CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Setan! Bunuh Isteri Dan Anak Kerana Mabuk Cinta Dengan Skandal

4-10-2019 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8156| Komen: 42

Kisah hitam keluarga ini menjadi perbualan hangat selepas si suami akhirnya mengaku yang dialah pembunuh kepada isteri dan anak-anaknya. 

Chris Watts, 34 telah mengejutkan banyak pihak sekaligus mencetuskan kemarahan ramai selepas dia didapati bersalah membunuh isterinya Shanann,34 dan dua anak perempuannya, Bella, 4 dan Celeste,3 pada Ogos tahun lepas. 


Kredit foto: carian internet

Terbaru, lelaki itu mengakui perempuan simpanan atau skandalnya, Nikki yang menjadi punca dia mengapa bertindak kejam terhadap keluarganya itu.

"Saya takkan bunuh isteri dan anak-anak jika tak bertemu Nikki," katanya memetik laporan Daily Mail. 

Kisah pembunuhan kejam ini diceritakan semula oleh Cheryln Cadle menerusi buku terbaharunya 'Letters From Christopher' menerusi temubualnya bersama penjenayah tersebut. 


Antaranya, termasuklah bagaimana detik dia membunuh wanita yang bergelar isterinya sendiri dengan cara mencekiknya. 

"Saya masih ingat wajahnya kehitaman akibat celak mata.

"Orang tanya kenapa Shanann tak melawan, sebab memang dia tak boleh melawan.

Kredit foto: carian internet

"Saya tahu jika saya buka genggaman tangan, dia tetap akan halang hubungan saya dengan Nikki," kata Watts kepada Cadle.

Katanya lagi, tindakan ini adalah berpunca daripada rasa cinta begitu meluap-luap terhadap skandalnya ketika itu, Nikki. 

Namun, kini sejak dipenjarakan Watts tidak lagi menerima kunjungan Nikki dan tertanya-tanya di manakah kekasihnya itu. 

Watts kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah membunuh anak-anak dan isterinya. - CARI 

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissCarcosa9753 4-10-2019 06:44 PM
Beebaloi ke


Now ke kasih aman2 dengan jantan lain
Quote Perawankota 4-10-2019 06:56 PM
Bodoh... tu jer blh ckp..
Quote Kurex 4-10-2019 06:57 PM
Kan dah ada benang ni... Hayooo
Quote Psfzi 4-10-2019 07:29 PM
Gila. Xde perikemamusiaan lgsg.
Quote RatuDunia94 4-10-2019 07:42 PM
Kisah ulang tayang kali ke 2527836363...
Quote kibodwatriuh 4-10-2019 07:46 PM
NI dah adalah TT. Topik hangat tahun lepas kot.
Quote sukacactus 4-10-2019 07:53 PM
Berapa kali daaa...
Quote kemaruk 4-10-2019 08:27 PM
Saya ingat tak mati sebab tu saya try2 bunuh
Quote misuke 4-10-2019 08:45 PM
teringin aku nk tengok rupa nikki yg dia angau sgt tu
Quote akusukaq 4-10-2019 08:58 PM
kesah sensasi di us sampai acik acik bawang meratep dlm socmed siang mlm pagi ptg. sambil berak pun bg pendapat
Quote slyfynx 4-10-2019 08:59 PM
Beb, baru kuar gua ke hape.
Cite dah berzaman kot
Quote Orix 4-10-2019 09:03 PM
Mmg jd lauk la dia ni dlm jail
Quote VioletsAre_Blue 4-10-2019 09:04 PM
Yang dia kantoi cctv jiran nak tunjuk polis, gelabah betul muka dia
Quote jazaa100 4-10-2019 10:16 PM
Cantuk wife dia.....

Anak anak pun comel....
Giler le klu skandal dia nak lagi jantan mcm tu...nanti dia pulak kena cekik
Quote nabila11 4-10-2019 10:49 PM
Cantik sangat ke nikki tu sampai dia jd mental gini
Quote Pink_Purple 4-10-2019 10:50 PM
dah tak nak, ceraikan je..knp nak bunuh
Quote stania83 4-10-2019 11:10 PM
family isteri yg kena bunuh nii..tak bagi hukuman mati ke atas chris watt ni..katanya cukuplan dgn 3 kematian..jadi pembunuh ni kena penjara seumur hidup je.. betullah dkat barat lebih islamix
Quote ikanmasin 4-10-2019 11:25 PM
ingatkan kes baru..
Quote Supersirap 5-10-2019 12:46 AM
Masalah jiwa yang meruncing

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.117877 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top