CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Pembesar Suara Di Surau, Masjid Tak Perlu Diperlahankan' - TMJ

4-10-2019 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8265| Komen: 51

Warganet bersorak syukur dan berterima kasih kepada Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan penularan surat titah baginda supaya pembesar suara di surau dan masjid di Johor tidak perlu diperlahankan.



Kredit foto: IG

Surat bertarikh 29 September dan diterima Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bertarikh 30 September itu memohon agar pihak berwajib mengambil tindakan lanjut kepada masjid-masjid di negeri itu.


Kredit foto: Twitter

“Penggunaan pembesar suara juga digunakan untuk melaungkan azan sebagai memperingatkan umat Islam masuknya waktu solat di kawasan yang berhampiran. Penggunaan pembesar suara juga digunakan untuk menyampaikan tilawah al-Quran dan sesekali juga digunakan sebagai ceramah atau pengajian tertentu.


“Maka penggunaan pembesar suara sebagaimana biasa tidak perlu diperlahankan," antara isi kandungan surat berkenaan.


Kredit foto: Twitter

TMJ turut meminta peranan institusi masjid perlu dihormati dan diterima setiap lapisan masyarakat. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 4-10-2019 05:18 PM
Aku sokong je nak pakai pembesar suara. Hanya utk azan.

Kita rakyat marhaen ni rumah dekat2. Dinding nipis nipis. Ada anak kecik org tua, org sakit. Maka kena jugak guna pembesar suara ke? Kadang masjid surau rumah aku banyak aktiviti.

Tapi alhamdulillah mereka ni so far menghormati jiran keliling. Thats why org kafir pun baik sesama jiran. Time azan je guna mic. Time lain depa tak guna.

Syabas kerana menghormati (kawasan aku)
Quote sarahmirza 4-10-2019 05:52 PM
Azan boleh la ...
Tapi ceramah yang jenis suka cakap2 tetiba terjerit terpekik tu.... Tolong la perlahankan volume tu...
Orang lain pun nak aman2 tenteram dalam rumah sendiri.
Quote Rogue98 4-10-2019 06:15 PM
Yg penting... yg azan tu tolong lah practice... Kadang suara tak sedap... off tune... camner nak tarik bukan Islam kalau diaorang dgr tak sedap.
Quote Boomibulat 4-10-2019 06:20 PM
I pun sokong kalau azan je kuat..klu ceramah ke ape biar org dlm msjd je dgr.x pyh pakai speaker
Quote Boomibulat 4-10-2019 06:21 PM
Rogue98 replied at 4-10-2019 06:15 PM
Yg penting... yg azan tu tolong lah practice... Kadang suara tak sedap... off tune... camner nak tar ...

Lg satu speaker pn beli cap ayam punya..bunyi mcm buluh pecah je
Quote Forfoxache 4-10-2019 06:25 PM
Terbaik la TMJ! Handsome, charismatic, intelligent dan sentiasa menitik berat hal ehwal bangsa Johor. Jealous I kat BJ. Youlls so lucky get such a good King.
Quote aechae 4-10-2019 06:31 PM
sarahmirza replied at 4-10-2019 05:52 PM
Azan boleh la ...
Tapi ceramah yang jenis suka cakap2 tetiba terjerit terpekik tu.... Tolong la per ...

Setuju... ceramah pn kdg2 emosi lbih kite yg dgr ni maluu
Quote Bedah.Cun 4-10-2019 06:40 PM
Azan ai xde issue klu dah itu kewajipan. Masalahnye yg ceramah pun ngkaw guna loudspeaker dah kenapa? Terjerit terpekikkk. TV lagi ada ceramah agama. Komer xreti berpada kerrrrr???
Quote sarahmirza 4-10-2019 06:52 PM
aechae replied at 4-10-2019 06:31 PM
Setuju... ceramah pn kdg2 emosi lbih kite yg dgr ni maluu

