CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Filem Joker (2019): Sakit Mental Kerana Orang Sekeliling - Adakah Kita Juga Seorang 'Joker'?

8-10-2019 11:05 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 13334| Komen: 28|Original author: Oleh: natrahn

Kredit foto: Trailer Rasmi Joker 2019


Filem ini menceritakan asal usul karakter Joker dan fokusnya lebih kepada kenapa dan bagaimana karakter ini terbentuk sehingga menjadi antagonis ikonik yang diperkenalkan dalam komik DC sebelum ini.


Kredit foto: SHIFTER Magazine - Evolusi Watak Joker ( Tahun 1966 - 2019)

Mengangkat tema pesakit depresi atau kemurungan dan juga nilai moral yang ditekankan dalam Joker (2019), filem ini mendapat pujian ramai kerana berjaya mengangkat tema 'dark' yang seringkali disalah anggap oleh masyarakat sebagai satu sakit yang 'mengada-ngada' dan tabu.


Arthur Fleck bercita-cita mahu menjadi pelawak untuk menghiburkan orang ramai. Arthur mempunyai penyakit aneh iaitu ketawa secara tiba-tiba tanpa sebab. Disebabkan itu, dia dianggap pelik dan menjadi mangsa ketidakadilan sistem sosial dalam masyarakatnya.


Kredit foto: Hiptoro.com - Jacquin Pheonix , teraju utama filem Joker (2019)

Kisah hidup Arthur terlalu malang. Hidupnya ranap dek kerana selalu menjadi mangsa orang sekeliling. Budaya buli, suasana kerja, dan tanggapan orang pada orang yang ada penyakit mental memang ditonjolkan jelas dalam filem ini.

Sehinggakan, dikhabarkan ada penonton yang terpaksa keluar gara-gara tidak mampu untuk menonton filem ini sehingga ke penamatnya.


Kredit foto: Trailer Rasmi Joker 2019

Setiap babak mempunyai momen penting yang menyuarakan pelbagai mesej tersurat dan tersirat. Manusia hanyalah satu organisma hidupan yang boleh hilang pedoman diri seandainya mereka menerima tekanan bertubi-tubi tanpa henti.

Tekanan emosi yang dihadapi Athur meledakkan kejahatan yang tidak pernah wujud dalam dirinya sebelum itu. Joker menjadi simbolik kepada punca sebenar mengapa seorang individu boleh bertukar sisi daripada baik kepada jahat. 

Dia berubah secara total bukan kerana keinginan kepada kuasa atau kepentingan tersembunyi, namun disebabkan penindasan emosi yang diterimanya daripada masyarakat. 


Kredit foto: Trailer Rasmi Joker 2019

Bagaimanapun, Athur menangani sejarah silamnya, dinafikan hak dalam masyakarat sehingga akhirnya dia diangkat menjadi hero, namun dengan cara yang berbeza.

Lakonan cemerlang Joaquin Phoenix sebagai Athur/Joker menjadi tunjang kejayaan filem ini. Persembahan mantapnya menjadikan Joker seperti benar-benar hidup dalam dunia nyata.


Kredit foto: Google

Joaquin berjaya mengajak penonton merasai kesakitan yang dilalui Athur secara dalaman dan luaran menerusi permainan gerak tubuh, dan tutur katanya yang sangat meyakinkan.

Antara ungkapan paling menusuk dan terngiang-ngiang di telinga penonton sehingga kini yang dituturkan Arthur dalam filem ini ialah:


"Saya pernah terfikir bahawa hidup saya adalah satu tragedi, tetapi sekarang saya sedar ia sebenarnya satu komedi.

"Apa yang paling teruk dalam mengalami penyakit mental adalah orang mengharapkan anda berkelakuan seolah-olah anda seorang yang 'sihat'."

Satu ungkapan yang cukup menggambarkan segalanya tentang kehidupan tragis bagaimana seorang Arthur boleh bertukar menjadi Joker akibat daripada kehidupan yang seringkali ditertawakan dan menjadi bahan jenaka orang sekeliling.


Kredit foto: gfycat.com

Secara keseluruhannya, Joker tampil sebagai sebuah filem yang cemerlang daripada pelbagai sudut. Baik dari segi jalan cerita, muzik latar, teknikal, malah persembahan para pelakonnya juga berada di tahap terbaik.

Namun, pergerakan cerita ini agak lambat dan semestinya tidak boleh dielakkan. Filem ini tidak sesuai untuk orang yang tidak suka mendengar atau hanya mahu menonton filem aksi sahaja.

Pengajaran daripada filem yang mempunyai nilai dan mesej yang memberikan impak kepada semua terutamanya tentang penyakit mental - tidak mustahil  dalam kalangan kita hari ini sebenarnya sudah wujud individu berperwatakan seperti 'Joker'. 

