CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ini Spekulasi 'Sumber Dalaman' DailyMail UK Mengenai Punca Perpisahan Rihana Petra dan Suami

7-10-2019 10:55 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 30450| Komen: 143|Original author: Sang_Pencinta

Susulan temubual berani Rihana Oksana Petra dengan sebuah akhbar tabloid UK minggu lalu, kini akhbar DailyMail UK pula mendakwa ada sumber dalaman memberitahu mereka mengenai punca keretakan perkahwinan model Rusia itu dengan Sultan Kelantan.



Kredit foto: DilyMail UK



Akhbar itu mengatakan sumber dalaman mereka memberitahu punca utamanya ialah penyebaran besar-besaran majlis resepsi mereka kepada media Rusia oleh pihak pengantin wanita sedangkan Sultan telah menegaskan lebih awal bahawa Baginda menginginkan sebuah majlis yang tertutup dan ringkas tanpa media.


Kredit foto: DailyMail UK


Menurut sumber itu lagi, Baginda menjangkakan majlis yang diadakan pada November tahun lepas itu hanyalah akan dihadiri oleh beberapa rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat, bagaimanapun  Baginda dikatakan terkejut dengan kehadiran ramai media dan turut diiringi persembahan nyanyian dan hiburan.


‘Baginda terus berubah wajah dan tidak selesa sepanjang majlis tetapi menurutinya sehingga selesai’ kata sumber DailyMail itu lagi.


Kredit foto: Daily Mail


‘Lebih memburukkan keadaan gambar-gambar dan video itu mula tersebar meluas di media massa sehingga ke Malaysia dan menyebabkan hubungan itu renggang selepas Baginda kembali ke negaranya Disember itu’ kata sumber itu lagi.

Sumber itu memberitahu bahawa penyebaran maklumat penglibatan Rihana dengan pakaian serba mendedahkan dalam sebuah siri realiti TV dan gambarnya sedang memegang minuman keras dengan pelakon Elisey Polischuk, 29, juga memburukkan keadaan.



Kredit foto: DailyMail UK


Walaupun rakan-rakan Rihana memberitahu akhbar bahawa Sultan mengetahui kehidupan silam model itu sebelum berkahwin, sumber dalaman itu menafikan sekeras-kerasnya.

‘Sultan tidak tahu mengenai video di kolam mandi itu, sekiranya Baginda tahu, Rihana tidak akan dipersunting kerana tidak layak jadi Permaisuri ’ kata sumber dalaman itu lagi.


Kredit foto: DailyMail UK


‘Perkahwinan mereka kemudian retak dan Rihana diberi tawaran lumayan tetapi ditolaknya. Rihana juga menolak permintaan ujian DNA sebanyak dua kali malahan menamakan bayinya Leon, menyerupai nama teman lelakinya Leonid Zasukhin ’ kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun semua dakwaan ‘sumber dalaman’ itu dinafikan oleh pihak Rihana malahan wartawan akhbar DailyMail yang ada melihat gambar Leon mengesahkan bayi itu mirip wajah rakyat Malaysia.

Persoalannya, siapakah 'sumber dalaman' akhbar tabloid tersebut dan adakah maklumat yang disampaikannya kepada DailyMail  UK sahih? - CARI 


Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluecheese 7-10-2019 11:20 AM
Ayat 'abdicated his throne within a month' itu boleh disalah ertikan oleh pembaca yg tak tahu asal usul sejarah Kerabat ini.
Quote helicornia 7-10-2019 11:21 AM
abe tekejut tengok ada sarkis ke haha
Quote bluecheese 7-10-2019 11:21 AM
Bg yg berfikiran romantik/whimsical akan ingat ini ceritera dongeng rakyat yg menjadi igauan atau idaman gadis-gadis muda pada zaman moden ini.
Quote sharlenetexas 7-10-2019 11:22 AM
Sumber dalaman tu dari mana?
Quote Sang_Pencinta 7-10-2019 11:25 AM
Kan ke orang cakap abegon dah diberitahu mengenai video dan siri Tv TU?

Saya syak hanya diberitahu sini selepas dah terlanjur kahwin sana dan sekembalinya ke Malaysia

sebab tu dia terus tak balik2 sana
Quote iloveselangor 7-10-2019 11:25 AM
Buat malu negeri serambi je..

Quote Sang_Pencinta 7-10-2019 11:26 AM
sharlenetexas replied at 7-10-2019 11:22 AM
Sumber dalaman tu dari mana?

Kalau ikut artikel asal tu 'Royal source'
Quote iloveselangor 7-10-2019 11:27 AM
Kebanggaan ulama PAS pulak' tu...konon hampir nak terlaksana Hudud pada zaman Sultan negeri PAH ni jadi Agong
Quote Kurex 7-10-2019 11:32 AM
tapi kurex kesian dgn baby tu... nanti anak yg jadi mangsa
Quote duri_durians 7-10-2019 11:37 AM
mcam mana boleh kata "kalau tahu sejarah rihanna dah pasti sultan takkan kahwin dgn dia"..


elo tak buat background check ke??
Quote tagas 7-10-2019 11:39 AM
ni antara contoh2 seseorg tu "zuhud" ke
Quote smartaleck07 7-10-2019 11:43 AM
bluecheese replied at 7-10-2019 11:20 AM
Ayat 'abdicated his throne within a month' itu boleh disalah ertikan oleh pembaca yg tak tahu asal u ...

meaning? kurang paham pasal part asal usul kerabat tu..

Quote tukul 7-10-2019 11:43 AM
duri_durians replied at 7-10-2019 11:37 AM
mcam mana boleh kata "kalau tahu sejarah rihanna dah pasti sultan takkan kahwin dgn dia"..



Aaa...main jumpa dan terus nikah ke dlm masa 24jam....
Quote kualibesi 7-10-2019 11:47 AM
scaryyyy.. xhbis2 lg hal deme
Quote minguk 7-10-2019 11:48 AM
jadi leon anak siapa sebenarnya?
Quote bluecheese 7-10-2019 11:48 AM
smartaleck07 replied at 7-10-2019 11:43 AM
meaning? kurang paham pasal part asal usul kerabat tu..

Hari tu ada orang luar tanya; Kerabat ni abdicated/turun takhta dan terus jadi rakyat biasa ke?
Contohnya mcm kes Wallis Simpson dan Edward vIII.
Sudah tentu tidak, masih lagi title Kerabat diRaja. : )
Quote bluecheese 7-10-2019 11:54 AM
Banyak juga orang luar ingat kerabat-kerabat di M'sia ni sangat romantik. Sanggup bercinta dan kahwin walaupun ada tentangan kerana pasangan orang luar dan rakyat biasa sahaja.
Zuhud lagi romantik
Quote noradaniez 7-10-2019 12:04 PM
duri_durians replied at 7-10-2019 11:37 AM
mcam mana boleh kata "kalau tahu sejarah rihanna dah pasti sultan takkan kahwin dgn dia"..



Bukan ke hari tu ada sorang forumer yg keje askar bg tau yg baginda dah di beritahu dan dinasihat kan tidak menyunting kuintupis ni. Sbb sblm kawin dah ada risikan dr intel kita sendiri kan. Tp abegong tetap gak degil nakkan kuintupis ni.
Quote duri_durians 7-10-2019 12:06 PM
noradaniez replied at 7-10-2019 12:04 PM
Bukan ke hari tu ada sorang forumer yg keje askar bg tau yg baginda dah di beritahu dan dinasihat  ...

sundiri mau sundiri kutuk pulk

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.697239 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top