CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Benarkah Ibu Mengandung Tak Boleh Minum Kopi? Ini Penjelasan Doktor...

7-10-2019 11:37 AM| Diterbitkan: missroses87| Dilihat: 3518| Komen: 9|Original author: Oleh: Jarimenari

Foto sekadar hiasan

Buat yang menggemari kopi, sehari tidak minum minuman ini bagaikan tidak lengkap hari mereka. Haruman kopi sahaja sudah boleh 'menggoda' sesiapa sahaja. 

Malah, ianya lebih menyenangkan kerana dengan secangkir kopi mampu membuatkan mata hilang mengantuk dan cergas.

Namun, buat wanita hamil, adakah selamat untuk menikmati kopi bagi melengkapi hari mereka? Satu perkara yang sering menjadi tanda tanya buat bakal-bakal ibu dalam masyarakat kita hari ini.

Menjawab persoalan ini, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak berkongsikan megenai perihal ini menerusi laman Twitternya. 


Menurutnya, ibu mengandung perlu menghadkan pengambilan kafein dengan hanya 200 miligram setiap hari. Malah, dia turut mengingatkan kafein tidak semestinya ada dalam kopi sahaja, tapi turut ada dalam teh, coklat, minuman tenaga, minuman ringan bergas seperti cola dan dalam sesetengah ubat batuk dan selesema.


Foto sekadar hiasan

Tambahnya lagi, pengambilan kafein yang berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan seperti saiz bayi jadi kecil dan meningkatkan kemungkinan untuk gugur lebih-lebih lagi di awal kehamilan. 

Dr Izzat turut menasihati para ibu mengandung pada 12 minggu kehamilan untuk mengelakkan pengambilan kafein.

"Hadkan pengambilan kafein 200mg setiap hari jika ibu mengandung sememangnya rasa tidak boleh hidup tanpa kafein. Lebih baik gantikan dengan minuman jus buah-buahan atau segala minuman yang telah dinyah kaffein. Itu lebih baik. Jangan lupa kurangkan manis ya," tulisnya.

Jadi, buat ibu-ibu mengandung di luar sana, boleh ambil minuman berkafein tapi ada hadnya. Jika boleh elakkan, cubalah tidak mengambilnya demi kesihatan bayi dan ibu-ibu juga! - CARI
8

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 7-10-2019 02:00 PM
Naaib baik aku bkn coffee lover
Quote faraway1 8-10-2019 07:49 PM
Benti minum kopi start hari tahu pregnant.

Memang histeria tanggung gian nak minum, tapi tu lah bukan setiap tahun pregnant, so buat untuk anak dikandung gitu.

Lepas beranak terus start minum.. Tapi secawan sehari sebab bf
Quote nsmy 8-10-2019 10:13 PM
Kalau minum coffee mc cafe hari2 ok x?
Quote Sazida 8-10-2019 10:54 PM
At first trimester aku balun je milo ais,teh ais tu. 2x sehari.  Black coffee je xterasa nk mnum. Sampai ke hari nk beranak aku still minum air semua tu. Alhamdulillah anak keluar sihat walafiat.
Quote puanbintang 23-10-2019 03:27 PM
good info!
Quote ayra.e 29-10-2019 12:17 AM
me peminum tegar nescafe..tiap kali nk mkn or snack time mesti buat nes panas.bile mengandung cube jgk had kan wktu pg n ptg.tp xjln.last2 buat pkai cawan kecik je..jd mcm ad kurang la kot ..sikit.. {:shy....x bes la minum air lain.xkene dgn tekak .aishh
Quote kaishi 29-10-2019 11:03 AM
adeh

aku masa pregnant 1st hari2 teh tarik dan coklat.
anak aku yg 1st tu smpai skrg fav dia teh tarik, teh ais, roti canai pon sama sejak dlm perut.... hahah...

ni pregnant 2nd masih teh tarik, coklat,

tp tak amek nescafe , cappucino or latte kadnag2 dan jarang2

tp kafein memg x baik ok utk mereka2  yg ada hb low, btahan la sekejap, aku dl hb ngam2, skrg hb da mantap, tp benoooorrr risiko
Quote Kambeng_Gurun 29-10-2019 12:11 PM
meols masa second pregnancy jadi peminum kopi tegar walhal meols takde la suka minum kopi pon..
tapi meols minum time breakfast je..
waktu lain meols minum air masak & susu..
doktor advice suh kurangkan sebab takut hb meols drop (Alhmdulillah bacaan hb cantik..tak pernah drop..) sebab 1st pregnancy dulu hb sekitar 9-10 je..paling tinggi pun 11.5..walhal meols takde masalah anemia pun sebelum pregnant..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.053440 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top