Aktres tersohor, Fauziah Ahmad Daud memang terkenal dengan kelantangannya mengkritik apa jua yang tidak kena dalam industri hiburan.
Terbaharu, Kak Ogy menerusi laman Youtube mengkritik program realiti kanak-kanak yang didakwanya langsung tidak sesuai dengan usia mereka. Maklumlah rata-ratanya berusia antara 7 hingga 12 tahun tetapi di'grooming' seperti orang dewasa. Tegurannya itu mengenai adik-adik kecil yang berbakat namun tidak digilap dengan cara yang sewajarnya.
"Budak 8 atau 9 tahun pergi ke pentas, pakai gaun, Crown, dengan lipstik bagai nak rak, false eye lashes lagi. Berat mata budak tu. Tiba-tiba nyanyi lagu 'Perawan atau Janda'. Gila ke apa?" Bukan itu sahaja, peserta cilik ini pula didedahkan dengan lagu-lagu cinta yang memerlukan tenaga untuk menyanyi lagu bernada tinggi. Mungkin menyebabkan masalah kesihatan. Menurut Ogy lagi, perkara sebegini mungkin menyebabkan kanak-kanak ini malu apabila dewasa nanti. Ogy turut menyalahkan produser tentang program tidak sesuai ini. "Mereka berbakat, jadi apa salahnya bagi lagu-lagu Patriotik. Biar bertepatan dengan usia mereka." Menutup bebelannya, Kak Ogy meminta para produser mengambil iktibar dari tegurannya. Biarlah kanak-kanak menjadi mereka sendiri dan bukannya orang dewasa. Nampaknya teguran tersebut dipersetujui ramai warganet yang menyatakan rancangan sebegini membuatkan kanak-kanak jauh lebih tua dari usia mereka.- CARI
|
babycc replied at 3-10-2019 03:43 PM
Sokong ogy.. dr zaman tom tom bak 10 thn dulu kot aku da meluat ngan rancangan kanak2 ni.. idola kec ...
ADVERTISEMENT