CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Sekumpulan Kecil Saja" - Foodpanda Tak Terjejas Dengan Pekerja Mogok

7-10-2019 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 15593| Komen: 120|Original author: EJALTI

“Jika awak (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka."

Itu yang dikatakan oleh pengarah urusan syarikat khidmat penghantaran makanan Foodpanda Malaysia.

Menurut Sayantas Das, syarikat itu membayangkan mereka tidak mempunyai masalah dengan mogok pekerja terhadap skim bayaran baharu. 

Memetik laporan Malaysiakini, Sayantan turut berkata tiada sekatan atau pembatalan ID penghantar yang menyertai mogok seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Foto: Rojakdaily
“Semasa mogok, kami tidak membatalkan sebarang ID mahupun mengancam penghantar.


“Mesej yang kami berikan adalah, jika awak tidak mahu kerja, kami OK sebab mogok tidak melanggar undang-undang,” katanya.

Selain itu, dia berkata mereka sama sekali tidak terjejas kerana mogok dilakukan oleh sekumpulan kecil sahaja penghantar mereka. 

“Mogok itu dijalankan oleh kumpulan yang sangat kecil oleh penghantar kami.

“Kami telah mengkaji dan memahami segmen penghantar, kurang dari satu peratus yang memulakan mogok,” katanya. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 7-10-2019 04:34 PM
Kalau awak tak mahu kerja, kami OK, kata bos Foodpanda

https://www.malaysiakini.com/news/494776

Fadhli Sulaiman  |  Diterbitkan Hari ini 4:17 petang



Syarikat perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda Malaysia membayangkan mereka tiada masalah dengan mogok penunggang terhadap skim pembayaran baru mereka.

Pengarah urusan syarikat itu Sayantan Das berkata penghantar yang tidak mahu bekerja perlu memberikan atau menukarkan syif mereka kepada penghantar lain agar tidak menjejaskan pendapatan mereka.

“Jika awak (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka,” katanya dalam sesi taklimat Foodpanda di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Sayantan disoal mengenai mogok penunggang yang log masuk ke aplikasi Foodpanda namun tidak mahu menjalankan sebarang penghantaran makanan kepada pelanggan.

Mengulas mengenai ancaman sekatan pengenalan diri (ID) digital penghantar yang menyertai mogok, Sayantan menafikan perkara itu.

“Semasa mogok, kami tidak membatalkan sebarang ID mahupun mengancam penghantar.

“Mesej yang kami berikan adalah, jika awak tidak mahu kerja, kami OK sebab mogok tidak melanggar undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas sidang media hari ini.


‘Kerajaan tak terlibat’

Disoal mengenai penglibatan kerajaan dalam membuat keputusan berkenaan harga skim baru yang dikenakan, Sayantan menjelaskan bahawa kerajaan tidak terlibat dalam hal itu.

“Keputusan hanya dilakukan dalam kalangan kami sahaja tanpa ada pengaruh daripada kerajaan. Tapi kami mengalu-alukan kerajaan berada dalam keputusan.

“Usaha yang mereka letakkan untuk membuat pasaran kami menjadi lebih baik dan membimbing kami dalam proses membuat keputusan,” katanya.

Bermula 1 hingga 3 Okt lalu, penghantar makanan Foodpanda berpakat mengadakan mogok besar-besaran sebagai bantahan mengenai skim baru yang berkuat kuasa sejak 30 Sept 2019 di sekitar luar Lembah Klang.

Sayantan menjelaskan syarikat itu tidak terjejas dengan mogok itu.

“Mogok itu dijalankan oleh kumpulan yang sangat kecil oleh penghantar kami.

“Kami telah mengkaji dan memahami segmen penghantar, kurang dari satu peratus yang memulakan mogok,” katanya.