Pesakit mental hanya memerlukan suara mereka didengari dan difahami tanpa diadili. - CARI


Kredit - Sinar Harian, Odisi
1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 8-10-2019 11:11 AM
Rated 1mdb tinggi 9/10

so layak ke 9/10 tu

anybodi yg da tgk review plz
Quote Xim 8-10-2019 11:11 AM
Cam nk tgk je rase . Maklumlah aku bkn sjenis suka tgk filem aksi sgt . Stakat karate kid blh la . Harharhar
Quote nazzse 8-10-2019 11:18 AM
any review? 1st time rasa nak tengokwayang
Quote natrahn 8-10-2019 11:18 AM
tagas replied at 8-10-2019 11:11 AM
Rated 1mdb tinggi 9/10

so layak ke 9/10 tu

Rata-rata bagi review 8/10.. filem ni deep, banyak makna tersirat..maybe setengah orang tak suka filem slow..
Quote natrahn 8-10-2019 11:19 AM
Xim replied at 8-10-2019 11:11 AM
Cam nk tgk je rase . Maklumlah aku bkn sjenis suka tgk filem aksi sgt . Stakat karate kid blh la . H ...

Disyorkan...

Kesian kat Arthur tu..malang sangat nasibnya...

I wonder kat dunia kita yang sebenar ni ada kah orang bernasib malang sebegitu...
Quote AmandaRollins 8-10-2019 11:30 AM
Tgk trailer pun da sedih apa lg klu tgk full movie..
Quote TalibanRock 8-10-2019 11:34 AM
hehehehe...kl iols bagi rate 10/10....giler la die punya sadis tu..smpi ade yg xsmpai habes cerita udah keluar panggung...katanya xsanggup nak tgk...
Quote fliphair8 8-10-2019 11:40 AM
adek akak pun kate best....so hakak akan ajak laki berdetim nanti...cerita2 heavy deep dark character ni sesuai ngan jiwa hakak....
Quote doubleA 8-10-2019 12:02 PM
dah tengok weekend lepas, memang cerita pasal orang yang suffer mental illness, dia dibesarkan pun oleh orang yg ada mental illness. depend pada orang, suka atau tak movie jenis ni. memang movie ni untuk tontonan 18 tahun ke atas sebab ada aksi ganas, tembak2 gitu je.

for me, I appreciate this kind of movie, walaupun story line dia maybe slow dan takda kemuncak plot, the actor really into his character.

sometimes kita nampak orang luarannya biasa je, tapi kita tak tahu apa yg dia suffer kat dalam. that's why kalau empati ni ada pada semua orang, nak cakap buruk pada orang lain pun kita akan berhati2. never make joke of people, at least kalau nak cakap pasal kelemahan seseorang pun, make it in a constructive way, so that the way they perceived our advice will be different. ada beza nasihat dan menghina. orang boleh terima nasihat, tapi bukan penghinaan.
Quote kucingitam 8-10-2019 12:15 PM
joker ni bukan mulut dia kena rodok ke? tu yang dia lukis smile kat bibir sebab nak cover parut?

niway, tua benor nampak joaquin phoenix ni.
Quote ainashiqa 8-10-2019 12:57 PM
Citer dia sedih. Dia jd jahat sbb org sekeliling..
Quote barto 8-10-2019 01:19 PM
doubleA replied at 8-10-2019 12:02 PM
dah tengok weekend lepas, memang cerita pasal orang yang suffer mental illness, dia dibesarkan pun o ...

Betul sis...iols sokong
Quote Veneer 8-10-2019 03:08 PM
Teringin nak tengok dengan geng geng kari. Mesti asyik dan nikmat tengok movie ditemani popcorn dan air strawberry. Hmmhmmm
Quote noraidil_06 8-10-2019 03:30 PM
kucingitam replied at 8-10-2019 12:15 PM
joker ni bukan mulut dia kena rodok ke? tu yang dia lukis smile kat bibir sebab nak cover parut?

...

Tu la i was shock to see his current self. I still imagine joe yg muda. Dia yg abg  mati bunuh diri kan?
Quote kucingitam 8-10-2019 03:46 PM
noraidil_06 replied at 8-10-2019 03:30 PM
Tu la i was shock to see his current self. I still imagine joe yg muda. Dia yg abg  mati bunuh dir ...

tak pasti lah pasal abg dia tu..but the previous joker yang bunuh diri kan? heath ledger?

Quote grizz 8-10-2019 03:57 PM
doubleA replied at 8-10-2019 12:02 PM
dah tengok weekend lepas, memang cerita pasal orang yang suffer mental illness, dia dibesarkan pun o ...

wah..cm best je..kne g tgk ni..

Quote KILL_NANCY 8-10-2019 04:18 PM
penny the mother.

the name of the mother has to have some additional meaning here.something to do with the waynes being super rich or the richest in gotham/the world,

and her only being penny, the smallest amount of money or something that just gets over looked or throw away or nobody cares about andddd .....

hi penny
Quote natrahn 8-10-2019 04:21 PM
kucingitam replied at 8-10-2019 12:15 PM
joker ni bukan mulut dia kena rodok ke? tu yang dia lukis smile kat bibir sebab nak cover parut?

...

Yang tu joker versi dark knight. Mendiang Heath Ledger pelakonnya. Dalam movie tu ayahnya psiko. Toreh muka dia..

Lakonan Heath pon mantap juga..

Argh sedih pula dia bunuh diri..khabarnya sebab kemurungan..muda lagi 28 tahun masa tu
Quote noraidil_06 8-10-2019 04:23 PM
kucingitam replied at 8-10-2019 03:46 PM
tak pasti lah pasal abg dia tu..but the previous joker yang bunuh diri kan? heath ledger?

Yes. Org Australia kan?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.172305 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top