CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Suami Curang Okay Sebab Boleh Poligami' - Kenyataan Ustaz Kursus Kahwin Dibantah Netizen

8-10-2019 11:36 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7058| Komen: 14|Original author: Sang_Pencinta

Sebelum ini terdapat satu thread membincangkan mengenai kegagalan kursus perkahwinan mencapai objektif berikutan terdapat sebilangan penceramah yang tidak menyampaikan kuliah mengikut silibus, malahan sering membuat lawak berunsur lucah.



Kredit foto: Grid.id


Kegagalan penceramah itu diluahkan oleh seorang wanita yang mengikut kursus pra-nikah baru-baru ini. Kini seorang lagi netizen bernama Cikgu Faris telah berkongsikan satu kenyataan Ustaz Kursus Kahwin di Twitternya, dan kenyataan itu menjadi bualan ramai terutamanya para isteri.


Kredit foto: Twitter



Menurut Cikgu Faris di akaun @IncheFaris, seorang Ustaz Kursus Kahwin memberitahu bahawa suami dibenarkan untuk curang di belakang isteri kerana mereka berhak berkahwin dua, tiga dan empat.

'Apa maksud kenyataan ini? Ini adalah satu kebodohan!' kata Cikgu Faris lagi.

Menurut Cikgu Faris lagi, kenyataan Ustaz itu tidak melarang kecurangan, malahan memberikan alasan kepada suami untuk menipu dengan menggunakan poligami sebagai alasan. 

Bagaimanapun, ramai lelaki yang membidas Cikgu Faris;

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter


'Tiada istilah curang bagi lelaki kerana boleh kahwin 4, perempuan sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan ini' kata beberapa netizen menyebelahi Ustaz Kursus Kahwin.

'Kenapa digelar curang? Masa suami nak kahwin dengan kau dia berkenalan dulu, macam itulah dia nak kahwin no 2, 3 dan 4' tambah seorang lagi.

Walau bagaimanapun, ramai yang menentang kenyataan itu, terutamanya netizen wanita;



Kredit foto: Twitter


'Boleh poligami bukan alasan untuk curang, tak faham macam mana dia jadi ustaz', kata seorang netizen wanita.

'Yang salah tetap salah, niat tidak menghalalkan cara', tambah seorang wanita lagi.


Kredit foto:



Dengan lebih 17,000 kicauan semula, ciapan daripada Cikgu Faris ini nampaknya menjadi perbahasan 'adakah suami yang berkenalan dengan wanita lain dengan niat dijadikan isteri kedua yang halal dikira curang?'. Apa pula pendapat anda?- CARI 

2

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 8-10-2019 11:53 AM
Photo+4-6-17,+7+35+35+PM.jpg
Quote Mfzg89 8-10-2019 12:07 PM
dunia akhir zaman orang2 belagak alim ni lebih jijik dengan perangai konon belandaskan agama.. Kes hina tahi lalat la, ke Abu la , kes Flat earth suhaimi la..mcm2 la korng ni...
Quote fliphair8 8-10-2019 12:10 PM
lobai dan bab2 menyedapkan konek tak boleh dipisahkan...selagi bole tunggang ye lobai...berdakwah atas nama tuhan gak ke ni lobai?
Quote isseliparjepun 8-10-2019 12:20 PM
Muak dengar pasal poligami sebab lelaki boleh dan mampu dari segi bebed. Kepala otak fikir itu aje la sepanjang hari. Dari sebelum kawen sampai dah kawen fikir itu aje ke? Bab tanggungjawab terhadap ibu bapa dan isteri disentuh 1% aje.
Quote leylapple 8-10-2019 12:21 PM
fliphair8 replied at 8-10-2019 12:10 PM
lobai dan bab2 menyedapkan konek tak boleh dipisahkan...selagi bole tunggang ye lobai...berdakwah at ...

agree with u...

sejak zaman guna internet pakai phone makin menjadi2 pulak perangai....


Quote umbut 8-10-2019 12:23 PM
Senang hidup jadi jate.. Hidup x mampu miskin tambah cawangan alasan islam benarkan.. Benci betuiiii dgn penunggang agama.. Bab kahwin lagi semua agama sunnah.. Bab lain buat x tau.. Kimakkk
Quote prettyuglybabe 8-10-2019 12:33 PM
dah tu masa kursus tu apasal tak bidas je ustad tu?
suruh dia bercerita pasal tanggungjawab dengan nafkah kena bagi pada bini sebelum nak berbini banyak..
ni masa kursus diam lepas kursus baru bising..
kasi hantam la ustad tu 'fast to fast'..
Quote haryatie 8-10-2019 12:59 PM
ada logik jugak ckp ustaz tu
kalau jntn curang bleh jerk dia nak kawin atau setakat nak berscandal jerk
maklum la jntn kannn, buat apa pun x nampk sgt buruk nya
tp kalau prempuan curang, bini org lak tu..apa jerk yg dpt
nak kwin dgn scandal tu masih lg istri org
dpt sakit hati jerk kena main, kena maki lg
silap2 kena cerai pulak
sudah nya smua melepas
Quote cikatilia 8-10-2019 04:08 PM
kalau dah tak mampu poligami gatai gak nak curang bagai elok dipenggal saja
Quote meow_tompok 8-10-2019 06:26 PM
jadik org lelaki bole ada kuota 3x kali 'curang' la yea, lepas kawen dgn yg pertama. Kalau curang kali 4, kena cerai lah salah satu bini, sbb kuota poligami pun hanya 4 sajork.

Quote LadyCarefree 9-10-2019 10:42 AM
leylapple: agree with u...sejak zaman guna internet pakai phone makin menjadi2 pulak perangai....



Tngok je komen2 kat retis xbertudung. Mmang lelaki melayu fikir ngeseks je 24/7 kot.
Quote polahdek19 27-11-2019 01:13 PM
fliphair8: lobai dan bab2 menyedapkan konek tak boleh dipisahkan...selagi bole tunggang ye lobai...berdakwah atas nama tuhan gak ke ni lobai?


Hahah setuju sgt! Bab kawin semuanya ikut sunnah.. Bab lain2 tanggungjawab, ibadah semua kelautttt.. Silap2 bini yg kena kerah kerja and jaga anak
Quote dani-rox 27-11-2019 01:19 PM
tak payah la guna alasan bole berpoligami


Quote mijot 27-11-2019 01:55 PM
laki klu bab kawen semua ikut sunnah, tp tanggungjawab lepas tu semua ke dasar laut...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.114457 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top