka sepesen? Sharing same DNA?
Quote Sang_Pencinta 7-10-2019 11:51 AM
Sedondon isteri isteri beliau

hari2 plan pakai baju sama ke? Sawitnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Sang_Pencinta 7-10-2019 11:53 AM
dua_chzy replied at 7-10-2019 11:50 AM
Madu2 tu motif muka sepesen? Sharing same DNA?

Taste YB ni sama, seiras bini2 dia
Quote dua_chzy 7-10-2019 11:54 AM
Sang_Pencinta replied at 7-10-2019 11:53 AM
Taste YB ni sama, seiras bini2 dia

Dari kampung yang sama kot? Sepesen sangat.
Quote damsel_fiji 7-10-2019 11:54 AM
Ntah2 bini2 tu trio lesbian kan.. laki tu sebagai hiasan jer
Quote akakdendeng 7-10-2019 11:57 AM
boleh tambah lagi satu ye YB...
Quote chicozinn 7-10-2019 11:58 AM
muka cam hanat pun bebini masih nak hadap..sedeyyhhh punya alasan padahal ko tu serve untuk rakyat yg mengundi tau..
Quote batmana 7-10-2019 12:00 PM
selalu dgr org kawin byk ni tenaga 2,3x ganda dari lelaki biasa, bole kerja cm biasa, layan 3,4 bini keluarga , tak letih

harap check diri dulula seblum kerja jadi ahli politik ni..
Quote thetimes 7-10-2019 12:16 PM
YB tambah lagi 1 la,bagi cukup 4.hihi
Quote Bedah.Cun 7-10-2019 12:18 PM
Muka macam jamban pecah macam neh pun sebok nak berbini banyak. Celaka punya hendon hanat
Quote minguk 7-10-2019 12:20 PM
masaalah rumha tangga jangan di bawa ke parlimen YB!
Quote Perawankota 7-10-2019 01:59 PM
Hebat....
Quote orglama 7-10-2019 02:13 PM
warna biru tu sama dgn warna biru satu political alliance kat tanahair
Quote gummiebear 7-10-2019 02:14 PM
Wives yang pakai spek tu dah macam kembar dah
Quote sukacactus 7-10-2019 02:15 PM
Nak berbini byk tp stamina xde
Moga lps ni jgn miss telan makjun segala
Quote Sang_Pencinta 7-10-2019 02:17 PM
akakdendeng replied at 7-10-2019 11:57 AM
boleh tambah lagi satu ye YB...

Tambah satu lagi nanti dia asyik minta MC
Quote RatuDunia94 7-10-2019 02:29 PM
Sape suruh gatal berbini ramai???

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055488 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top