Dunia alam maya negara jiran Indonesia ketika ini sedang tular sebuah lagu remix dengan lirik 'Entah apa yang merasukimu'. Lagu itu yang dinyanyikan dengan tarian sederhana turut diiringi bunyi burung gagak 'arrrk, arrrk'.
Anehnya, lagi itu menghipnotis seluruh golongan muda dan perlahan-lahan merebak ke negara jiran lain. Dipercayai, fenomena itu mula popular berikutan sedutan beberapa saat lagu tersebut di aplikasi TikTok. Suara penyanyi asalnya telah diberikan efek auto tune dan temponya telah dipercepatkan.
Liriknya 'entah apa yang merasukimu/hingga kau tega mengkhianatiku/yang tulus mencintaimu' kini menjadi siulan dan perkongsian di media sosial. Jika diselusuri asalnya, lagu itu bertajuk 'Salah Apa Aku' adalah nyanyian kumpulan baru Ilir 7, sebuah band yang berasal dari Sumatra Selatan. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana rentaknya diubah dan ditambah koreografi tarian 'menyilang tangan' bermula dan sekelip mata membuatnya tular dan menghiburkan netizen. Istimewanya, lirik lagu itu turut menjadi pilihan mahasiswa yang membuat demonstrasi di Gedung DPR Jakarta pada September lalu. Beberapa poster mereka menulis 'Entah apa yang merasukimu DPR' dan 'DPR apa yang merasukimu' sempena lagu popular tersebut. Mula dimuat naik di Youtube pada Jun 2018 oleh Ascada Musik, lagu berirama pop Melayu itu menceritakan kekasih yang curang. Menurut salah seorang anggotanya, Ave, 28, kumpulan Ilir 7 sangat terkejut dan tidak menjangka respon hebat peminat terhadap lagu itu. Bagaimanapun, malang sekali kerana kumpulan itu dan syarikat mereka tidak ada strategi khusus untuk mengambil kesempatan daripada kisah tular lagu berhantu ini bagi memasarkan album mereka supaya lebih laris dan dikenali masyarakat. - CARI
|
Sang_Pencinta: Kawan2 FB dah tukar lirik 'syaitan apa yg merasukimu...'
ADVERTISEMENT