CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Tolong Rejek Loan Suami Saya' - Awas! Lelaki Nikah Awek Gomen Guna Nama Buat Pinjaman

4-10-2019 10:40 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8768| Komen: 38|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Bergaji tetap dan punya elaun yang menarik menjadikan ramai wanita-wanita yang bekerja di sektor awam menjadi sasaran lelaki tidak bertanggungjawab untuk dipergunakan bagi meminjam wang di bank.

Demikian pendedahan seorang wanita bernama Eira P di Facebook mengenai sebuah artikel akhbar 'Pancing Awek Gomen' yang disiarkan di akhbar, baru-baru ini.


Kredit foto: Facebook

Mendedahkan pengalamannya sebagai kakitangan sebuah bank, Eira menceritakan kisah seorang wanita yang bekerja sebagai jururawat telah datang ke bank bersama suaminya untuk membuat pinjaman atas nama isteri.

'Selang 4 hari, wanita itu menghubungi saya merayu supaya pinjaman suaminya tidak diluluskan. Bila saya tanya kenapa, katanya sebenarnya dia tak rela (bersedia),' kata Eira.'

Menurutnya, si suami berkali-kali menelefon pejabat untuk mengetahui status permohonan itu. Selepas diberitahu perihal permintaan isterinya, si suami mengatakan akan memujuk isterinya semula.


'Minggu seterusnya, si isteri kontek untuk jumpa, rupanya loan RM68,000 itu untuk beli motosikal berkuasa tinggi. Dia sudah pernah diceraikan, tetapi rujuk kembali selepas dipujuk keluarga kerana ada anak kecil,' terang Eira.


Kredit foto: Carian Google

'Semuanya bini tanggung, rumah, belanja, anak dan loan. Lebih malang, isteri beritahu suami ada perempuan lain,' tambah Eira.

Minggu berikutnya selepas pinjaman ditolak, si suami kemudian meminta Eira menghantar permohonan itu ke koperasi tetapi Eira memberitahu koperasi mempunyai syarat sama seperti bank jadi akan tetap ditolak.

'Saya kemudian simpan nombor suami dan nampak gambar di WhatApps berpelukan dengan perempuan lain, bukan si isteri, kantoi!' kata Eira lagi.


Kredit Foto: Facebook

Cerita Eira itu mendapat reaksi 'panas' daripada netizen terutamanya wanita bujang dengan lebih 3,000 komen dan 11,000 perkongsian (ketika artikel ditulis).

'Aku harap tidak jumpa lelaki seperti ini' kata seorang netizen.

'Buang masa hidup dengan biawak, rasanya boleh buat polis si suami buat loan atas nama isteri tanpa kerelaan' tambah seorang netizen.

'Kita perempuan jangan jadi bodoh, terus talak 3 lelaki seperti ini' nasihat seorang wanita.

'Buat malu lelaki je' komen netizen lelaki pula.


Kredit foto: Facebook

Peringatan buat semua wanita terutamanya yang berkerjaya supaya menjadikan cerita ini satu pengajaran supaya tidak terjebak dengan lelaki biawak yang mempergunakan anda. - CARI


Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 4-10-2019 11:03 AM
benda gini, kena muafakat. bincang baik2 laki bini.. laki pun, kalo bini tak setuju, jgn la ko paksa. jgn ko ingat da kawen, ko berhak segala2nya keatas dia
Quote fliphair8 4-10-2019 11:32 AM
hakak nak sangat tahu pendapat oghe jantan yg hebak2 dalam porem ni berkenaan issue ni...

Quote cewekbopot 4-10-2019 11:34 AM
nanies replied at 4-10-2019 11:03 AM
benda gini, kena muafakat. bincang baik2 laki bini.. laki pun, kalo bini tak setuju, jgn la ko paksa ...

org cenggini jenis takleh bawa bincang. tanggungjawab pun tadak, lagi  mau pergunakan bini...haromun!
Quote umbut 4-10-2019 11:40 AM
Dah habis full pinjam.. ceraikan bini.. bini kontang kanting bayar loan.. hanatttzzz
Quote umbut 4-10-2019 11:42 AM
nanies replied at 4-10-2019 11:03 AM
benda gini, kena muafakat. bincang baik2 laki bini.. laki pun, kalo bini tak setuju, jgn la ko paksa ...

