CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Asing Tulis Alamat Tunggang-Langgang, Lazada Tetap Hantar!

4-10-2019 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7589| Komen: 55

Jika orang lain akan begitu berhati-hati ketika menulis alamat ketika memesan barangan secara pos untuk mengelakkan ia tidak sampai ke tangan. 

Namun, berbeza pula dengan pengguna yang satu ini. Meskipun ia menulis dengan ejaan tunggang-langgang, namun barangan yang dipesan melalui Lazada itu selamat diterima. 


“Hebat juga pekerja saya pesan barang dari Lazada tulis alamat macam ini tapi barang tetap sampai,” tulis seorang pemuda, Ashraf Ariff menerusi Twitter. 

Menerusi hantaran yang diulang kicau sehingga lebih 13,000 kali itu, dia menyatakan rasa kagum dengan pekerjanya yang masih menerima bungkusan dipesan meskipun dengan ejaan yang teruk.


Alamat yang ditulis oleh pembeli bernama Mian Vicky itu ialah,

”setyawengsiya 54200 kululmpur malisha."


Hantaran tersebut bukan sahaja mendapat reaksi lucu daripada para warganet, malah pihak Lazada Malaysia sendiri membalas dengan gaya tulisan yang sama.

“tilima kaseh bili dari kami abang.”

Apa pula pendapat anda? - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnamina 4-10-2019 04:53 PM
Hahaha lawak. Tapi jangan plak yang lain2 mengada2 gak nak buat tulis alamat pelik2
Quote armin 4-10-2019 04:56 PM
Tak habis2 ciduk dari twitter. Bosan betul
Quote julielapadite 4-10-2019 05:04 PM
ninnamina replied at 4-10-2019 04:53 PM
Hahaha lawak. Tapi jangan plak yang lain2 mengada2 gak nak buat tulis alamat pelik2

lazada delivery kalau jumpa troll sengaja nak bubuh alamat pelik-pelik ko humban je barang ke gaung

hidup jgn keje nak nyusahkan org

tp bangla tu lawak
Quote cik.peah 4-10-2019 05:05 PM
terhibur jap abang posmen dok baca alamat orang ni. hahahha
boleh la buat kenang-kenangan bila tengah stress
Quote Kurex 4-10-2019 05:11 PM
cerita twitter lagi..
Quote Cpkay 4-10-2019 05:12 PM
haha. lucu.. mujur abang posmen paham dan sporting
jenis malas layan mmg dibuangnya kat tepi sungai gombak
Quote Artemesiaa 4-10-2019 05:12 PM
Masih ada no phone untuk dapatkan alamat yang betul kan jadi tak ada masaalah
Quote R2D2 4-10-2019 05:14 PM
dia tinggalkan no hp sebab tu bila brg sampai call je client suruh turun ambik
Quote sarah82 4-10-2019 05:19 PM
Aku menyampah dgn lazada... Sokong sgt seller.. Kena aku buat drama swasta baru sampai barang aku.. So buat nasa skrg aku stick pada shopee walaupun lazada update aku offer mcm2..flip shawl je aku kat lazada skrg
Quote prettyuglybabe 4-10-2019 05:21 PM
i percaya lazada call tanya alamat..
ikutkan alamat dia bagi tu tak complete pun..
Quote munchkin 4-10-2019 05:23 PM
Edited by munchkin at 4-10-2019 05:25 PM

Ni cerita hasnah rekaan?

Setiawangsa punya besar. Ko ingat delivery nak layan ke? Kuat mengatakan ni cerita hasnah

Setiawangsa 54200. Jalan apa kedai apa pun taak tulis. Hasnah sangat.

Nak naikkan balik rating lazada lah tu.
Quote munchkin 4-10-2019 05:32 PM
Tengok je rating lazada sekarag low. Ada komplen pasal lazada wallet duit kena ambil. Few komens.

Kuat aku rasa ni cerita hasna nak naikkan marketing lazada.

Isu komplen pun tak resolve banyak pulak cekadak ko nak cari satu bangla kat setiawangsa ni.
Quote plasterhati 4-10-2019 05:38 PM
Haruslah abang pos call dulu nk blh ke sampai tu.. Kejadahnya nk sampai klu stakat setiawangsa semata, mcm setiawangsa atuk dia punya..
Quote mesmerize 4-10-2019 05:38 PM
sarah82 replied at 4-10-2019 05:19 PM
Aku menyampah dgn lazada... Sokong sgt seller.. Kena aku buat drama swasta baru sampai barang aku..  ...

ai beli phone casing tapi yang dapat receipt aje..
ai email kat lazada scan receipt sekali bgtahu barang tak dapat, sekelip mata lazada refund duit ai tanpa banyak soal sis
Quote sarah82 4-10-2019 05:41 PM
mesmerize replied at 4-10-2019 05:38 PM
ai beli phone casing tapi yang dapat receipt aje..
ai email kat lazada scan receipt sekali bgtahu ...

Lazada bagi alasan bila tanya ttg brg yg dibeli yg depa x boleh kawal shipping dari seller dan seller pulak ckp bukan salah dia brg hilang kat depot shipping co...mmg mencari pasal la. Hahahaha.. Kena tembak la.. Tara hari Sabtu buat drama.. Hari Isnin dah sampai.. Gdex bgtau seller baru antar. Parcel bukan hilang mcm didakwa
Quote matchstick 4-10-2019 05:45 PM
yg penting no poskod dan no fon betul...kalau poskod salah courier company pun xtau nak hntr ke pejabat cawangan mana utk delivery. once dh sampai cawangan yg betul boleh lah abam posmen menjalankan tugas utk call customer tanya alamat yg betul. begini lah sefahaman aku
Quote Forfoxache 4-10-2019 05:45 PM
Edited by Forfoxache at 4-10-2019 05:47 PM

Hancur sial. Takan la meyember tabolei gugle witu alamat betol??
Quote RatuDunia94 4-10-2019 05:56 PM
sarah82: Aku menyampah dgn lazada... Sokong sgt seller.. Kena aku buat drama swasta baru sampai barang aku.. So buat nasa skrg aku stick pada shopee walaupun l ...



Betul cuols.. lazada lembap.. shopee sehari dua barang dh sampai.. skrg mmg iols shopping kat shopee jah..
Quote zeetacunn 4-10-2019 06:01 PM
  hebattt lazada!

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.039911 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top