CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Kemelut Gaji Pekerja Foodpanda Dapat Perhatian Kerajaan

3-10-2019 11:19 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4613| Komen: 39|Original author: natrahn

Kredit Foto - projekmm.com


Baru-baru ini, sejumlah penghantar Foodpanda di beberapa negeri melancarkan mogok kerana tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat menukar skim fi perkhidmatan yang didakwa mengurangkan pendapatan mereka.

Ini menyebabkan terdapat perbezaan sebanyak RM1200 antara gaji baharu dengan gaji lama disebabkan skim baharu tersebut.

Kredit foto: Mohamad Iftitah

Dalam skim baharu yang berkuatkuasa Selasa (1 Oktober 2019) bagi penghantar makanan di luar Lembah Klang, bayaran mengikut jam dimansuhkan tetapi pada masa sama bayaran setiap pesanan dinaikkan kepada antara RM4.50 hingga RM7.


Ia berbeza dengan sebelum ini apabila penghantar dibayar RM4 sejam, dan mendapat bayaran tambahan bagi setiap pesanan, manakala bayaran pesanan adalah di antara RM3 hingga RM5 berdasarkan prestasi penghantar.

Kredit foto: Twitter YB Syed Saddiq

Ekoran kemelut isu gaji itu, Syed Saddiq telah mengadakan dialog dengan pekerja Foodpanda berkenaan nasib yang kini dihadapi mereka dan membawa isu itu ke  mesyuarat mingguan kabinet.

Kredit Foto - Twitter YB Syed Saddiq

Rata-rata netizen memuji tindakan YB Syed Saddiq mengambil berat isu pekerja Foodpanda ini.


Kredit Foto - Twitter YB Syed Saddiq

Pada mesyuarat mingguan tersebut, kabinet memutuskan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan dianggotai oleh tiga kementerian iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengkaji lebih mendalam mengenai perkara itu.

Kerajaan percaya pada persaingan pasaran bebas tetapi ia tidak boleh mengorbankan nasib pekerja dan menggesa Foodpanda kembalikan semula skim pembayaran lama.

Dalam pada itu, pengurusan foodpanda memberi komitmen untuk menilai semula keputusan syarikat itu jika ia mendatangkan kesan buruk kepada pekerjanya dan meminta para pekerja mencuba dulu skim baharu tersebut.

Semoga ada pengakhiran yang baik untuk pekerja Foodpanda. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-10-2019 11:21 AM
Elok la tu..
Quote rospinki 3-10-2019 11:23 AM
foodpanda ni dh tentu cingkis punyakan dh tentu diorg tekan kaw2..apakata korg melayu riders tu smua bkak makanberuang plak.  
Quote natrahn 3-10-2019 11:33 AM
rospinki replied at 3-10-2019 11:23 AM
foodpanda ni dh tentu cingkis punyakan dh tentu diorg tekan kaw2..apakata korg melayu riders tu smua ...

kan..anak tempatan kena bukak company sendiri
Quote shernazz 3-10-2019 11:36 AM
rospinki replied at 3-10-2019 11:23 AM
foodpanda ni dh tentu cingkis punyakan dh tentu diorg tekan kaw2..apakata korg melayu riders tu smua ...

Iols dh bayangkan beruang bawak moto
Hahahaha
Quote TalibanRock 3-10-2019 11:37 AM
natrahn replied at 3-10-2019 11:33 AM
kan..anak tempatan kena bukak company sendiri

bungkusIt tu adalah company lokal yer...anak melayu yg founding from scratch.

Quote rospinki 3-10-2019 11:49 AM
natrahn replied at 3-10-2019 11:33 AM
kan..anak tempatan kena bukak company sendiri

kan..dari konflik camni diorg develop ideas utk bukak food delivery sdri.

Quote natrahn 3-10-2019 11:49 AM
Edited by natrahn at 3-10-2019 11:50 AM
TalibanRock replied at 3-10-2019 11:37 AM
bungkusIt tu adalah company lokal yer...anak melayu yg founding from scratch.

owh dah ada...  baguslah...
Quote rospinki 3-10-2019 11:50 AM
shernazz replied at 3-10-2019 11:36 AM
Iols dh bayangkan beruang bawak moto
Hahahaha

hehe..ok gak tu..rider smua pakai maskot beruang..paneh lak satgi..lencun peluih menetes kat ayaq org oder
Quote matchstick 3-10-2019 11:56 AM
rider grabfood dgn dahmakan mcm mana pulak gaji diorg..lagi okay ke. kalau ada pilihan yg lebih baik tukar aje jadi rider grabfood or dahmakan pulak.
Quote Bellasarah 3-10-2019 12:08 PM
Foodah.my tu pulak melayu punya ke?
Quote prettyuglybabe 3-10-2019 12:36 PM
maksudnya sebelum ni kalau hantar ke tak hantar order tetap dibayar rm4 sejam ye..
kira macam gaji fix gitu?
padan la banyak bangla jadi rider foodpanda..
siap ada orang pesan kat i jangan guna foodpanda sebab dorang amik rider bangla..
dalam box panda dorang kotor nak mampus..
dengan berlendir bekas makanan tumpah siap ada stokin lagi..
Quote aqissa 3-10-2019 01:24 PM
Aku dok tbayang - PantasFood kat motor2 pulakkkk... cepat sape nak bukak company delivery...
Quote Xim 3-10-2019 01:28 PM
prettyuglybabe replied at 3-10-2019 12:36 PM
maksudnya sebelum ni kalau hantar ke tak hantar order tetap dibayar rm4 sejam ye..
kira macam gaji  ...

Ihhhh jijiknye . Prangai bwk dr negara sndiri
Quote dubuk 3-10-2019 01:31 PM
buat lah foodkoala
Quote HannahMontana 3-10-2019 02:30 PM
panda from China

buatlah food harimau Malaya

Food Pak Belang.
Quote Meiizu 3-10-2019 04:33 PM
prettyuglybabe replied at 3-10-2019 12:36 PM
maksudnya sebelum ni kalau hantar ke tak hantar order tetap dibayar rm4 sejam ye..
kira macam gaji  ...

alamakkkk yeeerrkkkk ... i baru je bejinak -jinak dgn foodpanda..kena cari binatang lain laa pulak. sekali rasa best last wk saja 2kali
Quote xtahumenahu 3-10-2019 04:39 PM
prettyuglybabe replied at 3-10-2019 12:36 PM
maksudnya sebelum ni kalau hantar ke tak hantar order tetap dibayar rm4 sejam ye..
kira macam gaji  ...

seriouslahhh???

aku x pernah dpt lg rider bangla
sume adik2 melayu..n so far bungkusan pon elok jah keluar
Quote MakcikPrada 3-10-2019 05:06 PM
prettyuglybabe replied at 3-10-2019 12:36 PM
maksudnya sebelum ni kalau hantar ke tak hantar order tetap dibayar rm4 sejam ye..
kira macam gaji  ...

Seriously? I selalu order Foodpanda sbb mcm murah sikit from GrabFood, pernah sekali yg htr bangla, , nak try Bungkusit la lps ni
Quote prettyuglybabe 3-10-2019 05:09 PM
Edited by prettyuglybabe at 3-10-2019 05:11 PM

@Meiizu @xtahumenahu @MakcikPrada  
i tag semua sekali..
ikut kawan i cerita la..
dorang order foodpanda..
pastu yang hantar bangla..
buat kerek pulak tu..
silap la sebab yang order tu imigresen..
tu yang dorang cekup terus..
buka belakang box panda, hmmm...
i tak tanya la dorang lalu makan ke tak

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.233214 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top