CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusaran Angin Merah Jambu Melanda Rapid Pengerang, Apa Puncanya?

4-10-2019 04:34 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4881| Komen: 26|Original author: Tukang Tulis

Pusaran angin berwarna merah jambu yang kelihatan di Rapid Pengerang, Johor. Kredit foto: Facebook / We Are Malaysians

Kemunculan pusaran angin aneh yang berwarna merah jambu di sekitar kawasan Rapid Pengerang, Johor menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen selepas rakaman video kejadian itu tular melalui media sosial.

Video yang dirakamkan oleh seorang pemandu itu turut disiarkan oleh laman Facebook 'We Are Malaysians' pada 30 September lalu.

Berdasarkan keterangan pada status Facebook tersebut, kejadian aneh itu dirakamkan pada 29 Oktober 2019.

Pusaran angin yang kelihatan seperti asap tebal itu kelihatan menjulang ke udara dan menyebabkan pemandu kenderaan terbabit menghampirinya mungkin kerana didorong oleh perasaan ingin tahu.

Asap merah jambu semakin tebal apabila kenderaannya memasuki kawasan pusaran dan titisan air hujan kelihatan pada cermin hadapan sejurus sebelum rakaman video berakhir.



Dalam laman Facebook sama, terdapat satu lagi rakaman video kejadian pusaran angin merah jambu yang dirakamkan oleh seorang pemerhati.


Seorang netizen mengandaikan warna merah jambu yang kelihatan pada pusaran angin itu mungkin berpunca daripada pencemaran udara yang berlaku di kawasan tersebut.

Kredit foto: Facebook
Beberapa netizen pula menjelaskan kejadian itu dikenali sebagai 'kepala angin' yang lazimnya berlaku di kawasan tanah lapang.

Kredit foto: Facebook
Mungkin juga warna merah jambu itu terhasil daripada debu-debu tanah merah yang diterbangkan oleh angin yang membentuk pusaran. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • EmaAsmadi


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 4-10-2019 04:37 PM
Seram nya tgk.. Teruk Sgt pencemaran klu dh mcmtu
Quote munchkin 4-10-2019 04:37 PM
Tu tornado lah. Kecik punya
Quote Kurex 4-10-2019 04:48 PM
Tu @makneng ..  Berpusar macam jin aladin..
Quote nanies 4-10-2019 04:49 PM
Allahu, moga yg baik2 aje utk warga johor
Quote insulin 4-10-2019 04:50 PM
Habuk dari tanah merah kut...
Quote sharlenetexas 4-10-2019 05:04 PM
Ada chemical ke dalam tu?
Quote mongoose_kidz 4-10-2019 05:16 PM
"Berdasarkan keterangan pada status Facebook tersebut, kejadian aneh itu dirakamkan pada 29 Oktober 2019."

serius??
Quote prettyuglybabe 4-10-2019 05:24 PM
punya excited nak kejar angin, lampu merah pun bedal lah..
janji dapat viral dulu..
Quote plasterhati 4-10-2019 05:58 PM
Brp kali akak tgk tarikh kt phone n jam dik..tkejut tetiba kejadian blaku 29 oktober 2019.

Sejenis blh tgk masa depan kah TT ni
Quote RatuDunia94 4-10-2019 06:02 PM
Kawasan situ dh lapang.. pokok2 semua dh kena tebang. Dulu asalnya kawasan hutan n perkampungan n ada pekan kecik sungai rengit yg sendu. Skrg dh mcm kat arab saudi. Alam ini musnah gara2 tabgan manusia sendiri..
Quote ninja boy 4-10-2019 07:10 PM
Color bauksit ka
Quote makneng 5-10-2019 12:00 AM
Kurex replied at 4-10-2019 04:48 PM
Tu @makneng ..  Berpusar macam jin aladin..

Haha bengong.. Nasib mak tak lalu kat rumah ko ya! Kalau tak habis lingkup bekas ikan belaan uolls haha.
Quote kasibiman 5-10-2019 12:08 AM
mongoose_kidz replied at 4-10-2019 05:16 PM
"Berdasarkan keterangan pada status Facebook tersebut, kejadian aneh itu dirakamkan pada 29 Oktober  ...

Aku Pon terkebil2 baca....
Quote gideoncross 5-10-2019 01:30 AM
makneng replied at 5-10-2019 12:00 AM
Haha bengong.. Nasib mak tak lalu kat rumah ko ya! Kalau tak habis lingkup bekas ikan belaan uolls ...

Power nya Makneng, nak jadi anak murid guru lah klau cenggini.
Quote iloveselangor 5-10-2019 01:39 AM
Radiasi tu......
Quote CiliPadiSedap 5-10-2019 05:57 AM
Puting vokuru bauksit
Quote diss69 5-10-2019 07:37 AM
Ank keje kt area pengerang.. Xtau pulak kejadian ni..
Quote Centurion 5-10-2019 07:58 AM
Dust devil version betina kot xpun indon hantar santet kat geng2 porem
Quote Biabetik 5-10-2019 08:18 AM
mongoose_kidz replied at 4-10-2019 05:16 PM
"Berdasarkan keterangan pada status Facebook tersebut, kejadian aneh itu dirakamkan pada 29 Oktober  ...

Boleh la siap2 pindah sebelum 29 okt tu. Pre alert hihi..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049789 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top