Rumah i ni macam kat tengah2 antara 2 masjid... Masjid taman i dgn taman sebelah.. Masjid taman i masjid sementara tapi speaker mmg sengaja buka high volume... Bila cuti depa buat tazkirah subuh sampai pukul 7am tak habis2 lagi... Ada dah yang komplen... Baru tau perlahan sikit speaker tu..
Quote rykall 4-10-2019 07:02 PM
Rogue98 replied at 4-10-2019 06:15 PM
Yg penting... yg azan tu tolong lah practice... Kadang suara tak sedap... off tune... camner nak tar ...

perlu ke azan ni suara mesti sedap?. Azan di fardhu kifayah di setiap kariah. Abis kalau dlm satu kariah semua suara macam itik, jadi tak perlu azan ke?. Yang suara sedap2 semua demand tinggi jadi bilal. Itu realitinya sekarang di Malaysia.
Quote Perawankota 4-10-2019 07:03 PM
Utk azan x der masalah.. aku ni duduk area sentul, lg bising bunyi dr kuil2 kt sini..
Quote umbut 4-10-2019 07:24 PM
Azan ok.. ni ceramah jgn kuat2 lah.. kdg pagi2 ada ceramah..
Quote Psfzi 4-10-2019 07:33 PM
Bagus la. Setuju sgt
Quote isseliparjepun 4-10-2019 07:57 PM
Kawasan aku pulak majoriti bukan Muslim. Ada 1 masjid dan aku sangat bersyukur kerana penduduk memahami. Waktu azan memang dengar. Kalau ada ceramah diorang pasang gak tapi sayup sayup aje la. Pape pun, terima kasih penduduk setempat ku kerana memberi peluang penganut agama masing masing mengamalkan kepercayaan masing masing.
Quote isseliparjepun 4-10-2019 07:58 PM
Rogue98 replied at 4-10-2019 06:15 PM
Yg penting... yg azan tu tolong lah practice... Kadang suara tak sedap... off tune... camner nak tar ...

Bilal Bin Rabah pun sora tak sedap. Nak mengejutkan umat bangun tido zaman tu.
Quote HannahMontana 4-10-2019 09:14 PM
Ni pengalaman ku pergi makan kenduri aqiqah rumah taman setaman ni ,masa tengah nak makan org dimasjid ceramah ,part dia jerit(konon nak beri contoh dalam ceramah dia) "Bedahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, Bedahhhhhhhhh..."

muahahahhahahahahah aku ingat sampai sekarang

ustaz level bodo apakah itu ,ceramah apalah itu ...sewel nya


tp aku sokong speaker gasi pecah gegendang telinga kafeer cina hindu laknatullah!!!!
Quote clarizsa 4-10-2019 09:17 PM
Untuk azan is OKAY

tapi lain2 tu sangat annoying tambah2 yg jenis berdegar tak kira masa pastu pasang tape ceramah pulak

Hadoiiii

I beli rumah mahal area have have igtkan xkan dengar
Sekali ntah surau atau masjid dr kawasan marhaen (ntah area mana) punyalah kuat kedengaran
Benda sensitif nak komplen pun susah

Azan tu okay mmg bagus
Cuma lain2 tu bagi i menganggu

i x faham knapa ramai yg suka sgt bising2

Again i nk tegaskan untuk AZAN sangat okay kuat2 pun sbb sekejap je
Quote clarizsa 4-10-2019 09:20 PM
Warganet yg bersorak sakan tu mungkin pekak atau jnis 24jam sumbat earfon lagu bodo kat telinga so tak terganggu dgn ceramah bagai tu

Lagipun kt fb x boleh nak komen jujur kan
Pakat bersorak lah huhu
Quote sleepandream 4-10-2019 09:31 PM
so perlu ke surat peringatan ni? macam takde kes tetiba je nak keluar surat dah kenapa?
non moslem takde isu punnn...
nak kembalikan sokongan meleis ke tu

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.114067 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top