CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Siti Nurhaliza Jemput Menteri Pertahanan Makan Malam Di Rumah

4-10-2019 11:20 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 23869| Komen: 161|Original author: Oleh: ameenarara

Umum mengetahui keluarga Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai hubungan baik dengan sesetengah ahli politik, antaranya adalah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terbaru, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dijemput untuk makan malam di kediaman penyanyi tersohor negara bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang terletak di Bukit Antarabangsa.



Foto: Sumber Internet

Mohamad Sabu memaklumkan undangan tersebut melalui akaun Twitter, namun dia tidak berkongsi tentang tujuan kunjungan tersebut.

Pada masa sama, beliau mengambil kesempatan untuk menjemput Siti Nurhaliza mengadakan persembahan sempena Kempen Tabung Pahlawan pada 21 Oktober nanti.


Foto: Instagram Siti Nurhaliza


Sempena Kempen Tabung tersebut, pelbagai program bakal dijalankan seperti Larian Amal Veteran dan Majlis Makan Malam Amal.

Beliau juga berharap dapat mencapai sasaran kutipan sebanyak RM6 juta bagi tujuan kebajikan veteran dan ahli keluarga termasuklah veteran kelainan upaya, balu dan mereka yang ditimpa musibah.



Semoga sasaran kutipan bagi majlis amal ini berjaya dicapai tambahan pula pasti ramai yang mahu melihat persembahan Siti. Ini juga salah satu tarikan. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-10-2019 11:22 AM
Siti makin lama makin tkde class bila berkait dgn politik walaupun kaya..
Quote krustykrab 4-10-2019 11:22 AM
Sapa la followers dia...sampai 6 juta
Quote thetimes 4-10-2019 11:27 AM
Lepas ni TokTi nak jemput siapa pulak ...murah rezeki suka ajak orang datang makan kat rumah ni
Quote haruslah 4-10-2019 11:37 AM
alahaiiii
tokti tokti
Quote LembingDayanti 4-10-2019 11:43 AM
terpaksa la kaut abis abisan sebab lepas tun turun takde job balik mcm zaman najib dulu. kaut la projek mindef
Quote fliphair8 4-10-2019 11:45 AM
takpelaa untuk kesinambungan idup dia....banyak tanggungan tokti ni..
Quote damian_lee 4-10-2019 11:50 AM
Kris Dayanti pun dah jadi masuk Dewan Perwakilan Rakyat ....
Quote BoongaKertas 4-10-2019 11:51 AM
iols pun mcm x berapa agree nak associate arts dgn politik tp tu lah, iols marhaen jer.
Quote MissVixen 4-10-2019 11:57 AM
Nak lobi projek apa tu?
Quote kibodwatriuh 4-10-2019 12:10 PM
Tokti pun kuat menempel, tapi yang munturi kau pun tak reti-reti professional ka? Apa etika yang kau uphold? Munturi PH memang haramjadah ka?

Dah berapa banyak munturi dia jamu kat rumah, sekoq-sekoq takdak rasa malu mai rumah nak menunjukkan keakraban.

Dasar celaka punya ahli politaik. Dulu, kini dan selamanya sama jah.
Quote tikusmontok 4-10-2019 12:37 PM
thetimes replied at 4-10-2019 11:27 AM
Lepas ni TokTi nak jemput siapa pulak ...murah rezeki suka ajak orang datang makan kat rumah ni

ajak ada makna tu. dpt projek apa pulak?
Quote tikusmontok 4-10-2019 12:38 PM
damian_lee replied at 4-10-2019 11:50 AM
Kris Dayanti pun dah jadi masuk Dewan Perwakilan Rakyat ....

kannn...mana boleh kalah
Quote harisbee 4-10-2019 12:41 PM
Dk kan mmg org kuat bersatu kan...harusla nak projek tu..ada ke projek...ct syg madey je
Quote danieladam 4-10-2019 12:48 PM
Stop lah tok ti berkait dgn ahli politik especially geng2 sampah Pee H yg macam matsabun ni. Kalo tun M iols bole lagi terima sebab Tun pon memang minat tok ti dari zaman beliau PM ke 4 lagi. Iols tak pertikai sangat la hubungan Tun - Tok Ti.

Tp bila menteri sampah mcm matsabun pon ko layan, dah jd x best pulak. Meluat rasa. Tp baca kat mana ntah, mat sabun yg terhegeh2 gi umah tok ti sebab nk pujuk tok ti terlibat dgn hari perwira tu. Sebelom ni tok ti dh tolak dah tawaran tu sbb bz. Matsabun yg terpaksa menyembah ke Bukit Antarabangsa nak jugak tok ti turut serta. Last2 tok ti terima.
Quote thetimes 4-10-2019 12:50 PM
tikusmontok replied at 4-10-2019 12:37 PM
ajak ada makna tu. dpt projek apa pulak?

Baik ada makna tok...hehehe
Quote sokmogitu 4-10-2019 01:02 PM
Entah kenapa aku rasa Tokti terpaksa berada dlm clan clan politik ni sebab survival bisnes dan connection suami dia. Sambil2 tu mestilah tokti kena bagi special rate utk rate program government. Itu psl Istana Budaya boleh bayar agaknya. Bagi aku rugilah, sedangkan dia boleh demand mcm arwah Kak Pah dulu (selektif terlibat dlm program kerajaan)
Quote lee_sakura 4-10-2019 01:16 PM
kak long nurul hidayah zahid dh xkawan ke...sepi je lps pru
Quote CrowneGlory 4-10-2019 01:29 PM
projek apa kat kementerian pertahanan tu yg nak dirembat?  
Quote September14 4-10-2019 02:08 PM
x sangka aku dah x mnat kat tokti ni.. dlu mnat gila siap gaduh dgn forumer nak ptahankan sheols. Skg mcm mnyampah pun ye

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.095913 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top