Penghantar mendakwa, di bawah skim baru, kadang-kadang mereka terpaksa menunggu dua hingga tiga jam untuk mendapatkan pesanan justeru, pendapatan mereka berkurangan.
Quote gibrana 7-10-2019 04:43 PM
jgn risau .kita sebagai pengguna boleh juga boikot foodpanda
Quote ToungeSoup 7-10-2019 04:55 PM
pekerja mogok bolehlah kata OK...kalau customer tak mo lagi guna kau..cubalah cakap OK..Wow...
Hebatnya kamu..Yakinnya kamu..So you wanna play?..Let's go
Quote Mamidingdong 7-10-2019 04:58 PM
takde rider, takde la orang kenal food panda kamu tu wahai Tandas
Quote MissCarcosa9753 7-10-2019 04:59 PM
Buat lah apa patut
Biarlah nk mogok pun
Cari jelah keje lain
Elok2 keje foodpanda dah nk mogok pula
Sementara akan ada rider lain yg sentiasa baru ambik tempat yg lama
Quote damian_lee 7-10-2019 05:06 PM
Sebb tu bila bekerja tu aku selalu balik on time
Sbb memang pemikiran company mcm ni

Pekerja baru sentiasa menanti
Ko mati esok .. new vacancy akan terbuka
New hire boleh di panggil anytime ...

.....

Kerajaan nak mencapub pun kena sound
Hahahahaha
Kelakar sangat
Quote mrs_salvatore 7-10-2019 05:08 PM
so pelagi silalah boikot foodpanda ni.
Quote pu3_rania 7-10-2019 05:15 PM
BONGKAK sungguh FP
FP kena ingat kalau pengguna boikot & rider kurang akibatnya lumpuh lah operasi so silap haribulan MELINGKUP terus business
So mulai sekarang ni FP riders cuba lah ikhtiar cari kerja lain manakala aku plak akan BOIKOT FP

Quote relaxjek 7-10-2019 05:36 PM
So sadiq ape yg ko bole tolong ni?? Cer citer
Quote matchstick 7-10-2019 05:53 PM
Mamidingdong replied at 7-10-2019 04:58 PM
takde rider, takde la orang kenal food panda kamu tu wahai Tandas

hahaha i baca balik baru perasan nama dia bunyi mcm SAYA TANDAS
Quote lalalxlx 7-10-2019 07:02 PM
cari jela kerja lain..tak lama lagi lingkup la foodpanda tu

Quote lonso 7-10-2019 07:13 PM
Sombongnya..
Quote AinHazwan 7-10-2019 07:16 PM
eleh.. tak terjejas konon.. payment kat vendor pun asyik hold lama2.. nak kene tanya baru lah nak anta invoice..
Quote Xim 7-10-2019 07:17 PM
Sayatandas berlagak kamu yer
Quote shernazz 7-10-2019 08:21 PM
Jadi
Ada tak cadangan selain foodpanda dan grabfood?
Iols x arif sgt delivery delivery neh
Quote haznor 7-10-2019 08:24 PM
Wow. Yakinnya kamu. Sama macam grab jugak. Bongkak.
Quote prizadane 7-10-2019 08:24 PM
shernazz replied at 7-10-2019 08:21 PM
Jadi
Ada tak cadangan selain foodpanda dan grabfood?
Iols x arif sgt delivery delivery neh

Lalamove, bungkusit, dah makan..antara few others lah. Tapi iols suka guna foodpanda sebab selalu caj delivery free or murah. Cuma since diorang kenalkan skim baru for rider ni, dah mahal sikit dah. Iols pun jarang order kalau delivery fee sampai rm5. Kosser. Dah la harga makanan dah markup, pastu delivery fee mahal
Quote shernazz 7-10-2019 08:29 PM
prizadane replied at 7-10-2019 08:24 PM
Lalamove, bungkusit, dah makan..antara few others lah. Tapi iols suka guna foodpanda sebab selalu  ...

Oo ye ke...
Tu la..iols.ni dok kat atas bukit
Harintu donlod foodpanda..takdak yang sudi menghantar...
Quote jalfa 7-10-2019 08:33 PM
X tau la nak boikot ke idok..uamah meols ada foodpanda ngan grabfood je...lain lain x da liputan..meols selalu order ye la nak bagi bdak budak job walau gi kedai x sampai 5 minit

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.323068 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top