CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bocor' Surat Pada Rakan, Meghan Markle 'Langgar Hak Privasi Diri Sendiri'?

4-10-2019 04:31 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7673| Komen: 24|Original author: Oleh: LilRose

Meghan Markle mungkin berdepan dakwaan 'melanggar hak privasi diri sendiri' sekiranya kes samannya terhadap akhbar Mail on Sunday dibawa ke mahkamah.

Memetik The Sun, Duchess of Sussex itu menyaman akhbar berkenaan kerana menerbitkan surat peribadinya yang dikirimkan kepada bapanya, Thomas Markle, 75.



Kredit foto: The Sun

Isteri kepada Putera Harry itu bagaimanapun didakwa membenarkan surat berkenaan didedahkan kepada umum apabila memberi kebenaran kepada rakan-rakannya untuk berbuat demikian.

Mereka (rakan Meghan) kemudian memaklumkan mengenai isi surat berkenaan kepada wartawan di majalah selebriti People di mana salah seorang daripadanya mendedahkan butiran surat itu secara terperinci.

Difahamkan, jika Meghan dipanggil ke mahkamah sebagai saksi, dia mungkin diminta mengangkat sumpah mengatakan bahawa dia tidak memberi kebenaran kepada rakan-rakannya untuk mendedahkan mengenai surat itu.


Meghan dan pewaris keenam takhta Diraja Britain itu memulakan prosiding perundangan terhadap akhbar berkenaan pada Selasa.


Kredit foto: The Sun

Peguamnya memfailkan saman yang menuntut penerbitan surat kepada bapanya, Thomas adalah pelanggaran hak cipta, melanggar privasinya dan melanggar Akta Perlindungan Data.

Bagaimanapun, Mail on Sunday dipercayai 'tidak akan tunduk' dan bersedia melawan saman pasangan Diraja terbabit.

Februari lalu, lima rakan Meghan mendedahkan mengenai keretakan perhubungan antara Thomas dan anaknya kepada majalah People.

Salah seorang daripadanya merujuk kepada surat itu dengan mengatakan Meghan meminta Thomas berhenti menyalahkannya menerusi media.


Foto: IG Sussex Royal

Apakah kesudahan drama pasangan Diraja Sussex ini? - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 4-10-2019 04:39 PM
So salah sapa sebenarnya ni?
Quote sharlenetexas 4-10-2019 05:06 PM


Quote tokenn 4-10-2019 05:13 PM
{:sing{:sing
Quote Cpkay 4-10-2019 05:14 PM
minah ni sorang je yg lari sikit dari protokol diraja.
opss..lupa Princess diana pun sama..
Quote aderaderker 4-10-2019 05:39 PM
Soklan noob sikit,  awat gambar ngan daddy dia cerah gak kulit?
Quote slavehunter 4-10-2019 06:35 PM
Anak tak kenang budi. Bapak ko besarkan ko dibalas tuba balik.
Quote slavehunter 4-10-2019 06:38 PM
Perawankota replied at 4-10-2019 04:39 PM
So salah sapa sebenarnya ni?

Salah dia jugak, kira dia benarkan kawan2 dia cakap pasal surat, so bapak dia bagi kat Mail utk publishkan surat tu untuk pertahankan diri bapak dia. Patutnye kalau dia nak saman dia saman la bapak dia. Bukan DM. Tapi berani ker dia nak saman bapak dia? Mau terbuka rahsia dia.
Quote Perawankota 4-10-2019 06:51 PM
slavehunter replied at 4-10-2019 06:38 PM
Salah dia jugak, kira dia benarkan kawan2 dia cakap pasal surat, so bapak dia bagi kat Mail utk pu ...

Ooo ok2 dh phm.. thanks for pencerahan..
Quote dani-rox 5-10-2019 12:27 AM
aderaderker replied at 4-10-2019 05:39 PM
Soklan noob sikit,  awat gambar ngan daddy dia cerah gak kulit?

minah ni memang kulit cerah. tp sejak masuk BRF, dia byk pakai bronzer utk kelihatan lebih 'black'.




bronzer kena lap sbb acik Morocco nak letak inai
Quote dua_chzy 5-10-2019 12:31 AM
dani-rox replied at 5-10-2019 12:27 AM
minah ni memang kulit cerah. tp sejak masuk BRF, dia byk pakai bronzer utk kelihatan lebih 'black' ...


Melihat kulit close up Meghan yang tua 3 tahun ja dari akak memberi akak feel good feeling terhadap diri sundri.
Quote dani-rox 5-10-2019 12:45 AM
dua_chzy replied at 5-10-2019 12:31 AM
Melihat kulit close up Meghan memberi akak feel good feeling terhadap diri sundri.

hahaha, tak perlu produk La Mer bagai kan kulit dia jd mcm tu hasil bertahun berjemur dan merokok.



Quote dua_chzy 5-10-2019 12:48 AM
dani-rox replied at 5-10-2019 12:45 AM
hahaha, tak perlu produk La Mer bagai kan  kulit dia jd mcm tu hasil bertahun berjemur dan me ...

We should thank our Asian genes.
Quote dani-rox 5-10-2019 12:51 AM
dua_chzy replied at 5-10-2019 12:48 AM
We should thank our Asian genes.

#AsiansDontRaisin






Quote dua_chzy 5-10-2019 12:52 AM
dani-rox replied at 5-10-2019 12:51 AM
#AsiansDontRaisin

Yeaaaah baby!
Quote becir 5-10-2019 12:58 AM
dua_chzy replied at 5-10-2019 12:31 AM
Melihat kulit close up Meghan yang tua 3 tahun ja dari akak memberi akak feel good feeling terha ...

Dia actually 42 y.o.la chazey
Quote GigaMom 5-10-2019 12:59 AM
dani-rox replied at 5-10-2019 12:27 AM
minah ni memang kulit cerah. tp sejak masuk BRF, dia byk pakai bronzer utk kelihatan lebih 'black' ...

Klu kat msia pula putih selepuk
Lepas lap terus gemelap
Haiih la
Pelik2
Quote 29zero6 5-10-2019 08:32 AM
There's something about Meghan ... sejak kenal dia dari Suit memang annoyed gila dgn dia.. fake sangat dia ni.
Quote dua_chzy 5-10-2019 08:53 AM
Edited by dua_chzy at 5-10-2019 08:55 AM
becir replied at 5-10-2019 12:58 AM
Dia actually 42 y.o.la chazey


Eh aiol google katanya 38 wei.

Nah ngkau duchess of soksek punya bio:

Screenshot_20191005_085342.jpg
Quote BicaraHatiku 5-10-2019 10:41 AM
29zero6 replied at 5-10-2019 08:32 AM
There's something about Meghan ... sejak kenal dia dari Suit memang annoyed gila dgn dia.. fake sang ...

Kan... macm beria2 nk jadi social climber dikalangan royalty.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.080580 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top