Kalau laki dah nak.. takda nya bincang muafakat bagai... nanti kata bini x tolong suami.. bini pulak dlm dilema
Quote Sang_Pencinta 4-10-2019 11:44 AM
umbut replied at 4-10-2019 11:40 AM
Dah habis full pinjam.. ceraikan bini.. bini kontang kanting bayar loan.. hanatttzzz

Kan? Loan atas nama bini, kereta laki dan pompuan lain pakai

Boleh??
Quote annehuda 4-10-2019 11:55 AM
benda ni bukan baru sbb setiap kali aku pegi ceramah akpk, mmg benda ni la yg penceramah tu warning.  pompuan jgn gedik nk wat loan utk laki. terpakai jugak utk staf lelaki, takyah la gedik nk wat loan utk adik beradik, nk jadik penjamin la, hatta utk makbapak skali pun.  sbb byk kes adik beradik pujuk makbapak suruh yg keje kerajaan tu jadi kpenjamin
Quote widad11 4-10-2019 12:06 PM
dulu, dlm 8 thun lepas, aku pernah wat praktikal sebuah bank ni... dlm tempoh 5 bulan aku kat sane..mmg duduk kat dept wat personal loan ni.. de sorg polis dgn tunang die.. polis ni girl.. wat personal loan... mase dorg duduk, aku dngar le yg pepuan kate nnt jgn lupe bayar bulan2 e, ckp kat laki tu...tgk tunang laki tu, cen keje o xkeje je...

2 bulan lg dtg lg polis pepuan tu wat loan.. mase tu aku tgk mmg da smpi limit da loan die... abis die gune... time tu tgk le care laki tu lyn die..ckp kasar2..n mase tunang die blah, laki tu cen ngurat2 aku le... aku ckp dlm ati, sian girl polis tu...huhuhuh.. n pekerja loan situ, mmg kate dulu dorg penah putus tunang, n dgr le dak pepuan tu mmg slalu kena pukul..gitu le...

aku juz doa dlm ati le...polis tu bia berakai lerr...huhuhuh
Quote Artemesiaa 4-10-2019 12:07 PM
Dah ada pendedahan macam ni harap tak ada lagi yang mudah terjebak
Quote prettyuglybabe 4-10-2019 12:23 PM
pompuan kalau dah sayang, bagi la 100 artikel pun takdenya dia nak celik..
tanggung je la sendiri.. janji ada laki bukan andartu ork..
Quote Sang_Pencinta 4-10-2019 12:25 PM
widad11 replied at 4-10-2019 12:06 PM
dulu, dlm 8 thun lepas, aku pernah wat praktikal sebuah bank ni... dlm tempoh 5 bulan aku kat sane.. ...

Pompuan tu polis ke?

Patut dah aware kes2 mcm ni
Quote julielapadite 4-10-2019 01:15 PM
yang viralkan kisah tu apsal specific sangat, lambat laun si laki tak guna tu terbaca kisah ni mampus bini dia kena lanyak.

anyway... sblm ni pun ada tered yg sama kan so i nak cakap lagi sekali:

kalau u biarkan diri u jadi timun untuk dihenyak......... no one can help you.
Quote widad11 4-10-2019 01:41 PM
Sang_Pencinta replied at 4-10-2019 12:25 PM
Pompuan tu polis ke?

Patut dah aware kes2 mcm ni

yep... mude sgt time tu..dah buat loan maksimum da.. xtau pe nasib dak tu... cinta punye pasal
Quote ninjago 4-10-2019 02:21 PM
widad11 replied at 4-10-2019 11:06 AM
dulu, dlm 8 thun lepas, aku pernah wat praktikal sebuah bank ni... dlm tempoh 5 bulan aku kat sane.. ...

haru laa kalau polis pun kena buli camtu.. cinta punya pasal.

Quote Zona2020 4-10-2019 02:54 PM
Betina pisau cukur pun besepah..jgn ckp lelaki je.. Ada yg tinggal sehelai sepingang pun ada..
Quote BoongaKertas 4-10-2019 03:28 PM
teringat citer kenalan meols yg bini tu staf gred bawah nak kenenkan husband dia sendiri satu ofis gred bwh gak dengan bos kawan meols yg x kawen lg. iols rasa mmg ni lah motip semua benda tu. kenen konon!
Quote afie_m 4-10-2019 03:58 PM
sayang punya pasal...
Quote MakcikPrada 4-10-2019 04:58 PM
Amboi! Senang betul hidup jantan tu. Cer tgh sedap2 naik motor tu accident plak, yg nak susah bini jugak. Bukan scandal. Choi sgt!
Quote RatuDunia94 4-10-2019 07:17 PM
Tu lah namanya keje utk bayo hutang.. duit utk diri sendiri pon xde.. ruginya hidup mcm tu..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.120054 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top