CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Juri Big Stage Didakwa Bias Kerana Menangkan Peserta Luar Negara?

7-10-2019 04:02 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11262| Komen: 78|Original author: Shimmer Shine





Big Stage musim kedua memang mendebarkan. Setelah kemenangan peserta dari Korea Selatan, Han Byul diumumkan sebagai juara, ramai yang agak tersentak. Biarpun mendapat restu dari juri dan penonton-penonton, masih ada yang tidak berpuas hati. Ini kerana persembahan Naib Juaranya, Neeta dikatakan lebih menyerlah berbanding Han Byul itu sendiri.

Tidak hairanlah bertebaran spekulasi menyatakan adanya soal 'pilih kasih' dalam kalangan juri hanya kerana mahu orang luar memenangi pertandingan bakat baru itu. Tapi, betul ke juri bias?

IG


Gosip liar itu juga mendakwa juri-juri yang membuahkan kemenangan Han Byul itu sekadar mahu meraih perhatian. Apatah lagi ada yang menuduh bahawa orang yang menjaga sistem komputer itu adalah peminat K-Pop. Maka itu lah kemenangan pada Han.

Namun, juri Siti Nurhaliza dalam sidang akhbar telah menjelaskan bahawa muzik itu universal. Jadi, persaingan adalah sesuatu yang normal dan kita harus bersaing untuk lebih maju ke hadapan.

"Buat apa kita buka kepada orang lain, tapi kita nak peserta negara kita
sendiri menang. Itu tidak ada persaingan namanya."


Bagaimanapun, warganet terus menyatakan fakta bahawa markah Neeta sebenarnya lebih tinggi berbanding Han jika diukur dari segi penjurian. Namun, Neeta kalah dari segi undian peminat menyebabkan dia mendapat Naib Juara. Nisbah 70-30 peratus inilah yang menentukan kedudukan mereka. Jadi, jelasnya, Neeta sebenarnya sudah menang di hati juri.

Twitter

Twitter

Jadi, dakwaan tersebut tidak harus timbul jika setiap penonton program realiti BBNU ini sedar dengan pemarkahan yang telah ditetapkan dari awal. Walau siapapun pemenangnya, kita pasti yang terbaik akan terus kekal relevan dalam industri hiburan ini. Sama-sama nantikan ya. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 7-10-2019 04:12 PM
Si byol nanyi lagi sedap dari si neeta ..... terima lah hakikat tu
Quote RatuDunia94 7-10-2019 04:19 PM
Apooo.. faham ke tak konsep bias? Kalo bias sah2 neeta yg juara.. han byul x menang..
Quote nadie90 7-10-2019 04:20 PM
Dah2 la tu...program dah hbis pun....komen yg xpuas hti Neeta ptt jd juara tu......mengundi ka x.....ka tau mengkritik ja

Ceq stuju komen DSSN msa PC smlm psl kemenangan Han Byul

Quote Kambeng_Gurun 7-10-2019 04:21 PM
ikut consistency dari week 1 sampai final..layaklah hanbyul juara
Quote BoongaKertas 7-10-2019 04:21 PM
iols x follow tp sedap lah weh suara mamat tu nyanyi lagu melayu. dah mcm iols terkenang zmn2 winter sonata plak nada heols tu
Quote Kambeng_Gurun 7-10-2019 04:23 PM
nadie90 replied at 7-10-2019 04:20 PM
Dah2 la tu...program dah hbis pun....komen yg xpuas hti Neeta ptt jd juara tu......mengundi ka x.... ...

iols pun setuju sangat dgn point tokti tu..
Quote Iris. 7-10-2019 04:25 PM
Pada i... 2-2 layak menang. Cuma neeta kalah vote je. I ok je dengan result malam tadi.. Ewahh
Quote annabellaruz2 7-10-2019 04:31 PM
MatDeghem replied at 7-10-2019 05:12 PM
Si byol nanyi lagi sedap dari si neeta ..... terima lah hakikat tu

setuju..
aku start follow big stage dari minggu ke 2 masa han byul nyanyi lagu nabila razali.

Aku tak rasa juri bias.

mmg han byul selayaknya JUARA.


Quote msdummy.2018 7-10-2019 04:32 PM
yg mengata bias tuh xfhm kot konsep kalah undi?awat xundi neeta bebanyak....
Quote Cpkay 7-10-2019 04:32 PM
Alhamdulilah habis dah Big Stage..
kemon Gegar Vaganza sila naik pentas..
Keringkanlah pipimu Ratnaku....
Quote annabellaruz2 7-10-2019 04:34 PM
Cpkay replied at 7-10-2019 05:32 PM
Alhamdulilah habis dah Big Stage..
kemon Gegar Vaganza sila naik pentas..
Keringkanlah pipimu Rat ...

jgn kata Roy masuk GV..huhuhu
Roy & Frans tu layak jd juri.


Quote Cpkay 7-10-2019 04:35 PM
annabellaruz2 replied at 7-10-2019 04:34 PM
jgn kata Roy masuk GV..huhuhu
Roy & Frans tu layak jd juri.

ya ..dia jadi peserta..

Quote annabellaruz2 7-10-2019 04:46 PM
Cpkay replied at 7-10-2019 05:35 PM
ya ..dia jadi peserta..

erkkk......
iols suka vocal abam Roy ni..
klasik & patriotik..
tp iols tak suka lagu Ratnaku..


Quote cclina2 7-10-2019 04:46 PM
MatDeghem replied at 7-10-2019 08:12 AM
Si byol nanyi lagi sedap dari si neeta ..... terima lah hakikat tu




Bila remaja2 minat KPOP ramai malaysian kutuk2 kenapa agung2 kan artis luar, , pahadal artis2 kpop mostly mmg berbakat,  they can sing and dance very wellllll!!! plus rupa pon herlokkk...dah tgk big stage ni baru malaysian buka mata kan?? apa pun,  yg positive je kita ambil ok..kagum bakat je, lifestyle diaorg jgn ikut pulak.






Quote chicozinn 7-10-2019 04:54 PM
kalu cmtu at 1st place xpyah la menggedik masukkan peserta korea..just tulis pertandingan terbuka untuk WARGANEGARA MALAYSIA sahaja..apooo
Quote CARI-MAMS 7-10-2019 04:55 PM
suka neeta perform smlm..lbh santai, relaks dan kemas persembahannya
Quote CARI-MAMS 7-10-2019 04:57 PM
dan neeta tak terlalu try hard...mgkin taknak pressure kan diri sgt...tp dua2 layak mng..
Quote Melorqe 7-10-2019 04:58 PM
aku baru dengar si han ni nyanyi pagi tadi
kenapa aku rasa mcm sebutan dia tak jelas?
Quote Pujangga22 7-10-2019 05:03 PM
Kak michah jer bg neeta markah tinggi 188..cakra n siti cm bg 162..rendah dr hanbyul..cb klu juri jemputan tu datok syafinaz..mmg neeta tenggelam wei

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.091828 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top